Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
تيمبالن ڤردان منتري مليسيا
Coat of arms of Malaysia.svg
Government Ensign of Malaysia.svg
Wan Azizah.jpg
Penyandang
Wan Azizah Wan Ismail

sejak 21 Mei 2018 (2018-05-21)
Jabatan Perdana Menteri
GelaranYang Amat Berhormat
AnggotaKabinet Malaysia
Lapor kepadaParlimen Malaysia
KediamanSeri Satria
PejabatPerdana Putra, Putrajaya
PelantikYang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Malaysia
Pemegang sulungAbdul Razak Hussein
Pembentukan31 Ogos 1957 (1957-08-31) (62 tahun yang lalu)
GajiRM18,168.15 sebulan[1]
Laman webwww.pmo.gov.my/tpm
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ialah jawatan politik kedua tertinggi Kerajaan Malaysia. Setakat ini (berkuatkuasa 21 Mei 2018), bilangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah seramai 12 orang. Penyandang terkini ialah Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Era Kemerdekaan Malaysia (1957-1970)[sunting | sunting sumber]

Mantan Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah hanya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan.Timbalan Perdana Menteri yang pertama ialah Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein.
TunAbdulRazak.jpg

Era Pembangunan Malaysia (1970-1976)[sunting | sunting sumber]

Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein mempunyai seramai dua orang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Timbalan Perdana Menteri ke-2 Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pertama meninggal dunia sewaktu dalam perkhidmatan iaitu pada 2 Ogos 1973. Kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-3.
Ismail Rahman.jpg Tun Hussein Onn (MY 3rd PM).jpg

Era Perpaduan Malaysia (1976-1981)[sunting | sunting sumber]

Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn hanya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Sewaktu Tun Hussein Onn dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3, jawatan Timbalan Perdana Menteri menjadi kosong selama kira kira 2 bulan. Kemudian pada 2 Mac 1976, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad mengisi jawatan tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-4.
Mahathir Mohamad 2007.jpg

Era Pemodenan Malaysia (1981-2003)[sunting | sunting sumber]

Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Timbalan Perdana Menteri ke-5, Tun Musa bin Hitam merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pertama meletakkan jawatan. Timbalan Perdana Menteri ke-6, Allahyarham Tun Ghafar bin Baba meninggal dunia pada 23 April 2006. Manakala Timbalan Perdana Menteri ke-7, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim pula merupakan Timbalan Perdana Menteri yang pertama yang dipecat daripada Kerajaan. Susulan daripada pemecatan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi menggantikan tempat beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-8.
Musa-hitam.jpg Ghafar Baba.jpg Anwar 980416.jpg Abdullah Badawi in April 2008.jpg

Era Pembangunan Modal Insan Malaysia (2003-2009)[sunting | sunting sumber]

Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi hanya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Sewaktu Tun Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5, jawatan Timbalan Perdana Menteri mejadi kosong sekali lagi tetapi hanya selama 68 hari sahaja. Kemudian pada 7 Januari 2004 Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengisi jawatan tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-9.
Najib Razak 2008-08-21.jpg

Era Transformasi Malaysia (2009-2018)[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan timbalan beliau yang pertama tetapi disingkirkan daripada jawatan tersebut pada 29 Julai 2015 atas sebab menegur cara beliau menanggani isu 1Malaysia Development Berhad. Kemudian, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi menggantikan tempat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-11.
MuhyiddinUS.jpg AZHThai.jpg

Era Malaysia Baru (2018-Kini)[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-7.[2] mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri setakat ini iaitu Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail. Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama dan juga Timbalan Perdana Menteri yang pertama selain dari parti Barisan Nasional.[3]
Wan Azizah.jpg

Senarai Timbalan Perdana Menteri Malaysia[sunting | sunting sumber]

Parti komponen:       Parti Perikatan (AP)       Barisan Nasional (BN)       Pakatan Harapan (PH)

Parti politik:       Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)       Parti Keadilan Rakyat (PKR)

No. Tempoh Timbalan Perdana Menteri Jawatan Sebelum Parti Perdana Menteri
1 31 Ogos 1957
22 Sept 1970
(4770 Hari)
Tun
Abdul Razak Hussein, Bar-at-Law (Lincoln's Inn)
Ahli Parlimen Pekan
(1922-1976)
TunAbdulRazak.jpg Menteri Pelajaran
Tanah Melayu

ke-1
UMNO
(AP)
Tunku Abdul Rahman
2 22 Sept 1970
2 Ogos 1973
(1045 Hari)
Tun Dr.
Ismail Abdul Rahman, MD (Melbourne)
Ahli Parlimen Johor Bahru
(1915-1973)
Ismail Rahman.jpg Timbalan Pengarah
MAGERAN
UMNO
(AP)
Abdul Razak Hussein
3 13 Ogos 1973
24 Ogos 1974
(376 Hari)
Tun
Hussein Onn, Bar-at-Law (Lincoln's Inn)
Ahli Parlimen Johor Bahru
(1922-1990)
Tun Hussein Onn (MY 3rd PM).jpg Menteri Pelajaran
Malaysia

ke-6
UMNO
(AP)
24 Ogos 1974
15 Januari 1976
(529 Hari)
UMNO
(BN)
4 2 Mac 1976
16 Jul 1981
(1962 Hari)
Tun Dr.
Mahathir Mohamad, MBBS (NUS)
Ahli Parlimen Kubang Pasu
(1925)
Mahathir Mohamad 2007.jpg Menteri Pendidikan
Malaysia

ke-7
UMNO
(BN)
Hussein Onn
5 18 Jul 1981
16 Mac 1986
(1702 Hari)
Tun
Musa Hitam, BA (UM), MA (Sussex)
Ahli Parlimen Kota Tinggi
(1934)
Musa-hitam.jpg Menteri Pendidikan
Malaysia

ke-8
UMNO
(BN)
Mahathir Mohammad


6 10 Mei 1986
15 Okt 1993
(2715 Hari)
Tun
Ghafar Baba
Ahli Parlimen Jasin
(1925-2006)
Ghafar Baba.jpg Naib Presiden
UMNO
UMNO
(BN)
7 1 Dis 1993
-
2 Sept 1998
(1736 Hari)
Dato' Seri
Anwar Ibrahim, BA (UM)
Ahli Parlimen Permatang Pauh
(1947)
Anwar 980416.jpg Menteri Pendidikan
Malaysia

ke-11
UMNO
(BN)
8 8 Jan 1999
31 Okt 2003
(1757 Hari)
Tun
Abdullah Ahmad Badawi, BA (UM)
Ahli Parlimen Kepala Batas
(1939)
Abdullah Badawi in April 2008.jpg Menteri Luar Negeri
Malaysia

ke-10
UMNO
(BN)
9 7 Jan 2004
-
3 Apr 2009
(1913 Hari)
Dato' Seri
Mohd Najib Abdul Razak, BSc (Notthingham)
Ahli Parlimen Pekan
(1953)
Najib Razak 2008-08-21.jpg Menteri Pendidikan
Malaysia

ke-13
UMNO
(BN)
Abdullah Ahmad Badawi
10 10 Apr 2009
29 Jul 2015
(3875 Hari)
Tan Sri
Muhyiddin Yassin, BA (UM)
Ahli Parlimen Pagoh
(1947)
MuhyiddinUS.jpg Menteri MITI
Malaysia

ke-16
UMNO
(BN)
Mohd Najib Abdul Razak
11 29 Jul 2015
10 Mei 2018
(1016 Hari)
Dato' Seri Dr.
Ahmad Zahid Hamidi, BA (UM), MSc (UPM), PhD (UPM)
Ahli Parlimen Bagan Datuk
(1953)
AZHThai.jpg Menteri Pertahanan
Malaysia

ke-14
UMNO
(BN)


12 21 Mei 2018
Kini
(547 Hari)
Dato' Seri Dr.
Wan Azizah Wan Ismail, MB BCh BAO (RCSI)
Ahli Parlimen Pandan
(1952)
Wan Azizah.jpg Ketua Pembangkang
Malaysia

ke-13
PKR
(PH)
Mahathir Mohamad

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Wan Azizah Wan IsmailAhmad Zahid HamidiMuhyiddin YassinNajib RazakAbdullah Ahmad BadawiAnwar IbrahimAbdul Ghafar BabaMusa HitamMahathir MohamadHussein OnnIsmail Abdul RahmanAbdul Razak Hussein

Pada tempoh berikut, merupakan tempoh ketika tiada Perdana Menteri dilantik:

1. 15 Januari 1976 — 2 Mac 1976: 47 hari ketika peralihan TPM ke-3 ke TPM ke-4 sewaktu era pentadbiran Tun Hussein Onn.
2. 16 Mac 1986 — 10 Mei 1986: 55 hari ketika peralihan TPM ke-5 ke TPM ke-6 sewaktu era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
3. 15 Oktober 1993 — 1 Disember 1993: 47 hari ketika peralihan TPM ke-6 ke TPM ke-7 sewaktu era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
4. 2 September 1998 — 8 Januari 1999: 128 hari ketika peralihan TPM ke-7 ke TPM ke-8 sewaktu era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
5. 31 Oktober 2003 — 7 Januari 2004: 68 hari ketika peralihan TPM ke-8 ke TPM ke-9 sewaktu era pentadbiran Tun Abdullah Badawi.
6. 9 Mei 2018 — 21 Mei 2018: 12 hari ketika peralihan TPM ke-11 ke TPM ke-12 sewaktu era pentadbiran ke-2 Tun Mahathir Mohamad.

Senarai mantan Timbalan Perdana Menteri yang tukar / tinggal parti politik[sunting | sunting sumber]

Parti politik:       Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)       Parti Keadilan Rakyat (PKR)       Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)       Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)       Parti Negara (NATIONAL)       Bebas


No. Nama Tarikh Parti Politik Sebab Catatan Era Pentadbiran
Keluar Masuk
1 Tun Hussein Onn (MY 3rd PM).jpg
Hussein Onn
1951 UMNO IMP Mengikuti ayahanda beliau
Onn Jaafar
Penubuhan parti baharu:
IMP pada 1951
Tunku Abdul Rahman
1953 IMP NATIONAL IMP kurang sambutan &
Penubuhan NATIONAL*
IMP dibubarkan
pada 1953
Tunku Abdul Rahman
1964 NATIONAL UMNO NATIONAL dibubarkan dan
dipelawa semula ke UMNO*
NATIONAL dibubarkan
pada 19 Januari 1962
Tunku Abdul Rahman
2 Mahathir Mohamad 2007.jpg
Mahathir Mohamad
26 Sept
1969
UMNO Bebas Dipecat keahlian:
-Mengkritik kepimpinan
Tunku Abdul Rahman**
Masuk semula UMNO
pada 7 Mac 1972
Tunku Abdul Rahman
19 Mei
2008
UMNO Bebas Tidak yakin
akan kepimpinan
Abdullah Ahmad Badawi***
Masuk semula UMNO
pada 4 Apr 2009
Abdullah Ahmad Badawi
29 Feb
2016
UMNO Bersatu Hilang kepercayaan
terhadap kepimpinan
Najib Razak dan UMNO***
Penubuhan parti baharu
Bersatu pada 9 Sept 2016
Najib Razak
3 Musa-hitam.jpg
Musa Hitam
1960 UMNO Bebas Dipecat keahlian:
-Pengikaran terhadap
Peristiwa 13 Mei****
Masuk semula UMNO
pada 1971
Tunku Abdul Rahman
3 Jun
1989
UMNO Bebas Bersara daripada menyertai
arena politik
Non-Partisan Mahathir Mohamad
4 Anwar 980416.jpg
Anwar Ibrahim
2 Sept
1998
UMNO PKR Dipecat keahlian:
- Kes Liwat
- Krisis Kewangan Asia 1997
Penubuhan parti baharu:
PKR pada 4 Apr 1999
Mahathir Mohamad
5 MuhyiddinUS.jpg
Muhyiddin Yassin
24 Jun
2016
UMNO Bersatu Dipecat keahlian:
-Mengkritik kepimpinan
Najib Razak
Penubuhan parti baharu:
Bersatu pada 9 Sept 2016
Najib Razak

-*Penarikan diri Hussein Onn daripada UMNO dan IMP adalah sebelum beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
-**Pemecatan Mahathir Mohamad pada Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman adalah sebelum beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
-***Penarikan diri Mahathir Mohamad daripada UMNO pada Era Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak adalah selepas beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
-****Pemecatan Musa Hitam pada Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman adalah sebelum beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri

Senarai mantan Timbalan Perdana Menteri yang masih hidup[sunting | sunting sumber]

Nama Umur
Tun Dr Mahathir Mohamad 94 Tahun
Tun Musa Hitam 85 Tahun
Dato' Seri Anwar Ibrahim 72 Tahun
Tun Abdullah Ahmad Badawi 79 Tahun
Dato' Seri Mohamad Najib Razak 66 Tahun
Tan Sri Muhyiddin Yassin 72 Tahun
Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 66 Tahun

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Malaysia Penyandang Kemudian
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah Wan Ismail