Tragedi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tragedi (dari bahasa Yunani: τραγῳδία, tragōidia[a]) ialah genre drama berdasarkan penderitaan manusia serta terutamanya berkaitan peristiwa teruk atau menyedihkan yang menimpa pada watak utama.[2] Tujuan kewujudan tragedi dalam babak cerita secara tradisinya adalah untuk menimbulkan kelegaan emosi sampingan atau "kesakitan [yang] membangkitkan keseronokan jiwa" pada penonton.[3] Walaupun terdapat banyak budaya yang telah mengembang bentuk-bentuk yang menimbulkan tindak balas paradoks ini, istilah tragedi sering kali merujuk kepada tradisi drama tertentu yang telah memainkan peranan yang unik dan penting dari segi sejarah pada definisi kendiri tamadun Barat.[4]

Dalam kesusasteraan moden, definisi tragedi menjadi semakin samar. Perubahan yang paling asas ialah penolakan diktum Aristotle bahawa tragedi sebenar hanya boleh menggambarkan mereka yang berkuasa dan berstatus tinggi. Esei Arthur Miller "Tragedy and the Common Man" (1949) berpendapat bahawa tragedi mungkin juga menggambarkan orang biasa dalam persekitaran domestik lantas mentakrifkan tragedi Domestik.[5] Penulis drama British Howard Barker telah berhujah keras untuk kelahiran semula tragedi dalam teater kontemporari, terutamanya dalam jilid bukunya Arguments for a Theatre. "Anda bangkit daripada tragedi yang dilengkapi dengan pembohongan. Selepas muzikal, anda adalah sang bodoh kepada sesiapa sahaja," tegasnya. [6]

Pengkritik seperti George Steiner bahkan telah bersedia untuk berhujah bahawa tragedi mungkin tidak lagi wujud berbanding dengan manifestasi bekasnya dalam zaman klasik. Dalam The Death of Tragedy (1961) George Steiner menggariskan ciri-ciri tragedi Yunani dan tradisi yang berkembang dari zaman itu. Dalam the Foreword (1980) kepada edisi baharu bukunya Steiner menyimpulkan bahawa 'drama-drama Shakespeare bukanlah kemunculan semula atau varian kemanusiaan dari model tragis mutlak. Sebaliknya mereka merupakan suatu bentuk penolakan terhadap model ini berdasarkan kriteria tragi-komik dan "realistik".' Lanjutan daripada hal ini, ciri minda Shakespeare dalam karyanya dijelaskan oleh bengkok fikiran atau imaginasinya yang 'begitu merangkumi, begitu menerima kepelbagaian susunan pengalaman yang pelbagai.' Jika dibandingkan dengan drama zaman Yunani kuno dan klasikisme Perancis bentuk Shakespeare adalah 'lebih kaya tetapi hibrid'.[7][8]

Banyak buku dan drama terus ditulis dalam tradisi tragedi hingga ke hari ini contohnya termasuk Froth on the Daydream,[9][10] The Road,[11] The Fault in Our Stars, Fat City,[12] Rabbit Hole,[13][14] Requiem for a Dream, The Handmaid's Tale,[15][16][17][18] dan lain-lain.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bahasa Melayu "tragedi" < bahasa Inggeris Moden "tragedy" < bahasa Inggeris Pertengahan tragedie < bahasa Perancis Pertengahan tragedie < bahasa Latin tragoedia < bahasa Bahasa Yunani Kuno: τραγῳδία, tragōidia[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Klein, E (1967). "Tragedy". A Comprehensive Etymological Dictionary of the English Language. II L–Z. Elsevier. m/s. 1637.
  2. ^ Conversi, Leonard W. (2019). "Tragedy". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ Banham 1998, m/s. 1118.
  4. ^ Banham 1998.
  5. ^ Miller 1949.
  6. ^ Barker 1989.
  7. ^ George Steiner, The Death of Tragedy [1961] (Oxford University Press, 1980; Yale University Press, 1996), p. xiii.
  8. ^ Steiner, George (Winter 2004). ""Tragedy," Reconsidered". New Literary History. 35 (1): 1–15. doi:10.1353/nlh.2004.0024. ISSN 0028-6087. JSTOR 20057818. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2022. Dicapai pada 26 September 2022.
  9. ^ Sallis, James (4 May 2008). "'The Dead All Have the Same Skin' by Boris Vian". www.latimes.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 January 2019. Dicapai pada 26 January 2019. His great novel, "L'Écume des jours" ("Foam of the Daze"), is a tragedy of young love in which a woman dies of the lily growing in her lung.
  10. ^ Chapple, Tobias. "Books in Review: Froth on the Daydream by Boris Vian". www.litro.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2018. Dicapai pada 26 January 2019. The characters aren't meant to be real. But it's also devastating when the novel central tragedy strikes – that all too real feeling of an unjust world that takes away as easily as it gives, and of people trying as hard as they can to be happy despite it.
  11. ^ Bernier, Kathy (3 December 2016). "REVIEW: 'The Road' Is A Gripping Prepper Novel Full Of Tragedy, Struggle And Hope". www.offthegridnews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 February 2019. Dicapai pada 26 January 2019.
  12. ^ Meehan, Ryan. "The Frontiers of American Tragedy". www.thecrimson.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2020. Dicapai pada 26 January 2019.
  13. ^ "Young boy's death drives tragedy of 'Rabbit Hole'". www.ocregister.com. 18 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2018. Dicapai pada 26 January 2019.
  14. ^ Bustin, Jeremy. "BWW Review: Cadence Theatre's RABBIT HOLE Examines Life After Tragedy". www.broadwayworld.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2018. Dicapai pada 26 January 2019.
  15. ^ Brown, Sarah (15 April 2008). Tragedy in Transition. John Wiley & Sons. m/s. 45. ISBN 9780470691304. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2023. Dicapai pada 22 November 2020.
  16. ^ Taylor, Kevin (21 September 2018). Christ the Tragedy of God: A Theological Exploration of Tragedy. Routledge. ISBN 9781351607834. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2023. Dicapai pada 22 November 2020.
  17. ^ Kendrick, Tom (2003). Margaret Atwood's Textual Assassinations: Recent Poetry and Fiction. Ohio State University Press. m/s. 148. ISBN 9780814209295. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2023. Dicapai pada 22 November 2020.
  18. ^ Stray, Christopher (16 October 2013). Remaking the Classics: Literature, Genre and Media in Britain 1800–2000. A&C Black. m/s. 78. ISBN 9781472538604. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2023. Dicapai pada 22 November 2020.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


  • Tragedy on In Our Time at the BBC
  • Toscano, Alberto. Tragedy. Oxford Research Encyclopedia of Literature.
  • Taplin, Oliver; Billings, Joshua. "What is Tragedy?" (podcast). Oxford University..
  • Aristotle. "Poetics" (ed. online). Tufts..