Wan Zaleha Radzi
Penampilan
Wan Zaleha Haji Wan Ahmad Radzi (lahir 25 Mac 1964) merupakan seorang personaliti televisyen Malaysia yang pernah berkhidmat di TV3. Beliau pernah mengendalikan rancangan-rancangan TV3 termasuk Majalah 3, Buletin Utama dan Nightline. Wan Zaleha juga menjawat jawatan di syarikat pengurusan acara dan sukan Asiapromote Ventures.
Wan Zaleha Radzi | |
---|---|
Kelahiran | Wan Zaleha binti Haji Wan Ahmad Radzi 25 Mac 1964 |
Pekerjaan | Personaliti televisyen |
Pasangan | Peter Imran Winston Abdullah (k. 1999) |
Ibu bapa | Allahyarham Haji Wan Ahmad Radzi Wan Abdul Rahman (bapa) |
Beliau berkahwin dengan Peter Imran Winston Abdullah yang berasal dari Australia pada 8 Mac 1999.[1] Pada 1 Januari 2008, beliau pernah diserang oleh sekumpulan tiga lelaki sebelum diculik sebaik memasuki kenderaan mewahnya selama beberapa jam sebelum dibebaskan.[2][3]
Beliau menjadi pengacara Islam Today pada 2012 di TVi.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Perkahwinan Wan Zaleha Radzi (1999)". Arkib Negara X. 25 April 2013. Dicapai pada 15 Disember 2013.
- ^ "3 lelaki culik Wan Zaleha". Harian Metro. 3 Januari 2008. Dicapai pada 15 Disember 2009.
- ^ Rashita A. Hamid dan Rizal Johan (3 Januari 2008). "Wan Zaleha not ready to talk about terror ride". The Star Online. Dicapai pada 15 Disember 2009.
- ^ Budiey (28 September 2012). Wan Zaleha Radzi bertudung pengacara Islam Today Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Februari 2013.