Universiti Peshawar
Nama lain | UoP, UPesh |
---|---|
Moto | رَبِّ زدْنيِ عِلْماً Ya Tuhan, limpahkanlah ilmu pengetahuan kepadaku O' God, Increase my Knowledge (Inggeris) |
Jenis | Awam |
Ditubuhkan pada | 1950 |
Canselor | Shah Farman - Gabenor Khyber Pakhtunkhwa |
Naib Canselor | Muhammad Idrees |
Staf akademik | 2,693 |
Pelajar | ~14,060 |
Ijazah/Sarjana | 578 |
Lokasi | , Pakistan Koordinat: 34°00′30″N 71°29′16″E / 34.0083°N 71.4877°E |
Kampus | Bandar |
Warna | Biru & Putih |
Laman sesawang | www |
![]() |
Universiti Peshawar (Pashto: د پېښور پوهنتون; Hindko: پشور یونیورسٹی; Urdu: جامعۂ پشاور; disingkatkan UoP) ialah sebuah universiti penyelidikan yang berkedudukan di Peshawar, Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan.[1]
Universiti ini ialah salah satu daripada universiti tertua di wilayah itu, dan disenaraikan sebagai salah satu universiti terbaik kualitinya di Pakistan.[2] [3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Universiti ini dirasmikan pada tahun 1950, dan menawarkan pengajian bagi tahap ijazah muda, pascaijazah dan kedoktoran.[1] Sehingga 2023, diperkirakan terdapat lebih daripada 14,000 pelajar ijazah tinggi. Universiti Peshawar memiliki 6 fakulti dengan 40 jurusan pascaijazah serta dua pejabat "Pusat Keutamaan". Universiti ini juga dikenali dalam penyelidikan-penyelidikan pada sudut sains sosial, sains perubatan, dan sains semula jadi. Universiti ini.mempunyai lapan pusat penyelidikan maklumat yang semuanya berkedudukan di bahagian dalam kampus dan menyebar di zon seluas 1,045 ekar (4 km2) serta mempunyai kemudahan semisal asrama. Universiti Peshawar merupakan universiti pertama yang diasaskan di Khyber Pakhtunkhwa.
Pada tahun awal penubuhannya, universiti ini mempunyai kemasukan seramai 129 pelajar. Universiti ini diasas sebagai peluasan Kolej Islamia. Negarawan Muhammad Ali Jinnah pernah melawat ke kampus ini 1928, dan kagum pada pembinaannya yang tersergam. Beliau menyebutnya sebagai "kampusku", beliau juga mengunjungi dua pusat pendidikan lain, Universiti Aligarh dan Madrasah Sindh (sekolah kepunyaannya) pada 1939. Bagi Jinnah, universiti itu ialah hadiah indah daripada pelajar tempatan, dan beliau pun mengakui peran Pashtun dalam penubuhan Pakistan. Pada masa itu, orang Pashtun yang berjaya membebaskan sebahagian daerah Azad Kashmir dari India.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b University Overview of University of Peshawar University Rankings (uniRank Australia) website, Retrieved 10 September 2022
- ^ "University of Peshawar ranking - HEC Universities rankings list". Higher Education Commission of Pakistan website. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2013. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ List of Top Universities in Khyber Pakhtunkhwa (Pakistan) University Rankings (uniRank Australia) website, Retrieved 10 September 2022