Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/25 Disember
Penampilan
25 Disember: Krismas (Kristian); Hari Quaid-e-Azam (Pakistan).
- 800 – Raja Frank Charlemagne dimahkotakan Imperator Augustus di Rom, sebagai pesaing Empayar Byzantium di Constantinopolis ("Kustantiniyah").
- 1066 – Duke Normandy William si Penakluk secara rasminya dimahkotakan sebagai Raja England, menyempurnakan Penaklukan Norman.
- 1776 – Perang Revolusi Amerika: George Washington dan tenteranya menyeberangi Sungai Delaware (gambar) untuk melancarkan serangan mengejut ke atas askar-askar upahan Hessian.
- 1926 – Maharaja Taishō mangkat akibat serangan sakit jantung dan takhtanya digantikan putera baginda, Hirohito.
- 2000 – Gimn Rossiyskaya Federatsiya diterima sebagai lagu kebangsaan Rusia, dengan muzik daripada lagu kebangsaan Kesatuan Soviet.
Hari-hari sebelum: 24 Disember – 23 Disember – 22 Disember