Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/15 April
Penampilan
15 April: Hari Kebudayaan Sejagat; Hari Matahari di Korea Utara; Hari Jackie Robinson dan Hari Cukai di Amerika Syarikat
- 1755 – Kamus A Dictionary of the English Language oleh Samuel Johnson diterbitkan buat kali pertama.
- 1912 – Kapal penumpang RMS Titanic tenggelam (gambar), 2 jam 40 minit selepas berlanggar dengan aisberg.
- 1947 – Jackie Robinson, orang Amerika Afrika yang pertama memecahkan halangan warna kulit besbol, bermain kali pertama dalam Major League Baseball.
- 1952 – Pesawat pengebom strategik jarak jauh berkuasa jet subsonik A.S. B-52 Stratofortress menjalankan penerbangan sulungnya.
- 1989 – Di Sheffield, 96 orang maut dalam tragedi Hillsborough, tragedi terdahsyat dalam sejarah bola sepak di stadium British.