Pesawat pengebom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
B-17 Flying Fortress merupakan sebuah pesawat penegebom yang terkenal pada Perang Dunia II.
Pesawat F-14 Tomcat Tentera Laut A.S mengiringi pesawat pengebom Tu-95 Bear D semasa latihan Ocean Safari tentera NATO pada 1985.

Pesawat pengebom merupakan pesawat tentera yang direka bagi menyerang sasaran di darat dan di laut dengan cara menggugurkan bom ke atasnya.

Penggelasan pesawat pengebom[sunting | sunting sumber]

  • Pesawat pengebom taktikal adalah pesawat kecil yang beroperasi dalam jarak dekat, biasanya menyokong tentera darat. Rekabentuk ini dipenuhi oleh banyak rekabentuk, termasuk yang disenaraikan di bawah. Dari segi istilah moden, semua pesawat yang bukannya direka khusus bagi pengeboman strategik digolongkan dalam kumpulan ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada masa lalu, pesawat pengebom secara jelas terdiri daripada jenis yang berlainan, dan kelihatan amat berbeza dengan jenis lain. Ini sebahagian besarnya akibat ketiadaan kuasa pada enjin pesawat, bererti bagi membawa beban tempur yang bermakna, ia terpaksa di reka bagi membawa beberapa enjin. Hasilnya adalah pesawat besar dengan peratusan beban berguna yang memadai bagi peranan pengebom. Kuasa enjin amat kurang sehinggakan rekabentuk terpaksa mengambil kira ruang tertentu; semasa Perang Dunia II terdapat pesawat pengebom junam, pesawat pengebom ringan, pesawat pengebom serdahana dan pesawat pengebom berat dan rekabentuk penyerang permukaan khusus.

Secara tradisi pesawat pengebom membawa hanya persenjataan untuk mempertahankan diri, dan tidak direka bagi bertempur dengan pesawat udara lain. Ia biasanya agak besar dan kurang lincah (walaupun sesetengahnya sepantas atau lebih pantas berbanding pejuang sezaman dengannya). Pesawat penyerang biasanya lebih kecil, pantas dan lincah, tetapi kurang berbanding pesawat pejuang. Ia mungkin membawa persenjataan udara-ke-udara, tetapi biasanya hanya bertujuan mempertahankan diri.

Dalam tentera udara moden, perbezaan antara pengebom, pejuang-pengebom, dan pesawat serangan darat semakin kabur. Banyak pesawat penyerang darat yang walaupun menyerupai pesawat pejuang tetapi dioptima bagi menggugurkan bom, dengan keupayaan pertempuran udara yang rendah. Sesungguhnya, sifat-sifat reka bentuk yang membuat sesuatu pesawat serangan tahap rendah berkesan kearah pejuang penguasaan udara yang jauh kurang berkesan, dan begitu juga sebaliknya. Sebaliknya, banyak pesawat pejuang, sebagai contoh F-16, kerap kali digunakan seperti "trak pengebom", walau pun sebenarnya direka untuk bertempur di udara. Mungkin perbezaan tunggal yang penting pada masa ini adalah soalan julat: sesebuah pengebom pada kebiasanya sebuah pesawat jarak jauh yang berupaya menyerang sasaran jauh dalam wilayah musuh, manakala pejuang pengebom dan pesawat serangan adalah terhad untuk misi-misi "pertunjukan" dan di sekitar kawasan medan peperangan. Walaupunbagaimanapun, perbezaan ini semakin kabur dengan keupayaan untuk melakukan pengisian minyak di udara, yang mana meningkatkan potensi jarak lingkungan operasi pertempuran.

Masa depan[sunting | sunting sumber]

Pembangunan pesawat pengebom strategik yang besar telah terbantut pada akhir Perang Dingin akibat dari peningkatan kos dan kemajuan peluru berpandu balistik antara benua, yang dianggap mempunyai nilai pencegahan yang sama dan lebih sukar dipintas. Program pesawat XB-70 Valkyrie Tentera Udara A.S telah dibatalkan di atas sebab yang serupa pada awal 1960-an, dan kemudiannya pesawat B-1 Lancer dan B-2 Spirit memasuki perkhidmatan selepas masalah politik dan jangka masa pembangunan yang berpanjangan. Kos yang tinggi bererti hanya sedikit pesawat mampu dihasilkan dan B-52 yang direka sekitar 1950-an terus digunakan sehingga abad ke 21. Keadaan yang sama turut melanda Kesatuan Soviet yang menggunakan Tupolev Tu-22M jarak sederhana pada 1970-an, tetapi tidak menghasilkan sebarang pesawat pengebom yang berkelajuan Mach 3.

Tupolev Tu-160 yang berkelajuan Mach 2 telah dibina dalam bilangan yang kecil, dan terpaksa terus menggunakan pesawat pengebom berat Tupolev Tu-16 dan Tupolev Tu-95 tinggalan tahun 1950-an untuk terus berjuang di abad ke-21. Sementara itu, pasukan pengeboman strategik British berakhir dengan penamatan khidmat pasukan Pengebom V (yang terakhirnya berkhidmat pada 1983). Negara lain yang mampu memiliki pasukan pengebom strategik pada masa kini adalah Republik Rakyat Cina, yang mempunyai sebilangan pesawat Tupolev Tu 16 yang dibina sendiri.

Rancangan A.S dan Rusia untuk menggantikan pesawat pengebom strategik kini kekal sebagai projek di atas kertas. Tekanan politik dan pembiayaan yang diterima membayangkan bahawa ia akan kekal sedemikian sehingga satu jangka masa yang tidak dapat dijangkakan. Di Amerika Syarikat, rancangan semasa memerlukan angkatan pesawat pengebom Tentera Udara A.S yang sedia ada untuk kekal dalam perkhidmatan sehingga pertengahan atau lewat 2020-an, tanpa sebarang penggantian dirancang.

Senarai pesawat pengebom yang masih aktif[sunting | sunting sumber]

 Amerika Syarikat

 Rusia