Vaksin difteria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Vaksin difteria merupakan vaksin yang digunakan untuk melawan Corynebacterium diphtheriae, iaitu agen yang menyebabkan difteria.[1] Penggunaannya membawa kepada pengurangan sebanyak lebih 90% bilangan kes di seluruh dunia dari tahun 1980 hingga 2000.[2] Tiga dos awal disarankan, dan selepas itu ia kira-kira 95% efektif.[2] Ia efektif kira-kira selama 10 tahun, dan selepas itu  dos penggalak diperlukan.[2] Pengimunan boleh dimulakan pada umur enam minggu dengan dos lanjutan diberi setiap empat minggu.[2]

Vaksin difteria sangat selamat.[2] Kesan sampingan yang ketara sangat jarang dilihat.[2] Kesakitan mungkin dirasai pada tempat suntikan.[2] Benjol mungkin terbentuk pada tempat suntikan yang berlarutan selama beberapa minggu.[3] Vaksin ini selamat digunakan semasa hamil dan untuk mereka yang mempunyai fungsi imun yang lemah.[3]

Beberapa gabungan vaksin digunakan untuk mencegah difteria.[4] Ini termasuk dengan toksoid tetanus (dikenali sebagai vaksin dT atau DT) dan dengan vaksin tetanus dan pertusis yang dikenali sebagai vaksin DPT.[2] Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan penggunaannya semenjak tahun 1974.[2] Kira-kira 84% penduduk dunia sudah divaksinkan.[5] Vaksin ini diberi sebagai suntikan intraotot.[2] Vaksin ini perlu disimpan sejuk tetapi tidak dibekukan.[3]

Vaksin difteria dibangunkan pada tahun 1923.[6] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas.[7] Harga borong versi vaksin ini yang mengandungi toksoid tetanus ialah antara 0.12 hingga 0.99 dolar Amerika sedos pada tahun 2014.[8] Di Amerika Syarikat, harganya kurang daripada 25 dolar Amerika.[9]

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MedlinePlus Medical Encyclopedia: Diphtheria immunization (vaccine)".
  2. ^ a b c d e f g h i j "Diphtheria vaccine" (PDF).
  3. ^ a b c Atkinson, William (May 2012).
  4. ^ "Diphtheria Vaccination".
  5. ^ "Diphtheria". who.int. 3 September 2014.
  6. ^ Macera, Caroline (2012).
  7. ^ "WHO Model List of EssentialMedicines" (PDF).
  8. ^ "Vaccine, Diphtheria-Tetanus".
  9. ^ Hamilton, Richart (2015).