Vampire Knight

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Vampire Knight
Vampire knight ; volume one 's cover.jpg
Muka depan untuk jilid pertama Vampire Knight yang dikeluarkan di Jepun oleh Hakusensha pada 5 Julai 2005.
ヴァンパイア騎士(ナイト)
(Vanpaia Naito)
GenreCerita Sekolah, Romantik, Supernatural, Aksi Fiksyen, Tragedi
Manga
PengarangMatsuri Hino
PenerbitHakusensha
Penerbit Lain
DemografikShōjo
Majalah AsalLaLa
Tarikh Pengeluaran24 November 200424 Mei 2013
Jilid19 (Senarai jilid-jilid)
Siri anime televisyen
PengarahKiyoko Sayama
StudioStudio Deen
Dilesenkan oleh
Penyiaran AsalTV Tokyo
Penyiaran bahasa Inggeris
Lain-lain PenyiaranTaiwan Videoland Japan
Hong Kong TVB J2
Tarikh tayangan7 April 200830 June 2008
Episod13 (Senarai episod)
Siri anime televisyen
Vampire Knight Guilty
PengarahKiyoko Sayama
StudioStudio Deen
Dilesenkan oleh
Penyiaran AsalTV Tokyo
Penyiaran bahasa Inggeris
Lain-lain PenyiaranTaiwanVideoland Japan
Hong KongTVB J2
Tarikh tayangan6 Oktober 200829 Disember 2008
Episod13 (Senarai episod)
Portal Anime dan Manga


Vampire Knight (ヴァンパイア騎士(ナイト), Vanpaia Naito) ialah siri shōjo manga yang ditulis oleh Matsuri Hino. Siri ini buat kali pertamanya dikeluarka pada Januari 2005 oleh Majalah LaLa dan secara officialnya telah menemui penamat. Bab-bab dikumpulkan dan diterbitkan dalam oleh Hakusensha, termasuklah 19 jilid telah dikeluarkan di Jepun. Siri manga ini berbahasa inggeris dilesenkan oleh Viz Media. Adaptasi bahasa inggeris telah diterbitkan pada Julai 2006 oleh majalah Shojo Beat, yang mengumpulkan satu per empat daripada asalnya. 2 cd drama dihasilkan untuk siri tersebut, dan sebanyak 26 episod anime telah diadaptasi daripada manga asal. Siri anime ini dihasilkan oleh Studio Deen. Untuk musim pertama Vampire Knight, ianya ditayangkan di Jepun melalui Tv Tokyo antara 8 April 2008 hingga 1 Julai 2008. Musim kedua juga ditayangkan oleh stesen yang sama daripada 7 Oktober 2008 hingga 30 Disember 2008. Anime menggunakan banyak suara latar yang sama daripada cd drama yang dihasilkan. Adaptasi anime yang dikeluarkan di Amerika Utara dilesenkan oleh Viz Media, di mana dvd tekah dikeluarkan pada 20 Julai 2010.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Satu-satunya memori silam yang dimiliki oleh Cross Yuki ialah pada malam ribut salji. Dia telah diserang oleh puntianak yang inginkan darahnya. Memori yang hampir hilang itu turut menunjukkan Yuki diselamatkan oleh Kuran Kaname, seorang puntianak berdarah asli (pureblood vampire). 10 tahun kemudian, Yuki yang merupakan anak angkat pengetua Akedemi Cross, iaitu Cross Kaien telah membesar dan menjadi penjaga manusia biasa daripada serangan kaum puntianak. Akademi Cross mempunyai dua sesi pembelajaran. Pada siang hari, pelajarnya ialah manusia biasa, manakala pada malam hari, pelajarnya ialah puntianak berdarah bangsawan. Mereka boleh dibezakan mengikut warna seragam sekolah yang dipakai. Kaum manusia biasa memakai seragam berwarna hitam, manakala kaum puntianak berpakai seragam berwarna putih. Kiryu Zero merupakan penjaga manusia biasa. Dia bersahabat dengan Yuki sejak kecil lagi. Zero amat benci akan kaum puntianak kerana kaum itu telah membunuh keseluruhan keluarganya yang merupakan pemburu puntianak cemerlang.

Zero telah digigit pada malam keluarganya dibunuh oleh puntianak berdarah asli, Hiō Shizuka. Dia mula mengalami transformasi untuk menjadi puntianak sepenuhnya, membuatkan dia membenci dirinya sendiri. Pada mulanya dia cuba menyimpan rahsia mengenai transformasi dirinya daripada Yuki. Namun, akhirnya Yuki mengetahui keadaan Zero dan Yuki menawarkan darahnya untuk Zero. Zero hidup bergantungkan darah Yuki, dan dia bersumpah bahawa keseluruhan hidupnya hanyalah untuk Yuki. Namun, keadaan menjadi lebih rumit apabila Yuki bangun daripada tidurnya. Cross Yuki yang disangkakan sebagai manusia biasa merupakan puntianak berdarah asli dan dia juga merupakan adik kandung Kuran Kaname. Zero amat terkejut apabila orang yang dia cintai merupakan puntianak, tambahan pula puntianak berdarah asli. Yuki yang selama ini mencintai Kaname berasa amat bersalah kerana dia mempunyai perasaan itu terhadap abang kandungnya sendiri. Kaname yang mencintai Yuki meneruskan pertunangannya dengan Yuki kerana dia tidak mengambil kisah akan hal itu. Dia juga menegaskan, perkahwinan sesama keluarga dibenarkan dalam keluarga puntianak kerana ianya bertujuan untuk mengekalkan keaslian darah puntianak. Penamat cerita ini amat tidak disangka oleh para pembaca manga. Cinta tiga segi antara Zero, Yuki dan Kaname berakhir dengan penuh tragis.

Media[sunting | sunting sumber]

Manga[sunting | sunting sumber]

Bab pertama Vampire Knight yang ditulis oleh Hino Matsuri dihasilkan pada Januari 2005 oleh majalah LaLa. Setiap bab diterbitkan dalam jilid tankōbon oleh Hakusensha. Sebanyak 19 jilid dikeluarkan di Jepun setakat November 2013. Siri ini mendapat lesen oleh Viz Media untuk dikeluarkan di Amerika Utara dalam bahasa inggeris. Siri ini juga disiarkan dalam antologi manga Shojo Beat Viz daripada Julai 2006 sehinggalah majalah tidak disambung selepas Ogos 2009. Di Australia dan New Zealand, siri ini dilesenkan oleh Madman Entertainment yang mengeluarkan 15 jilid setakat Disember 2011. Jilid terakhir [2]telah dikeluarkan dalam bahasa inggeris pada 14 Oktober 2014 oleh Viz Media. Pada 8 November 2013, Hino telah mengeluarkan satu bab istimewa yang berjudul "Life (, Inochi)",[3], dilesenkan oleh Viz Media pada 9 Disember 2014.[4] Bab istimewa yang lain yang berjudul "I Like You (あなたのことが好きです, Anata no koto ga sukidesu)" telah dikeluarkan pada 10 Februari 2015.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]