Wali (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wali
Latar belakang
Berasal dariCiputat, Tangerang Selatan, Indonesia
GenrePop, Rock, Hard rock, Rock alternatif, Slow rock, Religi
Tahun aktif1999 - sekarang
Syarikat rakaman
Nagaswara
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Laman sesawang
http://www.waliband.net/
AhliFaank (vokal)
Apoy (gitar)
Tomi (dram)
Ovie (papan kekunci)
Bekas ahliRaden (gitar bes)
Endang Kurnia (gitar)
Nunu (gitar bes)

Wali ialah sebuah kugiran kumpulan muzik terkenal yang berasal dari Ciputat, Tangerang Selatan, Indonesia. Kumpulan muzik ini ditubuhkan pada tahun 1999. Anggota asalnya ialah seramai lima orang iaitu Faank (vokal), Apoy (gitar), Tomi (dram) dan Ovie (papan kekunci). Kumpulan ini juga menyampaikan lagu bergenre pop alternatif, rock, religi, balada serta mempunyai sentuhan hit etnik Melayu. Sepanjang nama mereka telah mencipta fenomena di layar perak industri muzik, mereka telah menghasilkan lebih daripada 6 album dan puluhan single terbaik. Lagu yang dikenali pada tahun 2008 adalah menerusi single dari album pertama Orang Bilang yang diterbitkan, iaitu Dik dan Egokah Aku. Malah, pembikinan muzik video kedua-dua lagu tersebut juga mendapat sambutan hangat lebih daripada 3.5 juta tontonan hasil sentuhan kolaborasi bersama aktres drama terkenal Indonesia, Shireen Sungkar, selaku model untuk video klip tersebut.

Selepas kejayaan album pertama sulung mereka, Wali segera menghasilkan album kedua yang sebahagian besar telah dicipta lirik oleh Apoy. Ketika itu, mereka lahirnya dengan menerusi lagu yang menjadi carta hit terbaik, iaitu Cari Jodoh. Berkat kejayaan menerusi lagu tersebut, kumpulan ini mendapat hadiah pakej umrah daripada syarikat rakaman bawah naungan label yang dikenali sebagai Nagaswara Music.

Pada pertengahan Ramadan tahun 2009, kumpulan tersebut juga mencipta album ketiga yang berkonsepkan pop religi iaitu Mari Shalawat yang dimuatkan dalam album yang bertajuk Ingat Shalawat. Selepas kejayaan album ketiga, salah seorang dari ahli kumpulan tersebut iaitu Nunu, yang bermain gitar bass, mengundurkan diri daripada kumpulan Wali dan dikhabarkan menumpukan perhatian dalam menghasilkan projek single album bersama bassist dari kumpulan Dewa 19, dan bekerjasama dengan Yuke Samporna untuk penghasilan tersebut.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Wali telah dibentuk pada 31 Oktober 1999 yang pada asalnya dengan menggunakan nama Fierra. Kumpulan ini terdiri daripada Faank selaku vokalis utama, manakala Apoy bermain di posisi gitaris, Tomi selaku pemain drum malah Ovie bermain di posisi keyboard, serta Nunu selaku pemain gitar bass untuk kumpulan ini.

Namun pada pertengahan tahun 2009, Nunu telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari Wali Band kerana terjadinya perselisihan faham antara Faank dan Nunu. Selain itu, kontroversi antara Faank & Nunu telah dihebohkan tetapi Faank tidak mengendahkannya dan enggan berbincang. Pada masa yang sama, Nunu dikhabarkan menghasilkan projek bersama Yuke Samporna daripada kumpulan Dewa 19.

Karier[sunting | sunting sumber]

Album pertama mereka iaitu Orang Bilang telah dilepaskan pada Mac 2008. Lagu pertama yang popular iaitu Dik juga diperkenalkan, dimana aktres terkenal Indonesia, Shireen Sungkar, dijadikan selaku watak untuk pembikinan muzik video Dik dan mendapat sambutan hangat. Muzik video tersebut telah mencapai lebih dari 1.5 juta tontonan malah lagu tersebut juga dijadikan sebagai RBT (ring back tone) untuk telefon selular Ponsel.

Selepas kejayaan album pertama, mereka telah hasilkan lagu pop yang berunsur religi iaitu Mari Sholawat. Begitu juga album Ingat Shalawat yang menjadi tunjang album kedua untuk kejayaan band tersebut.

Di samping aktif dalam bidang muzik, kumpulan tersebut juga pernah diundang untuk muncul dalam bidang lakonan. Lakonan pertama mereka diperkenalkan pada tahun tersebut iaitu filem yang bertajuk Baik-Baik Sayang, yang dipetik menerusi single mereka selepas kejayaan mereka. Bahkan, pada masa yang sama, kumpulan ini juga muncul menerusi drama Sinetron, Ngantri ke Sorga.

Pada akhir September 2014, kumpulan ini juga menghasilkan album kompilasi terbaik iaitu 3 in 1, yang diperkenalkan dalam membariskan single religi serta pop rock. Antaranya ialah lagu religi Cari Berkah, Abatasa, Si Udin Bertanya dan Doaku Untukmu Sayang. Album tersebut juga mendapat sambutan hangat di seluruh Indonesia dan mengiktiraf selaku band artis terkenal pada industri muzik.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Orang Bilang (2008)
  • Cari Jodoh (2009)
  • Ingat Sholawat (2010)
  • Aku Bukan Bang Toyib (2011)
  • 3 in 1 (2012)
  • Doa'in Ya Penonton (2015)
  • Ngantri ke Surga (2015)
  • 20.20 (2020)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama televisyen[sunting | sunting sumber]

  • Islam KTP (2010)
  • Baik-Baik Sayang (2011)
  • Ustad Fotocopy (2012)
  • Anak-Anak Manusia (2013)
  • Ngantri ke Surga (2015)
  • Amanah Wali (2017-kini)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]