Vincent Lim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Dr Vincent Lim Kian Tick merupakan bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mulai 29 April, 2004.

Peranan utamanya ialah menjaga hal ehwal kaum Cina dan berhubung terus dengan parti MCA dan Gerakan .

Mulai 2002 beliau bertugas di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia dan dilantik sebagai setiausaha politik PM pada 2004 dan disambung pada 23 April 2008. Beliau akan menjadi penganalisis kanan Pusat Kajian China yang akan ditubuhkan. Pada 2 November 2008, beliau meletakkan jawatan sebagai setiausaha politik perdana menteri setelah Abdullah Badawi mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Perhimpunan Agung UMNO 2009 . [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]