Wikipedia:Buku/KSSM/Tingkatan 2/Sejarah/Kerajaan Alam Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
KSSM Tingkatan 2:
Sebuah Panduan Lengkap
KPM Logo.png
Ini merupakan buku Wikipedia iaitu suatu koleksi rencana-rencana Wikipedia yang mudah disimpan, diberikan secara elektronik dan dipesan sebagai buku bercetak. Untuk maklumat dan bantuan mengenai buku Wikipedia secara am, sila lihat Bantuan:Buku (petua am) dan Wikipedia:WikiProjek Buku (soalan dan bantuan).
Muat turun PDF ]  [ Muat turun ODT ]  [ Muat turun ZIM ]

Buka di Pencipta Buku ]  [ Pesan Buku Bercetak ]

[ Tentang ] [ Soalan lazim ] [ Maklum balas ] [ Bantuan ] [ WikiProjek ] [ Perubahan terkini ]


Konsep Alam Melayu[sunting sumber]

Pengenalan[sunting sumber]

Alam Melayu merangkumi beberapa gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia. Ia juga dikenali dengan pelbagai istilah seperti Kepulauan Melayu dan Dunia Melayu mengikut pelbagai keadaan zaman. Pada zaman dahulu, gugusan tanah yang luas terbentang telah menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan yang dikenali sebagai Pentas Sunda. Di kawasan ini mempunyai ciri-ciri fizikal dan hidupan yang hampir sama. Oleh itu, konsepnya boleh dilihat melalui pelbagai sudut sama ada geografi, bahasa dan budaya.

Geografi[sunting sumber]

Terdapat pelbagai pendapat tokoh-tokoh tempatan dan luar negara berkautan aspek geografi Alam Melayu. Ia dapat menjadi rujukan dalam perbincangan mengenai konsep Alam Melayu.

Diantara pendapat-pendapat yang menyatakan tentang aspek geografi ini ilah;

  1. Profesor Emeritus Dato' Dr.Nik Hassan Shuhaimi menyatakan bahawa Alam Melayu ini meliputi kawasan dari Madagaskar, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan.
  2. Abdul Hadi Haji Hassan , seorang ahli akademik menyatakan Alam Melayu meliputi Kepulauan Melayu sehingga selatan Thailand.