Pergi ke kandungan

Bulan Zuhal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cecincin Zuhal dan satelit-satelitnya. ESA

Planet Zuhal mempunyai 62 satelit semula jadi yang telah dikenal pasti.

Pengenalan

[sunting | sunting sumber]

Zuhal mempunyai 62 buah bulan dengan orbit yang disahkan. Bagaimanapun, bilangan bulan yang tepat tidak boleh diberikan kerana tidak terdapat garis pembahagian yang objektif antara serpihan-serpihan tanpa nama yang membentuk sistem cecincin atau gelang Zuhal dan objek-objek lebih besar yang telah dinamakan sebagai bulan.

  • Sebelum Zaman Angkasa Lepas, 9 buah bulan diketahui mengelilingi Zuhal.
  • Pada tahun 1980, penerokaan-penerokaan angkasa lepas Voyager menemui lagi 9 buah bulan di pedalaman sistem Zuhal.
  • Tinjauan yang bermula pada lewat 2000 menemui 12 buah bulan yang baru mengelilingi Zuhal pada jarak yang jauh dalam orbit-orbit yang menunjukkan bahawa objek-objek ini merupakan serpihan daripada jasad-jasad lebih besar yang ditangkap oleh tarikan kegravitian Zuhal (Nature jilid. 412, hlm. 163-166).
  • Misi Cassini yang tiba di Zubal pada musim panas 2004 menemui tiga buah bulan kecil di pedalaman sistem Zuhal. Selain itu, kewujudan tiga lagi bulan di Gelang F telah disyaki, dengan duanya masih belum disahkan. Ini menaikkan bilangan bulan yang disyaki menjadi 37.
  • Pada 16 November 2004, ahli-ahli sains Cassini mengumumkan bahawa struktur gelang-gelang Zuhal menunjukkan kewujudan lebih banyak buah bulan yang mengelilingi di dalam gelang-gelang, tetapi hanya satu, iaitu Daphnis, telah disahkan dengan penglihatan setakat ini (pengesahannya diumumkan pada Mei 6, 2005)..
  • Pada Mei 3, 2005, ahli-ahli astronomi yang menggunakan Balai Cerap Mauna Kea mengumumkan penemuan lagi 12 buah bulan luaran yang kecil. .

Themis, satelit palsu yang "ditemui" pada tahun 1905, tidak wujud.

Jadual bulan yang diketahui

[sunting | sunting sumber]

Bulan-bulan Zuhal yang disenaraikan di sini dengan tempoh orbit, daripada terpendek hingga terpanjang. Bulan-bulan cukup berjisim untuk permukaan mereka untuk mempunyai runtuhan kepada sferoid telah ditandakan dengan ungu muda. Titan, yang mempunyai saiz seperti planet, mempunyai tandaan gelap. Bulan-bulan yang tidak seragam ditandakan dalam warna kelabu.

Nama (bulan sferoid dalam
huruf tebal)
(Petunjuk sebutan)
Diameter (km) Jejari orbit minimum
(purata) (km)
Tempoh Orbit (h) Kedudukan Dijumpai
 XVIII Panpan'30 (35 × 35 × 23)(9)133,5830.576(1)di dalam Bahagian Encke1990
XXXVDaphnisdaf'-nəs~7136,505(8)0.59537(1)di dalam Jurang Keeler2005
XVAtlasat'-ləs31 (46 × 38 × 19)(9)137,6700.603(1)Gembala-gembala Gelang A luaran1980
XVIPrometheusprə-mee'-thee-əs86 (119 × 87 × 61)(9)139,3500.614(1)Gembala-gembala Gelang F dalaman1980
 S/2004 S 6(2) ~5140,0000.612004
 S/2004 S 4(2) ~5140,1000.619(1)2004
 S/2004 S 3(2) ~5140,5800.62095Gembala-gembala Gelang F luaran2004
XVIIPandorapan-dor'-ə80 (103 × 79 × 64)(9)141,520 (3)0.6285(7)1980
XIEpimetheusep'-ə-mee'-thee-əs113 (135 × 108 × 105)(9)151,422(7)0.6956(1)Orbital bersama1980
XJanusjay'-nəs179 (193 × 173 × 137)(9)151,472(7)0.6960(1)1966
IMimasmye'-məs397 (415 × 394 × 381)(10)185,404(3)0.942422(4) 1789
XXXIIMethonemə-thoe'-nee3194,0001.01(1) 2004
XXXIIIPallenepə-lee'-nee4211,0001.14(1) 2004
IIEnceladusen-sel'-ə-dəs504 (513 × 503 × 497)(10)237,950(3)1.370218(4)Di dalam bahagian tebal gelang E1789
XIIITelestotə-les'-toe24 (29 × 22 × 20)(9)294,619(3)1.887802(4)Trojan Tethys yang di hadapan1980
IIITethystee'-thəs1066 (1081 × 1062 × 1055)(10) 1684
XIVCalypsokə-lip'-soe21 (30 × 23 × 14)(9)Trojan Tethys yang di belakang1980
XIIHelenehel'-ə-nee33 (36 × 32 × 30)377,396(3)2.736915(4)Trojan Dione yang di hadapan1980
IVDionedye-oe'-nee1123 (1128 × 1122 × 1121)(10) 1684
XXXIVPolydeucespol'-ee-dew'-seez13Trojan Dione yang di belakang2004
VRhearee'-ə1529 (1535 × 1525 × 1526)(10)527,108(5)4.518212(5) 1672
VITitantye'-tən51511,221,930(3)15.94542 1655
VIIHyperionhye-peer'-ee-ən292 (360 × 280 × 225)1,481,010(3)21.27661 1848
VIIIIapetuseye-ap'-ə-təs1472 (1494 × 1498 × 1425)(10)3,560,82079.3215(1) 1671
XXIVKiviuqkee'-vee-oek~1611,333,200(5)450.444(5)Kumpulan Inuit2000
XXIIIjiraqee'-yə-raak~1211,372,000(5)452.760(5)2000
IXPhoebefee'-bee220 (230 × 220 × 210)12,944,300-549.834(1,6)Kumpulan Norse1899
XXPaaliaqpaw'-lee-aak~2214,923,800(5)680.667(5)Kumpulan Inuit2000
XXVIISkathiskaadh'-ee~815,576,200(5)-725.784(4,6)Kumpulan Norse (Skathi)2000
XXVIAlbiorixal'-bee-or'-əks~3216,401,600(5)784.226(5)Kumpulan Gallic2000
 S/2004 S 11-~616,898,400(5)820.130(5)Kumpuloan Inuit2004
XXVIIIErriapoerr'-ee-ap'-oe~1017,408,700(5)857.556(5)Kumpulan Gallic2000
XXIXSiarnaqsee'-ar-naak~4017,905,700(5)894.542(5)Kumpulan Inuit2000
 S/2004 S 13-~618,056,300(5)-905.848(4,6)Kumpulan Norse2004
XXITarvostar'-vəs~1518,160,200(5)913.685(5)Kumpulan Gallic2000
XXVMundilfarimoon'-dəl-fair'-ee~718,360,100(5)-928.806(4,6)Kumpulan Norse2000
 S/2004 S 17-~419,099,200(5)-985.453(4,6)2004
XXXINarvinar'-vee~719,370,700(5)-1006.541(4,6)2003
 S/2004 S 15-~619,372,200(5)-1006.659(4,6)Kumpulan Norse (Skathi)2004
 S/2004 S 10-~619,618,400(5)-1025.908(4,6)Kumpulan Norse2004
XXIIISuttungrsoot'-oong-ər~719,666,700(5)-1029.703(4,6)2000
 S/2004 S 12-~519,905,900(5)-1048.541(4,6)Kumpulan Norse2004
 S/2004 S 18-~719,958,700(5)-1052.722(4,6)Kumpulan Norse (Skathi)2004
 S/2004 S 9-~520,290,800(5)-1079.099(4,6)Kumpulan Norse (Skathi)2004
 S/2004 S 14-~620,303,300(5)-1080.099(4,6)Kumpulan Norse2004
 S/2004 S 7-~620,576,700(5)-1101.989(4,6)2004
XXXThrymrthrim'-ər~720,810,300(5)-1120.809(4,6)2000
 S/2004 S 16-~422,610,700(5)-1269.362(4,6)2004
XIXYmiree'-mər~1823,174,600(5)-1317.137(4,6)2000
 S/2004 S 8-~623,608,900(5)-1354.342(4,6)2004

Pengumpulan bulan

[sunting | sunting sumber]
Sistem Zuhal (montaj fotografi)

Walaupun sempadan-sempadannya agak bernebula, bulan-bulan Zuhal boleh dibahagikan kepada lapan kumpulan.

Gembala gelang

[sunting | sunting sumber]

Satelit-satelit gembala ialah bulan-bulan yang berkeliling di dalam atau tidak jauh daripada sistem gelang sesuatu planet. Satelit-satelit itu memberikan kesan gelang-gelang dengan tepi yang jelas, dan mencipta sela-sela antara gelang-gelang itu. Bulan-bulan gembala Zuhal ialah Pan, Daphnis, Atlas, Prometheus, Pandora, S/2004 S 3, selain daripada bulan-bulan S/2004 S 4 dan S/2004 S 6 yang belum disahkan.

Orbital bersama

[sunting | sunting sumber]

Janus dan Epimetheus ialah bulan-bulan orbit bersama. Saiz kedua-dua bulan ini adalah lebih kurang sama. Kedua-dua bulan ini mempunyai orbit dengan diameter yang hanya beberapa kilometer perbezaannya dan oleh itu, akan berlanggar kalau bulan-bulan itu mencuba berpapasan satu sama lain. Bagaimanapun sebaliknya, interaksi kegravitian menyebabkan bulan-bulan ini bertukar orbit satu sama lain setiap empat tahun. Sila lihat rencana Epimetheus untuk penjelasan yang lebih terperinci.

Bulan-bulan besar dalaman

[sunting | sunting sumber]

Bulan-bulan besar yang paling jauh ke dalam berkeliling di dalam Gelang E yang halus, dan terdiri daripada Mimas, Enceladus, Tethys dan Dione.

Dua buah bulan yang baru ditemui juga berkeliling di dalam kumpulan ini: Methone dan Pallene; serupa juga dengan bulan-bulan orbital bersama yang membentuk kumpulan tersendiri (sila lihat di bawah).

Bulan-bulan Trojan

[sunting | sunting sumber]

Bulan-bulan Trojan merupakan lagi satu jenis orbital bersama. Serupa dengan orbital-orbital bersama yang lain, bulan-bulan Trojan merupakan ciri yang unik bagi sistem Zuhal dan berkeliling pada jarak dari Zuhal yang tepat sama dengan bulan yang lain, tetapi pada jarak dari bulan lain yang memastikan bahawa kedua-dua bulan itu tidak akan berlanggar. Tethys mempunyai dua orbital bersama yang amat kecil, iaitu Telesto serta Calypso, dan Dione juga mempunyai dua orbital, iaitu Helene serta Polydeuces. Keempat-empat bulan ini berkeliling di titik-titik Lagrange bulan-bulan yang lebih besar, dengan setiap bulan pada satu titik.

Bulan-bulan luaran besar

[sunting | sunting sumber]

Bulan-bulan Zuhal yang terbesar semua berkeliling di luar Gelang E dan oleh itu, boleh dianggap sebagai satu kumpulan tersendiri. Bulan-bulan tersebut ialah Rhea, Hyperion (yang agak kecil dan amat tidak sekata), Titan dan Iapetus.

Kumpulan Inuit

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Inuit merupakan lima buah bulan luaran yang cukup serupa kecondongan orbit dan jaraknya dari Zuhal. Oleh itu, bulan-bulan tersebut boleh dianggap sebagai satu kumpulan. Bulan-bulan ini ialah Kiviuq, Ijiraq, Paaliaq, Siarnaq, dan S/2004 S 11.

Kumpulan Norse

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Norse merupakan 18 buah bulan luaran yang cukup serupa kecondongan orbit dan jaraknya dari Zuhal. Bulan-bulan ini ialah Phoebe, Skathi, Narvi, Mundilfari, Suttungr, Thrymr, Ymir, S/2004 S 7 hingga S/2004 S 10, dan S/2004 S 12 hingga S/2004 S 18. Kesemua bulan ini mengelilingi Zuhal pada arah songsang.

Kumpulan Gallic

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Gallic merupakan tiga buah bulan luaran yang cukup serupa kecondongan orbit dan jaraknya dari Zuhal. Bulan-bulan ini ialah Albiorix, Erriapo, dan Tarvos.

Nota kaki penamaan

[sunting | sunting sumber]

Sesetengah asteroid berkongsi nama yang sama dengan bulan-bulan Zuhal: 55 Pandora, 106 Dione, 577 Rhea, 1809 Prometheus, 1810 Epimetheus, 4450 Pan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]