Wang ihsan Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wang ihsan Kelantan merupakan hasil royalti minyak Kelantan yang diberikan kepada penduduk Kelantan.[1] Oleh kerana Kelantan ditandbir oleh kerajaan PAS, maka wang ihsan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan. Pengarahnya ialah Mahktar Mustafa.

Peruntukan ini disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) kerana ia adalah hak Kerajaan Persekutuan. Ia melibatkan kawasan bertindih. Jika istilah 'royalti' digunakan, ia terpaksa dibayar melalui kerajaan negeri.[2]

Jumlah keseluruhan wang ihsan ialah RM25 juta. Keluarga yang berpendapatan kurang RM740 sebulan, anaknya layak menerima wang ihsan.

Mengapa wang ihsan[sunting | sunting sumber]

Kelantan seperti juga Terengganu tiada hak menuntut royalti kerana pada masa ini tiada pengeluaran petroleum dari perairan kedua-dua negeri itu yang ditakrif lebih tiga batu nautika (5.55 kilometer) dari tikas air surut atau pesisir. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa wang ihsan akan diberi dalam bentuk projek pembangunan dan pembasmian kemiskinan di Kelantan.

Petronas memaklumkan bahawa pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil di Kelantan, yang terletak di luar perairan negeri tersebut iaitu medan Bumi Selatan dalam Blok PM301.

Fasa 1[sunting | sunting sumber]

Fasa 1 wang ihsan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Machang pada Sabtu , 3 April 2010.

Fasa 2[sunting | sunting sumber]

Jabatan Pelajaran Kelantan menganggarkan seramai 100,000 pelajar layak mendapat wang ihsan. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]