Vaksin influenza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Vaksin influenza
Vaksin influenza chemical structure
Nama Sistematik (IUPAC)
?
Pengecam
Nombor CAS ?
Kod ATC J07BB01
PubChem ?
Data kimia
Formula ?
Berat molekul ?
Data farmakokinetik
Bioketersediaan ?
Metabolisme ?
Separuh hayat ?
Perkumuhan ?
Pertimbangan Terapi
Kategori Kehamilan

? (AS)

Status undang-undang

? (AS)

Kaedah IM, intranasal

Vaksin influenza, juga dikenali sebagai suntikan flu, merupakan vaksin yang memberi perlindungan daripada influenza.[2] Versi baharu vaksin ini dibangunkan dua kali setahun kerana virus influenza berubah dengan cepat.[2] Kebanyakan vaksin ini memberi perlindungan yang sederhana sehingga tinggi daripada influenza, tetapi kadar perlindungan ini berbeza dari satu tahun ke tahun yang lain.[3][2] Bukti perlindungan dalam kalangan orang dewasa yang berumur melebihi 65 tahun adalah lemah.[4][5] Vaksin ini menurunkan bilangan hari tidak bekerja sebanyak setengah hari secara purata.[6] Memvaksinkan kanak-kanak mungkin melindungi orang yang berada di sekeliling mereka.[2]

Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mengesyorkan hampir semua orang yang bermur melebihi 6 bulan divaksinkan setiap tahun.[2][7] Terutama sekali wanita yang hamil, kanak-kanak yang berumur antara enam bulan sehingga lima tahun, mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang lain, Orang Asli Amerika, dan mereka yang bekerja dalam bidang penjagaan kesihatan.[2][1]

Secara amnya, vaksin ini adalah selamat. Dalam kalangan kanak-kanak, demam berlaku dalam 5 hingga 10%, begitu juga sakit otot, keletihan. Pada tahun-tahun tertentu, vaksin ini menyebabkan sindrom Guillain Barre dalam kalangan orang yang meningkat umur, dalam kira-kira satu setiap juta dos. Ia tidak boleh diberikan kepada mereka yang mengalami alergi yang teruk terhadap telur atau versi vaksin yang terdahulu. Vaksin ini ada dalam bentuk virus tidak aktif dan virus dilemahkan. Versi virus tidak aktif hendaklah digunakan untuk mereka yang hamil. Ia disediakan dalam bentuk suntikan ke dalam otot atau disembur ke dalam hidung.[2]

Pemvaksinan terhadap influenza bermula pada tahun 1930-an dengan ketersediaan pada skala yang besar di Amerika Syarikat bermula pada tahun 1945.[8][9] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang disyorkan untuk sistem kesihatan asas.[10] Harga borong vaksin ini pada tahun 2014 ialah kira-kira 5.25 dolar Amerika sedos.[11] Di Amerika Syarikat, harganya kurang daripada 25 dolar.[12]

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Influenza Virus Vaccine Inactivated". The American Society of Health-System Pharmacists. Dicapai Jan 8, 2015.  Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "AHFS2015" defined multiple times with different content
  2. ^ a b c d e f g "Vaccines against influenza WHO position paper – November 2012."
  3. ^ Manzoli L, Ioannidis JP, Flacco ME, De Vito C, Villari P (July 2012).
  4. ^ Osterholm, MT; Kelley, NS; Sommer, A; Belongia, EA (Jan 2012).
  5. ^ Jefferson, T; Di Pietrantonj, C; Al-Ansary, LA; Ferroni, E; Thorning, S; Thomas, RE (Feb 17, 2010).
  6. ^ Jefferson, T; Di Pietrantonj, C; Rivetti, A; Bawazeer, GA; Al-Ansary, LA; Ferroni, E (13 March 2014).
  7. ^ "Who Should Get Vaccinated Against Influenza".
  8. ^ Compans, Richard W. (2009).
  9. ^ Vaccine Analysis: Strategies, Principles, and Control.
  10. ^ "19th WHO Model List of Essential Medicines (April 2015)" (PDF).
  11. ^ "Vaccine, influenza".
  12. ^ Hamilton, Richart (2015).