Pergi ke kandungan

What Lies Beneath

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
What Lies Beneath
Poster
PengarahRobert Zemeckis
PenulisSarah Kernochan
Clark Gregg
Dihasilkan olehSteve Starkey
Robert Zemeckis
Jack Rapke
DibintangiHarrison Ford
Michelle Pfeiffer
Diana Scarwid
SinematografiDon Burgess
Disunting olehArthur Schmidt
Muzik olehAlan Silvestri
Diedarkan oleh20th Century Fox
DreamWorks (US)
Tarikh tayangan
Amerika Syarikat
21 Julai 2000
New Zealand
12 Oktober 2000
United Kingdom
20 Oktober 2000
Australia
2 November 2000
Masa tayangan
130 min.
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
BajetUS$90,000,000 (est.)

What Lies Beneath (2000) merupakan filem seram arahan Robert Zemeckis. Ia berkisarkan mengenai seorang surirumah yang mendapat rumahnya berhantu. Filem ini dibintangi oleh Harrison Ford dan Michelle Pfeiffer sebagai Norman dan Claire Spencer.

Claire Spencer (Michelle Pfeiffer) meulakan hidup yang baru selepas terlibat dalam sebuah kemalangan kereta. Beliau mengahwini seorang saintis Dr. Norman Spencer (Harrison Ford). Suatu hari, Claire duduk di tamannya dan mendengar esakkan dari rumah sebelah. Esakkan itu dari Mary Feur (Miranda Otto) yang kelihatan teruk dan membuatkan Claire memikirkan Mary didera oleh suaminya. Norman menasihati Claire supaya tidak terlalu gusar dan masuk campur akan urusan rumahtangga jirannya itu. Oleh kerana terlalu risau akan keselamatan Mary, Claire mengintip suami Mary, (James Remar) pada suatu malam. Warren kelihatan sedang memasukkan sesuatu ke dalam bonet keretanya dan menyangka ia adalah mayat Mary yang telah dibunuh oleh suaminya.

Keesokan harinya, Claire memutuskan untuk menyiasat dengan membawa sebakul bunga dan wain ke rumah jirannya sebagai tanda mengalukan kedatangan mereka. Beliau mengelilingi rumah tersebut setelah mendapati tiada siapa yang menyahut panggilannya dari luar. Beliau menjumpai kasut yang terdapat tanda seakan-akan darah.

Kejadian misteri berlaku di rumah Claire hanya semasa Norman tiada di rumah - bingkai gambar terjatuh beberapa kali, pintu terbuka dan tertutup dengan sendirinya serta skrin computer yang tertera 'MEF MEF MEF' (Mary E Feur). Suatu hari, Claire ternampak akan bayang-bayang seorang wanita di tab mandinya. Hal ini membuatkan Claire percaya bahawa Mary telah mati dibunuh oleh Warren. Norman menyangka perangai pelik Claire berpunca dari kesunyi setelah anak mereka, Caitlin memasuki universiti. Kerana ingin tahu, Mary menjemput rakan baiknya, Jody untuk bersama-samanya melakukan pemujaan roh di dalam bilik air dimana beliay ternampak bayang-bayang Mary namun pemujaan itu kurang berjaya.

Claire pergi ke tempat kerja Norman dan memberitahu apa yang dia dan Jody terlah lakukan. Norman menganggap Claire telah gila dan membuat keputusan untuk membawa Claire pulang. Semasa melintasi jambatan, mereka bertemu Warren dan pantas Claire menuduh membunuh Mary. Warren kelihatan keliru dan tiba-tiba muncul seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Mary Feur. Norman dan Claire pantas merasa malu.

Pada hari yang lain, peristiwa bingkai gambar terjatuh berulang. Bingkai tersebut mempunyai keratan akhbar mengenai kejayaan Norman dan Claire menyedari sesuatu. Di belakang keratan akhbar mengenai Norman terdapat berita mengenai seorang gadis yang hilang. Gadis tersebut bernama Madison Elizabeth. Claire membuat pencarian di Internet mengenai senarai nama mereka yang dilaporkan hilang dan menjumpai rekod milik Madison Elizabeth F atau Madison Elizabeth Frank, MEF. Beliau menatap gambar yang disertakan itu dan menyedari wajah dalam gambar itu mempunyai iras-iras wajah bayang-bayang yang kelihatan di tab mandinya. Claire membuat keputusan untuk menyiasat dengan mengunjungi ibu Madison.

Claire pulang ke rumah dan mengadakan pemujaan roh dengan memegang seikat rambut Madison yang telah diambilnya ketika melawat ibu Madison. Ini membuatkan mata Clair bertukar menjadi hijau, iaitu menyerupai warna mata Madison. Apabila pulang dari kerja, Madison (yang memasuki ke badan Claire) mula menggoda Norman. "Madison" kemudiannya memandang ke arah cermin dan terlihat Claire iaitu sebahagian daripada ingatan Claire yang telah hilang (akibat kemalangan dahulu). Pantas sahaja Claire mula mengingati peristiwa malam itu. Beliau menemui Norman dan Madison di dalam rumahnya dalam keadaan mencurigakan.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]