Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/24 Mei
Penampilan
24 Mei: Hari Kemerdekaan di Eritrea (1993); Hari St. Cyril dan Methodius di Bulgaria, Macedonia dan Rusia.
- 1487 – Penyamar Lambert Simnel dimahkotakan di Katedral Christ Church, Dublin sebagai "Raja Edward VI".
- 1626 – Peter Minuit membeli Manhattan daripada penduduk asal Amerika Syarikat dengan barang dagangan berharga 60 gulden.
- 1883 – Jambatan Brooklyn di Bandar Raya New York dibuka sebagai jambatan gantung terpanjang di dunia.
- 1941 – Perang Dunia Kedua: Kapal tempur Jerman Bismarck menenggelamkan penjajap British HMS Hood (gambar) dalam Pertempuran Selat Denmark.
- 1948 – Perang Arab–Israel: Selepas lima hari bertempur, tentera Mesir menawan kibbutz Israel Yad Mordechai.
Hari-hari sebelum: 23 Mei – 22 Mei – 21 Mei