Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/25 Mac
Penampilan
25 Mac: Pesta Pengisytiharan (Kristian); Hari Perjuangan Hak Asasi Manusia di Slovakia; Hari Kemerdekaan di Yunani (1821).
- 1306 – Selepas 10 tahun tidak beraja, Robert I dimahkotakan sebagai Raja Scotland di Istana Scone, Perthshire (gambar).
- 1655 – Ahli astronomi Belanda Christiaan Huygens menemui Titan, bulan Zuhal yang terbesar.
- 1802 – Perancis dan United Kingdom menandatangani Perjanjian Amiens, menghentikan sementara permusuhan semasa Perang Revolusi Perancis.
- 1957 – Jerman Barat, Belanda, Belgium, Luxembourg, Itali dan Perancis menandatangani Perjanjian Rom yang mengasaskan Komuniti Ekonomi Eropah.
- 1995 – Pengatur cara Amerika Syarikat Ward Cunningham mewujudkan tapak wiki pertama, WikiWikiWeb.
Hari-hari sebelum: 24 Mac – 23 Mac – 22 Mac