Wikipedia:Gotong-royong/2023/Julai/Pilihan raya Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bersempena pilihan raya negeri Malaysia 2023, Komuniti Kumpulan Pengguna Wikimedia Malaysia akan mengadakan WikiGotong-Royong Pilihan Raya Malaysia 2023. Para peserta akan menyunting, mencipta butir data mengenai pilihan raya Malaysia, calon dan kawasan pilihan raya.

Pengenalan mengenai WikiGotong-Royong[sunting sumber]

WikiGotong-Royong ialah kegiatan secara bekerjasama dengan semua penyunting dalam mencipta, menyunting dan mengemas kini rencana Wikipedia dan projek lain berkaitan suatu perkara.

Matlamat WikiGotong-Royong adalah untuk menyegerakan pengemaskinian maklumat di projek-projek Wikimedia seperti Wikipedia, Wikidata dan Wikipetikan serta memberi dorongan kepada penyunting lain untuk berkumpul dan bekerjasama dalam menyiapkan kerja ini. Bengkel penyuntingan juga akan disediakan kepada penyunting-penyunting baru.

Butiran program[sunting sumber]

Berikut ialah butiran mengenai WikiGotong-Royong Pilihan Raya Malaysia 2023:

Pendaftaran[sunting sumber]

Sila tambah nama pengguna anda di sini dan letakkan nama pengguna anda di Outreach Dashboard juga

Kegiatan[sunting sumber]

Antara kegiatan yang akan dilakukan:

  • Mencipta dan menyunting butir Wikidata berkaitan dengan pilihan raya, calon dan kawasan pilihan raya.
  • Menambah rujukan yang sahih di butir Wikidata.
  • Menambah dan mengemas kini maklumat berkaitan pilihan raya.
  • WikiLatih (pelatihan dan pengenalan tentang cara menyunting Wikipedia dan Wikidata).