OH-23 Raven

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
OH-23 Raven
OH-23 inflight colour photo.jpg
Hiller OH-23
Peranan Helikopter peninjau ringan
Pengeluar Hiller Aircraft Corporation
Diperkenalkan 1948
Pengguna utama Tentera Darat Amerika Syarikat

OH-23 Raven adalah sebuah helikopter peninjau ringan ataupun Loach yang digunakan oleh tentera Amerika semasa Perang Vietnam.

Helikopter ini asalnya direka oleh Stanley Hiller sebagai sebuah helikopter komersial. Tentera Laut Amerika Syarikat kemudian telah mengubah suai rekaan tersebut untuk versi UH-12 bagi kegunaannya. Tentera Darat Amerika Syarikat menggunakan rekaan UH012 sebagai asas rekaan H-23 dan digunakan sebagai helikopter peninjau, utiliti dan juga untuk misi pengeluaran perubatan (MedEvac) dan juga telah digunakan semasa Perang Korea.

100 buah helikopter H-23A model pengeluaran pertama diserahkan untuk kegunaan Tentera Darat A.S pada tahun 1951 dalam konfigurasi ambulans udara (MedEvac) dengan dua tempat usungan (tertutup) di sisi helikopter. Varian ini digunakan secara menyeluruh semasa Perang Korea dalam misi MedEvac dan untuk kegunaan utiliti yang lain.

Lebih daripada 2,000 ribu buah helikopter Hiller UH-12/OH-23 Raven telah dibina sehingga pengeluaran ditamatkan dalam tahun 1965. Pengeluaran helikopter jenis ini dimulakan semula dalam tahun 1991.

Prestasi[sunting | sunting sumber]

Helikopter OH-23 Raven mempunyai kelajuan 84 knot (97 bsj ataupun 158km/j) dan mempunyai rotor utama dengan dua bilah dan rotor ekor dua bilah buatan besi waja dan dipacu oleh enjin O-335-5D. Versi OH-23D diperkukuhkan dan mempunyai sistem gear (transmission) yang lebih tahan. Enjin Lycoming O-540-9A digunakan untuk menaik taraf OH-23 Raven kepada versi OH-23G, model yang paling lazim digunakan.

Spesifikasi (H-23)[sunting | sunting sumber]

Mesingan M37C dipasangkan kepada OH-23 Raven

Ciri umum

  • Anak kapal: 2
  • Muatan: lb (kg)
  • Panjang: (overall) 28 kaki 11 in (8.8 m)
  • Diameter rotor: 25 kaki 3 in (7.7 m)
  • Tinggi: 8 kaki 3 in (2.5 m)
  • Berat kosong: 1008 lb (457 kg)
  • Berat berisi: 1850 lb (839 kg)
  • Loji kuasa:Lycoming HIO-360-B1A 6 silinder, bertentangan dalam bentuk mendatar, 180 hp (134 kW)

Prestasi

Persenjataan

Penamaan dan Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Versi Tentera helikopter ini, dalam pelbagai kegunaan telah berkhidmat dengan angkatan bersenjata negara-negara Argentina, Bolivia, Canada, Chile, Colombia, Guatemala, Mexico, Morocco, Netherlands, Paraguay, Peru, Thailand, Uruguay, United Kingdom (Tentera laut DiRaja), Amerika Syarikat

OH-23 Raven digunakan sebagai helikopter peninjau sehingga digantilan oleh helikopter OH-6A Cayuse mulai tahun 1968. OH-23 Raven boleh dilengkapkan dengan 2 laras mesingan M60C 7.62mm.

Trivia[sunting | sunting sumber]

Helikopter jenis OH-23 Raven inilah yang dipandu oleh Hugh Thompson Jr. semasa menjadi helikopter peninjau dalam operasi membantu pasukan Petugas Barker pada 16 Mac 1968 di My Lai. Hugh Thompson Jr. melihat pembunuhan tidak sah dilakukan dan mendaratkan helikopter untuk campur tangan supaya pembunuhan beramai-ramai dapat dihentikan.