Watak Staf Sekolah Ninja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut adalah watak-watak yang berkhidmat dan menetap di Sekolah Ninja dalam siri anime dan manga Nintama Rantarou. Staf Sekolah Ninja mengandungi pakar tenaga dalam bidang pendidikan ninja dan perkhidmatan.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Panggilan Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Tuan Pengetua Ookawa Heijiuzumasa atau Gakuenchou (Pengetua) (学園長)
Tuan Pengetua merupakan pengetua Sekolah Ninja. Dalam usianya yang telah lanjut iaitu dalam lingkungan 70 tahun, dia semakin nyanyuk tetapi masih lagi merupakan ninja yang hebat dan tinggi ilmu pengetahuannya. Kenyanyukannya kadangkala menyusahkan para guru dan pelajar sekolah itu. Dia juga mempunyai ramai rakan-rakan yang kemudiannya turut muncul dalam siri.
Hemuhemu Hemuhemu
Hemuhemu dalam anime dan manga amat berbeza sekali. Hemuhemu dalam manga hanyalah seekor anjing liar yang antagonis yang kemudiannya datang ke Sekolah Ninja dan membantu mereka. Kemudiannya, dia tidak lagi dipanggil "Hemuhemu" tetapi "Zeni no Hana wa Shiroi Gou". Dalam anime pula, Hemuhemu merupakan seekor anjing yang lebih berperangai seperti manusia dan merupakan ninja yang sangat hebat serta kawan baik Tuan Pengetua. Dalam anime, Hemuhemu berusia sekitar 20 tahun dan Tuan Pengetua menjumpainya ketika masih kecil lagi. Tetapi anak anjing tu sentiasa menyalak lalu Pengetua menyuruhnya berhenti menyebut "wan wan". Dengan latihan dan tumpuan, anjing itu diajar untuk berkata "hemu hemu" lalu menjadi namanya.
Makcik Kantin Shokudou no Obachan (Makcik Kantin)
Makcik Kantin merupakan perempuan terkuat di Sekolah Ninja dan ditakuti serta dihormati oleh yang lain. Dalam anime iaitu babak ketika dia menjemput orang makan, dia sering berkata, "Onokoshi wa yurushimahende!" atau "Siapa yang tak habiskan makanan dia tidak akan dimaafkan!". Sesiapa yang tidak habiskan, memang dia akan mengejar orang itu dan dipaksa untuk menghabiskannya atau dihentam.
Cikgu Kurokoge Kurokoge Panzou
Kurokoge sering datang ke Sekolah Ninja ketika Makcik kantin tiada iaitu untuk menggantikannya memasak. Walau bagaimanapun, cara Cikgu Kurokoge amat berlainan dengan Makcik Kantin kerana cikgu Kurokoge sering mendidik pelajar sekolah ninja untuk memasak cara ninja (iaitu ketika kecemasan). Tidak kurang juga, pada satu-satu masa, dia akan memasakkan apa saja (termasuk daun belukar, haiwan bersisik dan serangga) untuk melatih ninja bersedia di waktu darurat.
Cikgu Niino Niino Hirokazu
Cikgu Niino merupakan perawat/doktor di Sekolah Ninja. Dia menjadi tempat rujukan sekiranya terdapat kecederaan atau sakit di kalangan warga Sekolah Ninja. Dia juga pakar dalam ubatan. Sifat Cikgu Niino yang baik sering diambil kesempatan oleh yang lain.
Cikgu Yoshino Yoshino Sakuzou
Cikgu Yoshino mempuyai keperibadian yang agak menakutkan. Dia bertanggungjawab atas segala peralatan dan senjata di sekolah. Kebelakangan ini, dia ditimpa masalah yang sering ditimbulkan oleh Komatsuda. Beberapa perkara yang dilakukan dalam manga dilakukan oleh Hemuhemu dalam anime.
Komatsuda Komatsuda Shuusaku
Komatsuda mula tiba di Sekolah Ninja, dia memecah masuk sebagai ujian untuk menjadi Ninja Dokutake. Walau bagaimanapun, dia tidak berjaya dan diterima bekerja sebagai pembantu pentadbiran/kerani/pengawas di sekolah. Walaupun banyak yang ditugaskan untuknya, satupun dia tidak dapat lakukan dengan baik. Kebolehan sebenarnya adalah di laut apabila diakui oleh lanun sendiri yang Komatsuda amat mahir di laut. Walau bagaimanapun, dia masih menyukai kerjanya itu.

Pengajar[sunting | sunting sumber]

Panggilan Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Cikgu Doi Doi Hansuke
Cikgu Doi merupakan cikgu bagi Tahun Satu Kelas Ha. Dia menyukai letupan, tidak menyukai chikuwa (kek pes ikan berbentuk tiub) serta amat membenci makanan yang diuli dan amat tepat balingan kapurnya. Dia berusia 25 tahun dah masih bujang serta guru yang paling kacak di sekolah itu. Ketika cuti sekolah, dia menjaga Kirimaru dan terpaksa membantu Kirimaru dengan kerja sambilannya. Cikgu Doi kadang-kala turut menangis disebabkan tekanan yang dibuat oleh kelasnya. Dia juga terlampau sibuk hingga sering terlupa hendak membayar sewa.
Cikgu Yamada Yamada Denzou
Cikgu Yamada merupakan guru luar atau lapangan bagi Tahun Satu Kelas Ha. Maknanya, dia akan mengajar apa yang ninja biasa lakukan. Cikgu Yamada sering melakukan lawak serta suka berpakaian perempuan. Dia kini sudahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Rikichi. Isterinya pula tidak pernah kelihatan walaupun pernah muncul tetapi hanya di balik siling.
Cikgu Yamamoto Yamamoto Shina
Cikgu Yamamoto merupakan cikgu bagi kelas kunoichi kyoushitsu (kelas ninja perempuan). Kadang kala dia bertindak dan menjadi perempuan tua yang sopan dan adakala menjadi perempuan muda yang cantik dan berbahaya. Tiada siapapun termasuk guru sekolah yang tahu umur sebenarnya. Bagi rupanya yang muda, dia sangat bertenaga dan sentiasa menyuruh murid-muridnya berlari.
Cikgu Tobe Tobe Shinzaemon
Cikgu Tobe merupakan pakar pedang terhebat di Sekolah Ninja dan pengajar yang bagus. Tetapi, dia mempunyai kelemahan yang amat ketara iaitu jika dia tidak makan walaupun sedikit, dia akan kehilangan tenaganya hinggakan untuk mengangkat pedangnya pun tidak larat. Musuh utamanya ialah Makinosuke (walaupun tidak setaraf langsung dengannya). Cikgu Tobe sering mengeluarkan bunyi "Yurari".
Cikgu Andou Andou Natsunojou
Cikgu Andou merupakan guru kepada Tahun Satu Kelas I. Dia tidak berapa baik dengan Cikgu Doi dan terdapat banyak persaingan antara kelas I dan Ha. Kelebihan pelajar kelasnya membuatkan dia lebih berlagak.
Cikgu Atsugi Atsugi Taitsu
Cikgu Atsugi merupakan guru praktikal bagi Tahun Satu Kelas I dan dia bekerja bersama dengan Cikgu Andou.
Cikgu Shadou Shadou Kagemaro
Cikgu Shadou merupakan guru bagi Tahun Satu Kelas Ro. Dia merupakan orang yang paling murung di sekolah dan mempunyai rupa yang menyeramkan yang dikatakan jika terserempak dengan hantu, hantu pun turut lari. Cikgu Shadou juga seorang penakut yang kana melarikan diri dengan sangat pantas sekiranya terjumpa sesuatu yang menakutkan atau tidak disuka termasuk jika terpijak hingus Shinbei. Dengan rupanya begitu, dia pastinya tidak akan dijemput ke mana-mana majlis kecuali parti Halloween.
Cikgu Hinata Hinata Bokuo
Cikgu Hinata juga ialah guru Tahun Satu Kelas Ro. Walau bagaimanapun, berbeza dengan pasangan mengajarnya, Cikgu Hinata amat ceria.
Cikgu Matsuchiyo Matsuchiyo Yorozu
Cikgu Matsuchiyo merupakan cikgu kepada Tahun Dua Kelas I. Badannya dipenuhi bulu tetapi dia mempunyai masalah yang sangat serius iaitu dia sangat pemalu. Sifat pemalunya itu sangat teruk hinggakan pelajar perlu bersembunyi di bawah meja supaya tidak dilihat olehnya. Walau bagaimanapun, ketika saat kecemasan, Cikgu Matsuchiyo amat hebat sebagai seorang ninja.
Cikgu Nomura Nomura Yuuzou
Cikgu Yuuzou merupakan guru Tahun Dua Kelas I yang amat membencikan bawang serta sering bertarung dengan Cikgu Masanosuke. Sebenarnya, dia lebih tenang dan mempunyai banyak peranan dalam manga berbanding dalam anime.
Cikgu Masanosuke Ohki Masanosuke
Cikgu Masanosuke juga guru di Sekolah Ninja. Tetapi, dia telah berhenti mengajar kerana guru Tahun Dua Kelas I iaitu Cikgu Nomura. Cikgu Masanosuke menyukai bawang sementara Cikgu Nomura membencinya yang membuatkan mereka sering bertengkar dan bergaduh walaupun hal remeh. Dalam siri manga, dia merupakan cikgu utama. Dia turut mempunyai seekor arnab sebagai binatang peliharaan yang dinamakan sebagai Rabi-chan.
Cikgu Kinoshita Kinoshita Tetsumaru
Cikgu Kinoshita merupakan guru kemahiran praktikal bagi Tahun Lima Kelas I. Dia sungguh bertenaga dan paling mudah naik angin.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]