Vaginosis bakteria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Vaginosis bakteria (BV), juga dikenali sebagai vagina bakteriosis atau Gardnerella vaginitis,[1] merupakan satu penyakit vagina yang disebabkan oleh bakteria berlebihan.[2] Simptom biasa termasuk lelehan vagina yang meningkat dan seringkali berbau hanyir seperti ikan. Lelehan itu biasanya berwarna putih atau kelabu. Rasa pedih semasa membuang air kecil mungkin berlaku.[3] Gatal adalah luar biasa.[2][3] Kadangkala mungkin tiada simptom.[3] Menghidap BV meningkatkan risiko jangkitan oleh sebilangan jangkitan hubungan seksual yang lain termasuk HIV/AIDS.[4] Ia juga meningkatkan risiko kelahiran awal dalam kalangan wanita hamil.[5]

BV disebabkan oleh ketidakseimbangan bakteria yang terjadi secara semula jadi di dalam vagina.[6] Ada perubahan dalam jenis bakteria yang paling biasa dan peningkatan seratus hingga seribu kali ganda jumlah bakteria yang hadir.[2] Faktor risiko, antara lain termasuk sembur cuci, pasangan seks baharu atau berbilang, antibiotik, dan menggunakan peranti dalam rahim.[6] Bagaimanapun, penyakit ini tidak dianggap sebagai jangkitan hubungan seksual.[7] Diagnosis disyaki berdasarkan simptom dan mungkin disahkan dengan menguji lelehan vagina dan mendapati pH vagina yang lebih tinggi daripada normal, serta jumlah bakteria yang tinggi.[2] BV seringkali dikelirukan dengan jangkitan yis vagina atau jangkitan oleh Trichomonas.[8]

Penyakit ini biasanya dirawat dengan antibiotik, clindamycin atau metronidazole. Ubat ini boleh juga digunakan semasa trimester kedua atau ketiga kehamilan. Namun, keadaan ini seringkali terjadi semula selepas rawatan. Probiotik mungkin membantu mencegah kejadian semula.[2] Adalah tidak jelas jika penggunaan probiotik atau antibiotik menjejaskan hasil kehamilan.[2][9]

BV merupakan jangkitan vagina paling biasa dalam kalangan wanita pada usia reproduksi.[6] Peratusan wanita yang terjejas pada suatu masa tertentu berbeza antara 5% dengan 70%.[4] BV sangat biasa ditemui di kawasan-kawasan di Afrika dan paling tidak biasa ditemui di Asia dan Eropah.[4] Di Amerika Serikat kira-kira 30% daripada wanita antara usia 14 dengan 49 terjejas.[10] Kadar berbeza dengan ketara antara kumpulan etnik di dalam sesebuah negara.[4] Walaupun simptom seperti BV sudah digambarkan dalam banyak rekod sejarah, kes yang kali pertama direkodkan dengan jelas berlaku pada tahun 1894.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Borchardt, Kenneth A. (1997). Sexually transmitted diseases : epidemiology, pathology, diagnosis, and treatment. Boca Raton [u.a.]: CRC Press. m/s. 4. ISBN 9780849394768. 
  2. ^ a b c d e f Donders, GG; Zodzika, J; Rezeberga, D (April 2014). "Treatment of bacterial vaginosis: what we have and what we miss.". Expert opinion on pharmacotherapy. 15 (5): 645–57. PMID 24579850. 
  3. ^ a b c "What are the symptoms of bacterial vaginosis?". http://www.nichd.nih.gov/. 2013-05-21. Dicapai pada 3 March 2015.  Pautan luar dalam |website= (bantuan)
  4. ^ a b c d Kenyon, C; Colebunders, R; Crucitti, T (December 2013). "The global epidemiology of bacterial vaginosis: a systematic review.". American journal of obstetrics and gynecology. 209 (6): 505–23. PMID 23659989. 
  5. ^ "What are the treatments for bacterial vaginosis (BV)?". http://www.nichd.nih.gov/. 2013-07-15. Dicapai pada 4 March 2015.  Pautan luar dalam |website= (bantuan)
  6. ^ a b c "Bacterial Vaginosis (BV): Condition Information". http://www.nichd.nih.gov/. 2013-05-21. Dicapai pada 3 March 2015.  Pautan luar dalam |website= (bantuan)
  7. ^ "Bacterial Vaginosis – CDC Fact Sheet". Centers for Disease Control and Prevention. March 11, 2014. Dicapai pada 2 Mar 2015. 
  8. ^ Mashburn, J (2006). "Etiology, diagnosis, and management of vaginitis.". Journal of midwifery & women's health. 51 (6): 423–30. PMID 17081932. 
  9. ^ Othman, M; Neilson, JP; Alfirevic, Z (24 January 2007). "Probiotics for preventing preterm labour.". The Cochrane database of systematic reviews (1): CD005941. PMID 17253567. 
  10. ^ "Bacterial Vaginosis (BV) Statistics Prevalence". cdc.gov. September 14, 2010. Dicapai pada 3 March 2015.