Vaksin campak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Vaksin campak merupakan vaksin yang sangat mujarab untuk mencegah penyakit campak.[1] Selepas satu dos, 85% kanak-kanak yang berumur sembilan bulan dan 95% kanak-kanak yang berumur lebih daripada dua belas bulan menjadi imun.[2] Hampir kesemua mereka yang tidak mendapat imuniti selepas satu dos mendapatnya selepas dos kedua. Apabila kadar pemvaksinan dalam suatu populasi adalah lebih tinggi daripada 93% penularan penyakit campak biasanya tidak lagi berlaku, namun begitu, penularan penyakit ini boleh berlaku semula sekiranya kadar pemvaksinan menurun. Keberkesanan vaksin ini bertahan selama beberapa tahun. Tidak jelas sama ada ia menjadi kurang berkesan apabila masa berlalu. Vaksin ini juga boleh memberi perlindungan daripada penyakit campak sekiranya ia diberi dalam tempoh dua hari selepas pendedahan.[1]

Secara amnya, vaksin ini adalah selamat, termasuk untuk mereka yang menghidap jangkitan HIV. Kesan sampingan biasanya ringan dan tidak berlarutan. Ini mungkin melibatkan rasa sakit pada tempat suntikan atau demam yang ringan. Anafilaksis sudah didokumenkan dalam kira-kira satu dalam seratus ribu orang. Kadar sindrom Guillain–Barré, autisme dan penyakit usus inflamatori tidak kelihatan meningkat.[1]

Vaksin ini boleh didapati dalam bentuknya sendiri dan dalam gabungan dengan vaksin lain. Ini termasuk dengan vaksin rubela dan vaksin beguk untuk menghasilkan vaksin MMR,[1] yang mula-mula boleh didapati pada tahun 1971.[3] Penambahan vaksin varisela atau cacar air yang mencegah cacar air kepada tiga vaksin ini pada tahun 2005 menghasilkan vaksin MMRV.[4] Vaksin ini berfungsi dengan sama baiknya dalam semua rumusan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan supaya vaksin ini diberi pada umur sembilan bulan di kawasan dunia yang penyakit ini biasa ditemui. Di kawasan yang penyakit ini tidak biasa ditemui, memberinya pada umur dua belas bulan adalah munasabah. Vaksin ini merupakan vaksin yang berasaskan sejenis campak hidup tetapi dilemahkan. Ia datang sebagai serbuk kering yang perlu dicampur dengan cecair khusus sebelum diberikan sama ada di bawah kulit atau ke dalam otot. Pengesahan keberkesanan vaksin ini boleh ditentukan melalui ujian darah.[1]

Kira-kira 85% kanak-kanak di seluruh dunia sudah menerima vaksin ini setakat tahun 2013.[5] Pada tahun 2008, sekurang-kurangnya 192 buah negara menawarkan dua dos.[1] Ia mula-mula diperkenalkan pada tahun 1963.[2] Ia tersenarai dalam Senarai Model Ubat Penting WHO, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas.[6] Vaksin ini tidak terlalu mahal dengan harga borongnya kira-kira 0.70 dolar Amerika sedos pada tahun 2014.[1][7]

Kegunaan Perubatan[sunting | sunting sumber]

Measles cases 1944-1964 follow a highly variable epidemic pattern, with 150,000-850,000 cases per year. A sharp decline followed introduction of the vaccine in 1963, with fewer than 25,000 cases reported in 1968. Outbreaks around 1971 and 1977 gave 75,000 and 57,000 cases, respectively. Cases were stable at a few thousand per year until an outbreak of 28,000 in 1990. Cases declined from a few hundred per year in the early 1990s to a few dozen in the 2000s.
Kes campak yang dilaporkan di Amerika Syarikat sebelum dan selepas penggunaan vaksin.
Kes campak yang dilaporkan di England dan Wales.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g "Measles vaccines: WHO position paper."
  2. ^ a b Control, Centers for Disease; Prevention (2014).
  3. ^ "Vaccine Timeline".
  4. ^ Mitchell, Deborah (2013).
  5. ^ "Measles Fact sheet N°286". who.int.
  6. ^ "WHO Model List of EssentialMedicines" (PDF).
  7. ^ "Vaccine, Measles"[pautan mati kekal].

Masyarakat dan budaya[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan pelan insurans kesihatan di Amerika Syarikat menanggung kos vaksin dan pelaksanaan Program Vaksin untuk Kanak-kanak yang mungkin mampu membantu golongan yang tidak mempunyai perlindungan. [1]Undang-undang negeri memerlukan vaksinasi untuk kanak-kanak sekolah, tetapi pengecualian dibenarkan atas faktor perubatan dan kadangkala atas sebab agama atau prinsip. [2]Kesemua lima puluh negeri di Amerika Syarikat mewajibkan suntikan 2 dos vaksin MMR mengikut tahap umur yang sesuai. [3]

  1. ^ "VFC | Home | Vaccines for Children Program | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 May 2020. Dicapai pada 2020-04-30.
  2. ^ "State Vaccination Requirements | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 2019-03-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2020. Dicapai pada 2020-04-30.
  3. ^ "MMR Vaccine Mandates for Child Care and K-12". www.immunize.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2020. Dicapai pada 2020-04-30.