Watak-watak Kingdom Hearts

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kingdom Hearts ialah siri sebuah permainan video berperanan dibangunkan dan diterbitkan oleh Square Enix. Ini adalah hasil daripada gabungan antara Square dan Disney. Kingdom Hearts ialah campuran pelbagai latar-latar Disney berasaskan dunia yang dibuat khas untuk siri permainan video ini. Siri ini memaparkan campuran watak-watak Disney dan Final Fantasy, serta beberapa watak baru direka oleh Tetsuya Nomura.

Siri ini berkisahkan tentang watak utama, Sora dan pencarian kawan-kawannya dan perjumpaan dengan beberapa watak Disney dan Final Fantasy di dunia mereka. Pemain mengawal Sora, namun terdapat beberapa lagi watak lain menyertai Sora sebagai watak bukan pemain (NPC). Majoriti watak diperkenalkan dalam permainan yang pertama. Beberapa watak baru diperkenalkan dalam sekuelnya, Kingdom Hearts: Chain of Memories. Kingdom Hearts II dan Kingdom Hearts: Birth by Sleep menambah beberapa lagi watak Disney dan Final Fantasy, serta beberapa watak jahat.

Watak Utama[sunting | sunting sumber]

Sora[sunting | sunting sumber]

Sora ialah seorang watak asal yang direka oleh Tetsuya Nomura, dan watak yang dikawal oleh pemain dalam majoriti siri permainan. Senjata Sora ialah Kingdom Key. Walaupun asalnya bukan dia yang dipilih untuk memegang Keyblade, Sora akhirnya dipilih berbanding Riku, kawannya, kerana Sora mempunyai hati yang lebih kuat berbanding Riku yang terdedah dan lemah. Nomura menyatakan bahawa nama Sora bererti "langit", perkataan Jepun bagi langit ialah sora ().

Kairi[sunting | sunting sumber]

Kairi ialah kawan baik Sora dan Riku, dan salah satu daripada tujuh "Princesses of Heart". Dia ialah watak asal yang direka oleh Nomura khas untuk siri Kingdom Hearts. Nama Kairi berasal dari perkataan lautan dalam bahasa Jepun, perkataan Jepun bagi lautan ialah kai ().

Kairi asalnya ialah penduduk Radiant Garden sebagai salah satu daripada tujuh "Princesses of Heart". Dia pernah bertemu Aqua dalam Birth by Sleep dan diberi sebuah tangkal untuk melindunginya daripada kegelapan, menyebabkan dia dihantar ke Destiny Islands apabila Xehanort membuat eksperimen di mana keenam-enam pembantu Ansem the Wise menjadi punca serangan kegelapan. Tambahan pula, dia secara tidak sengaja mempunyai kuasa untuk memegang Keyblade selepas menyentuh Keyblade milik Aqua.

Dia berumur 14 tahun dalam permulaan siri. Semasa Destiny Islands dimusnahkan oleh Heartless, hati Kairi masuk ke dalam hati Sora apabila Kairi mengalami koma. Selepas Sora mengetahui tentang identiti Kairi sebagai Ratu Hati (Princess of Heart) dan lokasi hatinya, Sora membebaskan hatinya untuk membebaskan hati Kairi dan mengembalikan semula kepadanya. Sejurus selepas itu, Kairi bertemu dengan Heartless Sora dan mengembalikan dia menjadi bentuk asal.

  • Riku
  • Donald Duck
  • Goofy
  • King Mickey
  • Ansem the Wise
  • Jiminy Cricket
  • Naminé
  • Roxas
  • Terra
  • Ventus
  • Aqua
  • Master Eraqus
  • Yen Sid

Watak jahat[sunting | sunting sumber]

  • Xehanort
  • Maleficent