Usaha untuk kehamilan secara semulajadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kehamilan adalah satu kejadian di mana sperma bergabung dengan ovum dan zigot yang terbentuk kemudiannya melekat kepada dinding rahim untuk tumbesaran berikutnya. Pada sesetengah pasangan, kehamilan agak sukar berlaku sungguhpun selepas beberapa tahun berlalu. Bagaimanapun hal ini adalah perkara biasa bagi sesuatu pasangan tidak hamil sehingga dua atau tiga tahun kawin dan tidak perlu dirisaukan. Bagi pasangan yang masih tidak hamil selepas lima tahun, adalah digalakkan bagi menjalani pemeriksaan doktor bagi memastikan kedua pasangan tidak menghadapi masaalah. Bagaimanapun bagi pasangan yang tidak mengalami masaalah perubatan bagi hamil, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatkan peluang untuk hamil. Bagaimanapun, ini hanyalah bagi pasangan yang tiada masalah klinikal seperti PCOS, uterus tersumbat, mati pucuk dan sebagainya.

Usaha kehamilan semulajadi[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun begitu, bagi memastikan sesuatu pasangan mempunyai peluang yang lebih baik untuk hamil, mereka mestilah memahami bagaimana proses kehamilan berlaku dan kemudiannya membantu bagi memastikan proses itu berlaku lebih baik.

Kehamilan berlaku apabila sperma bergabung dengan telor, dengan itu kedua-duanya mesti hadir pada masa yang sama. Oleh itu adalah penting bagi pasangan tersebut bagi melakukan hubungan intim ketika kemungkinan ini berlaku paling tinggi.

Usaha bagi pihak lelaki[sunting | sunting sumber]

Sperma dihasilkan secara berterusan dalam sistem pembiakan jantan. Bagaimanapun, sperma dan air mani bukanlah benda yang sama, contoh sekiranya anda melakukan hubungan intim setiap hari, bilangan sperma dalam air mani mungkin berkurangan. Dengan itu anda mungkin ingin mengelak hubungan intim 2 - 3 hari sebelum mencuba. Elakkan juga dari menggunakan tangan.[1]

Penyakit boleh menyebabkan kualiti dan kuantiti sperma terjejas dan mungkin berlakunya pengurangan bilangan sperma untuk sementara. Oleh itu sekiranya pihak lelaki sakit, anda mungkin ingin melewatkan usaha sehingga kitaran berikutnya.

Merokok, dadah, minum alkohol, dan pendedahan kepada kimia toksid (contoh racun serangga) kesemuanya boleh mengurangkan bilangan sperma. Anda mungkin ingin menjauhi kesemua aktiviti tersebut dua minggu hingga sebulan bagi memastikan kesemuan bahan tersebut disingkirkan dari badan sebelum mencuba.

Sebarang jenis tekanan, bukan sahaja haba turut memberi kesan kepada penghasilan sperma dan mengurangkan bilangan sperma. Tekanan perasaan turut dikaitkan dengan bilangan sperma yang rendah. Anda mungkin ingin mencuba teknik menenangkan diri bagi mengurangkan tekanan.

Senaman secara tetap dan mengekalkan berat badan yang sihat adalah dua pertukaran gaya hidup yang boleh membantu bilangan sperma.

Sekiranya anda bimbangkan memiliki bilangan sperma rendah, anda boleh berjumpa doktor atau menggunakan kit analisa sperma di rumah (jika ada) bagi memeriksa kepekatan sperma anda.

Usaha bagi pihak wanita[sunting | sunting sumber]

Anda perlu menjalani hubungan intim 1 – 2 hari sebelum tempoh ovulasi. Pada kebanyakan masa dalam sebulan, sperma terbunuh dengan cepatnya. Ia mendapat sedikit perlindungan dari cecair seminal yang menyelitupinya, tetapi ia terlalu lemah bagi berenang melepasi lendir faraj yang pekat dan berasid. Hanya sekali dalam sebulan tubuh wanita membantu sperma lepas masuk dengan menghasilkan lendir yang jernih, melekit yang baik bagi sperma berenang melepasinya. Ini berlaku semasa ovulasi, apabila tubuh mahukan sperma berjaya. Terdapat banyak laman yang membantu memastikan tempoh ovulasi. [2]

Tekanan perasaan turut dikaitkan dengan gangguan haid dan ovulasi. Anda mungkin ingin mencuba teknik menenangkan diri bagi mengurangkan tekanan bagi memastikan ovulasi anda berada dalam keadaan biasa.

Wanita perlu memastikan bahawa mereka dalam keadaan fasa ovulasi. Ovulasi berlaku apabila telor matang dibebaskan dari ovari, memasuki tiub fallopian, dan sedia untuk persenyawaan. Telor mampu hidup selama 12 - 24 jam selepas meninggalkan ovari. Biasanya hanya satu telor dibebaskan setiap kali berlakunya ovulasi. Ovulasi boleh terjejas akibat tekanan, penyakit, atau gangguan kepada rutin harian (seperti berpindah rumah dsb.).

Sperma mampu hidup antara 5 - 7 selepas hubungan intim dalam tubuh wanita dan ia mungkin bagi melakukan hubungan intim sebelum ovulasi dan bukannya semasa ovulasi dan masih mengandung.

Merokok, dadah, minum alkohol, dan pendedahan kepada kimia toksid (contoh racun serangga) kesemuanya boleh mengurangkan peluang kehamilan. Anda mungkin ingin menjauhi perkara tersebut semasa tempoh cuba mengandung. [3] Wanita juga tidak digalakkan mengambil minuman berkafin semasa tempoh cuba dan sedang mengandung. [4]

Menentukan jantina bayi[sunting | sunting sumber]

Ramai orang yang ingin memilih jantina anak mereka di atas sebab-sebab tertentu. Tetapi menentukan jantina bayi sukar dilakukan dengan tepat meskipun terdapat banyak petua tentang cara mendapatkan anak lelaki atau perempuan. Malah dalam pemilihan jantina secara klinikal, ia ditentukan dengan memastikan beberapa zigot terhasil dan hanya zigot yang memiliki jantina yang dikehendaki diambil, yang lain akan dihapuskan. Bagaimanapun dengan mengetahui beberapa ciri sperma, sesuatu pasangan boleh membantu meningkatkan peluang bagi memiliki jantina yang diingini.

Penyelidikan menunjukkan bahawa sperma bagi jantina lelaki lebih mudah mati, berbanding sperma bagi jantina perempuan. Dengan itu sesetengah usaha tradisional termasuk memberi tekanan kepada sperma bagi memastikan jantina bayi, contohnya membasuh faraj dengan larutan berasid amat lemah (contohnya. cuka, lemon) bagi meningkatkan peluang bagi bayi perempuan. Ini berasaskan teori bahawa peningkatan keasidan membunuh atau melemahkan spema lelaki yang lebih lemah - begitulah menurut teorinya (tidak terlalu pekat atau anda membunuh kesemua sperma). Mencuci dengan larutan alkali yang dirumus khas atau dengan baking soda pula akan mengimbangi keasidan lendir faraj dan memberikan lebih peluang bagi sperma jantan untuk berenang lebih pantas bagi meningkat peluang bayi lelaki.

Apabila cuba mendapatkan bayi lelaki, ia dicadangkan bahawa wanita mencapai puncak kenikmatan adalah perkara yang baik kerana tubuh menghasilkan cecair selepas nikmat yang menjadikan persekitaran faraj lebih berakali, yang membantu sperma "jantan". Kemutan yang berlaku semasa puncak kenikmatan membantu sperma memasuki pangkal rahim dan kedalam rahim, membantu sperma "jantan" lebih peluang berada bersama telor bagi proses persenyamaan.

Adalah juga dicadangkan bahawa sekiranya anda inginkan bayi lelaki, sperma perlu dimasukkan sedalam mungkin, (mungkin dengan kedudukan dari belakang), bagi memberi kelebihan kepada sperma jantan yang lebih aggresif dan pantas bergerak bagi mensenyawakan telor dahulu.

Sperma yang tersimpan dalam kerandut zakar juga terjejas dengan haba. Oleh itu lelaki yang memakai seluar yang ketat, mandi spa (panas) meningkatkan kemungkinan mendapatkan bayi wanita. Memakai seluar longgar, seluar dalam boxer yang longgar membantu sperma perempuan. [5]

Menggunakan kaedah Dr. Shettle, melakukan hubungan kelamin hampir atau ketika subur bagi memberi lebih peluang pada benih lelaki yang lebih bertenaga, tetapi pendek usia.[6] Bagi bayi perempuan dengan kerap melakukan hubungan tetapi berhenti dua hari sebelum subur agar benih perempuan yang bergerak lebih perlahan tetapi lebih tahan lebih peluang berjaya.

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Kekurangan vitamin dan galian tertentu boleh mengurangkan bilangan sperma. Anda mungkin ingin mencuba zat tambahan seperti madu (tidak sesuai untuk pengidap penyakit kencing manis) dan pil vitamin bagi meningkatkan kecergasan badan.

Bagi wanita pula adalah digalakkan mengambil asid folik, Prenatal, dan tambahan Omega-3. [7]

Lelaki pula digalakkan meminum minuman berkafin seperti kopi lima belas minit sebelum hubungan intim bagi bayi lelaki. Kafin memberikan penggalak kepada kedua jenis sperma, tetapi memberi lebih galakan kepada sperma-Y dalam tempoh jangka pendek.

Kesemua usaha ini hanyalah membantu dan tidak menjamin kehamilan. Untuk lebih memahami kehamilan, rujuk kepada laman web yang lebih terperinci. [8]

Kajian terkini turut menunjukkan permakanan berzat tinggi termasuk glukos meningkatkan peluang bayi lelaki dan makanan rendah kalori, galian dan zat meningkat peluang bayi perempuan. [9]

Perbendaharaan kata[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah perbendaharaan kata apabila membaca mengenai kehamilan.

  • BFN= Ujian kehamilan rumah negetif - (negative home pregnancy test - Big Fat Negative)
  • AF= Tempoh haid (aunt flow - menstrual period)
  • IVF= persenyawaan invitro (invitro fertilisation - dimana telor diambil dari wanita dan disenyawakan dalam piring, dan dimasukkan kembali kedalam uterus wanita)
  • HPT= Ujian kehamilan rumah (home pregnancy test)
  • BD= Tarian Bayi (baby dance - hubungan intim)
  • DH= Abang tersayang (dear hubby)
  • BFP= positif HPT (Big Fat Positive)
  • TTC= cuba hamil (trying to conceive)
  • Opk= ujian ovulasi (ovulation test - bagi menjangka ovulasi, atau ujian bila ovulasi berlaku).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.defence.gov.au/health/infocentre/journals/ADFHJ_sep01/ADFHealthSep01_2_2_71-74.pdf
  2. http://www.google.com/search?hl=en&ie=UTF-8&oe=UTF-8&q=Pilot+and+astronaut+offspring&btnG=Google+Search
  3. http://www.americanpregnancy.org/gettingpregnant/understandingovulation.html

Lihat juga[sunting | sunting sumber]