Watak-watak dalam xxxHolic

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana ini menyenaraikan watak-watak dalam siri anime dan manga xxxHolic.

Watak-watak utama[sunting | sunting sumber]

Kimihiro Watanuki (Jepun: 四月一日 君尋, Hepburn: Watanuki Kimihiro)
Disuarakan oleh: Jun Fukuyama (Bahasa Jepun), Todd Haberkorn (Bahasa Inggeris)
Seorang remaja lelaki yatim piatu yang disumpah dengan kebolehan untuk melihat yōkai (makhluk halus). Watanuki telah membuat perjanjian dengan Yūko untuk bekerja demi membayar semula keinginannya, iaitu supaya tidak lagi melihat makhluk-makhluk halus dalam hidupnya. Watanuki seringkali membantu mereka yang dijumpanya disebabkan kuasanya, meskipun tugas yang diberikan kepadanya tidak memerlukannya berbuat demikian. Dia juga bersikap berdikari, kerana dia terpaksa hidup bersendirian sepanjang hidupnya, dan merupakan tukang masak dan pengurus tumah yang cemerlang.
Watanuki sangat tertarik kepada rakan sekelasnya, iaitu Himawari, dan sentiasa cuba untuk menarik perhatiannya dalam apa cara sekalipun. Dōmeki yang juga merupakan rakan sekelasnya, dilihat Watanuki sebagai lawan yang ingin merampas Himawari daripadanya, meskipun Dōmeki tidak pernah meluahkan minatnya kepada gaids tersebut. Disebabkan kebolehan Dōmeki untuk menghalau makhluk-makhluk halus, Watanuki seringkali meluangkan masa yang lebih lama dengan kehadirannya, dan ini telah merubah hubungan mereka sebagai rakan yang rapat. Walaubagaimanapun, Watanuki seringkali bermusuhan dengan Dōmeki, dan cuba untuk melayannya dengan buruk (meskipun sentiasa gagal).
Meskipun Yūko seorang rupawan, seringkali menggoda dan mebgusik Watanuki, remaja itu tidak menunjukkan sebarang perhatian kepada Yūko dan minat romantiknya tetap kepada Himawari. Tambahan pula, Watanuki merasakan bahawa godaan dan usikan Yūko lebih menjengkelkan daripada niat sebenar wanita tersebut. Akan tetapi, mereka dilihat sebagai pasangan yang telah mencipta suatu hubungan yang teguh dan penuh kasih sayang.
Apabila Watanuki dicederakan dengan parah dalam siri manga xxxHolic, sekaligus memaksa Himawari dan Dōmeki untuk meminta hajat kepada Yūko supaya menyelamatkan nyawanya dan membayar hutang mereka (Himawari menerima parut dan luka Watanuki manakala Dōmeki memberi darah yang setimpal dengan darah yang hilang dari tubuh Watanuki); watak Syaoran dari siri Tsubasa: Reservoir Chronicle, yang dilihat buat seketika oleh Watanuki ketika dia ingin membuat hajatnya, juga telah membayat untuk nyawa sebelum kejadian tersebut. Hubungan Watanuki bersama-sama Syaoran di dalam siri ini belum lagi didedahkan.
Yūko Ichihara (Jepun: 壱原 侑子, Hepburn: Ichihara Yūko)
Disuarakan oleh: Sayaka Ohara (Bahasa Jepun), Colleen Clinkenbeard (Bahasa Inggeris)
Sebagai seseorang yang berpengalaman dalam industrinya, Yūko tidak secuai Watanuki sehingga mendedahkan namanya begitu sahaja. Yūko telah berperanan sebagai pemangkin kepada perubahan dalam diri Watanuki, lebih kepada mentornya. Dia juga gemar menikmati hidangan yang dimasak oleh Watanuki dan memaksa Watanuki bersiar-siar dengannya secara tiba-tiba sahaja.
Meskipun memiliki perangai yang kurang matang dan "terlalu bebas", Yūko dikenali sebagai seseorang yang "berpengetahuan" apabila dirinya berubah menjadi serius dan pada waktu-waktu tertentu. Yūko mungkin mengetahui hitsuzen yang harus dipatuhi oleh kehidupan Watanuki, dan telah selalu menawarkan mesej-mesej tersembunyi kepadanya supaya Watanuki menyedari bahaya yang bakal menimpa dirinya. Yūko juga dilihat sangat menyayangi Watanuki, memastikan keselamatannya pada waktu malam, kadang-kala membekalkannya kudakitsune (musang paip) kepadanya untuk perlindungan tambahan, atau memangggil Dōmeki apabila Watanuki memerlukan bantuan.
Dari segi pengetahuan sihir, Yūko merupakan seseorang yang sangat arif. Selain itu, dia juga sangat dihormati di dunia ghaib. Walaubagaimanapun, Yūko selalunya tidak mencelah secara langsung dalam urusan yang dikendalikannya bersama-sama mereka yang meminta hajat daripadanya. Kadang-kala, Yūko menghantar Watanuki untuk melakukan tugasan yang berbeza untuknya, misalnya apabila dia inginkan hajat daripada Himawari. Yūko seringkali berperanan sebagai individu yang menggerakkan catur pada papannya jika dilihat dari perspektif yang lebih luas.
Shizuka Dōmeki (Jepun: 百目鬼 静, Hepburn: Dōmeki Shizuka)
Disuarakan oleh: Kazuya Nakai (Bahasa Jepun), J. Michael Tatum (Bahasa Inggeris)
Dōmeki ialah rakan sekelas dan lawan Watanuki, meskipun Dōmeki tidak berminat langsung untuk menentangnya. Dia merupakan ahli dalam kelab kyudo sekolah dan seringkali mengambil bahagian (dan seringkali memenangi) pertandingan sekolahnya. Dia tinggal berdekatan sebuah kuil yang dimiliki oleh datuknya yang telah meninggal dunia.
Personaliti Dōmeki dikatakan bertentangan dengan Watanuki. Dia bersikap cool, tenang dan seringkali gemar melakukan sindiran. sebaik sahaja Watanuki mendapat peluang untuk meluangkan masa bersendirian dengan Himawari, Dōmeki mencelah masa mereka, secara tidak langsung mengakibatkan Watanuki membencinya.
Dōmeki mempunyai sifat menghalau semangat-semangat secara semula jadi disebabkan kebolehan pengusiran yang diwarisinya daripada datuknya. Penilik nasib dalam jilid 2 telah melihat masa depan di mana peranan Dōmeki bermula, lalu mengatakan bahawa Watanuki akan mendapat seorang rakan yang seringkali bertengkar dengannya, namun hubungan mereka tetap "berterusan dengan lebih dalam".
Yūko menasihati Watanuki supaya berada berhampiran dengan Dōmeki kerana kehadirannya mampu menghalau makhluk-makhluk halus yang menyerang Watanuki, namun perasaan cemburu Watanuki terhadap sikap Dōmeki yang terlampau tenang dan bersikap "relaks" membuatkannya naik angin hampir setiap masa dan sekaligus tidak menyukainya. Dōmeki seringkali membantu Watanuki dalam keadaan yang mengamcam nyawanya. Sebagai balasan, Watanuki diminta memasak bento untuknya (kadang-kala didampingi paksaan Yūko, kadang-kala tidak), dan Dōmeki selalu meminta makanan yang sukar untuk dimasak keesokan harinya, sekadar melihat Watanuki naik angin.
Menurut cara Dōmeki memegang busurnya, dia lebih menggunakan tangan kanannya. Selain itu, setelah lengan kanannya tercedera apabila menyelamatkan Watanuki yang jatub daripada sebuah bangunan, Hamiwari memberi komen, menyatakan bahawa ia "malang sekali" kerana Dōmeki menggunakan tangan kanan.
Sebelum bab 119 dalam siri manga xxxHolic (juga dalam episod 12 siri anime), Dōmeki hanya mampu melihat kedai Yūko sebagai sebuah lapangan yang kosong tanpa bedirinya kedai itu. Yūko menjelaskan dalam jilid ke-8 tentang keadaan ini, di mana Dōmeki tidak mampu melihat kedainya (secara fizikal dan visual) kerana dia tidak menginginkan sebarang hajat daripada Yūko. Akan tetapi, setelah Watanuki jatuh ke luar tingkap di sekolahnya dalam bab 117 dan tercedera dengan parah, Dōmeki mampu memasuki kedai Yūko kerana dia kini mempunyai keinginan untuk menyelamatkan nyawa Watanuki.
Himawari Kunogi (Jepun: 九軒 ひまわり, Hepburn: Kunogi Himawari)
Disuarakan oleh: Shizuka Itō (Bahasa Jepun), Cherami Leigh (Bahasa Inggeris)
Kohane Tsuyuri (Jepun: 五月七日 小羽, Hepburn: Tsuyuri Kohane)
Disuarakan oleh: Rina Hidaka

Watak-watak sokongan[sunting | sunting sumber]

Zashiki-warashi (Jepun: 座敷童)
Disuarakan oleh: Sumi Mutoh (Bahasa Jepun), Brina Palencia (Bahasa Inggeris)
Ame-warashi (Jepun: 雨童女)
Disuarakan oleh: Akiko Yajima (Bahasa Jepun), Kate Oxley (Bahasa Inggeris)
Kudakitsune (Jepun: 管狐)/ Mugetsu
Tanpopo (Jepun: タンポポ)
Maru & Moro (Jepun: マル&モロ)
Maru - Disuarakan oleh: Kazuko Kojima (Bahasa Jepun), Leah Clark (Bahasa Inggeris)
Moro - Disuarakan oleh: Hisayo Mochizuki (Bahasa Jepun), Brina Palencia (Bahasa Inggeris)
Mokona Modoki (Jepun: モコナ=モドキ)
Disuarakan oleh: Mika Kikuchi (Bahasa Jepun), Carrie Savage (Bahasa Inggeris)
Haruka Dōmeki (Jepun: 百目 鬼遥, Hepburn: Dōmeki Haruka)
Nekomusume (Jepun: 猫娘)

Watak-watak Tsubasa Reservoir Chronicle[sunting | sunting sumber]

Mokona (Jepun: (モコナ))