Vaksin hepatitis B

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Vaksin hepatitis B
Vaksin hepatitis B chemical structure
Nama Sistematik (IUPAC)
?
Pengecam
Nombor CAS ?
Kod ATC J07BC01
PubChem ?
Data kimia
Formula ?
Berat molekul ?
Data farmakokinetik
Bioketersediaan ?
Metabolisme ?
Separuh hayat ?
Perkumuhan ?
Pertimbangan Terapi
Kategori Kehamilan

?

Status undang-undang
Kaedah ?

Vaksin hepatitis B merupakan vaksin yang mencegah penyakit hepatitis B.[1] Dos yang pertama disarankan dalam tempoh 24 jam selepas bayi dilahirkan dengan dua atau tiga dos lagi diberi selepas itu. Ini termasuk bagi mereka yang mempunyai fungsi imun yang lemah seperti mereka yang menghidap HIV/AIDS dan bayi yang dilahirkan pramatang. Dalam kalangan individu yang sihat, imunisasi rutin melindungi lebih daripada 95% daripada penduduk.[1]

Ujian darah untuk mengesahkan vaksin berfungsi disyorkan bagi mereka yang berisiko tinggi. Dos tambahan mungkin diperlukan bagi mereka yang mempunyai fungsi imun yang lemah tetapi tidak perlu bagi kebanyakan individu. Bagi mereka yang sudah terdedah kepada virus hepatits B tetapi tidak diimun, globulin imun hepatitis B hendaklah diberi di samping vaksin. Vaksin diberi melalui suntikan ke dalam otot.[1]

Kesan sampingan yang serius akibat daripada vaksin hepatitis B adalah sangat jarang diperhatikan. Kesakitan mungkin dialami pada tempat suntikan. Ia selamat digunakan semasa hamil atau semasa menyusu badan. Ia tidak dikaitkan dengan sindrom Guillain-Barre. Vaksin yang ada pada masa kini dihasilkan dengan teknik DNA rekombinan. Vaksin ini boleh didapati dengan sendirinya atau dalam gabungan dengan vaksin lain.[1]

Vaksin hepatitis B yang pertama diluluskan di Amerika Syarikat pada tahun 1981.[2] Versi yang lebih selamat muncul dipasaran pada tahun 1986.[1] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas.[3] Harga borong vaksin ini pada tahun 2014 ialah antara 0.58 hingga 13.20 dolar Amerika sedos.[4] Di Amerika Syarikat, ia berharga antara 50 hingga 100 dolar.[5]

References[sunting | sunting sumber]