Vaksin ensefalitis Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Vaksin ensefalitis Jepun
Fail:N/a
Butiran vaksin
Penyakit sasaranJapanese encephalitis
JenisKilled/Inactivated
Terapi gen
Data klinikal
MedlinePlusa607019
Kod ATC
Data fisiologi
Status perundangan
Data farmakokinetik
Pengecam
ChemSpider
Data kimia dan fizikal
Halaman data
 Templat:Xmark☑Y (what is this?)  (verify)

Vaksin ensefalitis Jepun merupakan vaksin yang memberi perlindungan daripada ensefalitis Jepun.[1] Vaksin ini berkesan lebih daripada 90%. Selama manakah perlindungan ini akan berpanjangan adalah tidak jelas, tetapi keberkesanannya nampak berkurangan apabila masa berlalu. Ia diberi sama ada melalui suntikan ke dalam otot atau di bawah kulit.[1]

Vaksin ini disarankan sebagai sebahagian daripada imunisasi rutin di negara yang menghadapi masalah penyakit ini. Satu atau dua dos diberi bergantung pada versi vaksin. Dos tambahan biasanya tidak diperlukan di kawasan tempat penyakit ini biasa ditemui. Bagi mereka yang menghidap HIV/AIDS atau mereka yang hamil, vaksin tidak diaktifkan hendaklah digunakan. Imunisasi pengembara yang merancang untuk meluangkan masa di luar bangunan di kawasan tempat penyakit ini biasa ditemui adalah disarankan.[1]

Vaksin ini agak selamat. Kesakitan dan kemerahan mungkin berlaku pada tempat suntikan. Setakat tahun 2015, 15 jenis vaksin yang berbeza boleh didapati. Ada daripadanya berasaskan teknik DNA rekombinan, yang lain adalah virus yang dilemahkan, dan ada juga vaksin virus tidak diaktifkan.[1]

Vaksin ensefalitis Jepun mula-mula disediakan pada tahun 1930-an.[2] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas.[3] Di Amerika Syarikat, vaksin ini berharga antara 100 hingga 200 dolar Amerika untuk satu proses imunisasi.[4]

References[sunting | sunting sumber]