Wawa
Wawa | |
---|---|
Gambran dari Curtis's Botanical Magazine pada 1904 | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Monokot |
Order: | Asparagales |
Keluarga: | Orchidaceae |
Subkeluarga: | Epidendroideae |
Genus: | Dipodium |
Spesies: | D. pictum
|
Nama binomial | |
Dipodium pictum |
Wawa atau turut disebut anggerik kirana;[3][4] dengan nama saintifik Dipodium pictum, ialah spesies anggerik yang tempatan di Malesia (termasuk Indonesia dan New Guinea) dan Semenanjung Cape York di Australia.[5]
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Dipodium pictum ini pepanjat langsing dengan daun yang terusun dalam satah tunggal. Ia ada dasar yang bertindih dan sekitar 30 ke 40 cm panjang dan 2 ke 3 cm lebar. Bunganya sekitar 5 cm garis pusat dan bertompok merah manggis.[5]
Taburan
[sunting | sunting sumber]Di Australia, ia dijumpai di tepi atau di dalam hutan hujan, selalunya berdekatan alur air, di ketinggian yang menjulat dari 200 ke 400 meter. Hanya empat spesimen dicatatkan di Australia; dari Taman Negara Kutini-Payamu dan simpanan balak Banjaran McIlwraith di Semenanjung Cape York.[6]
Pemuliharaan
[sunting | sunting sumber]Di Australia, spesies ini disenaraikan "terancam" di bawah Akta Pemuliharaan Biokepelbagaian dan Perlindungan Persekitaran Komanwel, begitu juga Akta Pemuliharaan Alam Queensland.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Dipodium pictum (Lindl.) Rchb.f." The Plant List version 1.1. Dicapai pada 29 Januari 2014.
- ^ "Dipodium pictum (Lindl.) Rchb.f., Xenia Orchid. 2: 15 (1862)". World Checklist of Selected Plant Families. Dicapai pada 29 January 2014.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "wawa". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 648 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Wannura (16 Disember 2010). "Dipodium pictum (Anggerik Kirana) – Orkid spesis". Wannura Orkid.
- ^ a b F.A.Zich; B.P.M.Hyland; T.Whiffen; R.A.Kerrigan (2020). "Dipodium pictum". Australian Tropical Rainforest Plants Edition 8 (RFK8). Centre for Australian National Biodiversity Research (CANBR), Australian Government. Dicapai pada 19 Jun 2021.
- ^ "Approved Conservation Advice for Dipodium pictum" (PDF). Threatened Species Scientific Committee. 2008. Dicapai pada 31 Januari 2014.
- ^ "Dipodium pictum". SPRAT Profile. Department of the Environment (Australia). Dicapai pada 31 Januari 2014.