Wikipedia:Hubungi kami/Soalan teratas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saya telah mendapat pesanan bahawa saya melaku musnah sesebuah rencana, tetapi saya tidak pernahpun! Apa patut saya lakukan?

Jika kamu rasakan pesanan itu telah ditujukan kepada kamu, tetapi kamu tidak pernah laku musnah apa-apa rencana, ia mungkin kerana kamu suntingan kamu yang bukan vandalisme, tetapi mungkin tidak sesuai dengan dasar dan garis panduan Wikpedia. (Sila lihat dua halaman dinyatakan itu untuk maklumat lanjut) Secara khususnya, sila berikan perhatian kepada dasar pandangan berkuali.

Ia juga tidak mustahil alamat IP komputer yang kamu gunakan telah dikesan melaku musnah halaman Wikipedia. Kamu boleh hubungi pengguna yang meninggalkan pesanan, jika ada keraguan pada diri kamu.

Disarankan supaya kamu mencipta akaun untuk keistimewaan-keistimewaan yang lebih.

Adakah saya boleh menyunting laman laman Wikipedia walaupun saya tidak log masuk?

Semestinya. Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia bebas semua orang boleh sunting. Walaupun sesiapa boleh mencipta dan menyunting, Wikipedia mempunyai beberapa dasar mengawal selia bagaimana rencana-rencananya harus ditulis. Lihat halaman dasar dan garis panduan untuk maklumat lebih jelas.

Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat pengenalan kepada Wikipedia kami.

Bolehkah saya salin rencana daripada Wikipedia?

Ya, tetapi dengan beberapa kekangan. Segala teks Wikipedia, kecuali pemetikan yang jelas ditanda soal di bawah akta kandungan tidak bebas, tersedia di bawah lesen khas dipanggil Creative Commons Attribution/Share-Alike License 3.0. Kebanyakan teks juga tersedia di bawah GNU Free Documentation License; imej mungkin di bawah keadaan lain. Lihat laman penggunaan semula Wikipedia Inggeris untuk maklumat lebih jelas.

Nota penting: Yayasan Wikimedia tidak memiliki hak cipta terhadap rencana-rencananya, maka ia adalah sia-sia untuk menghantar emel ke alamat hubung kami untuk memohon penggunaan semula rencana atau gambar. Emel yang dihantar akan dibalas oleh mesej generik. Oleh kerana kerumitan akta hak cipta dan ia berlainan bagi setiap negara, kami tidak dapat memberi nasihat mengenainya. Sila dapatkan nasihat guaman untuk itu.

Kami sedar bahawa sesetengah pelajar sekolah diminta untuk menghantar emael dan memohon untuk menggunakan kandungan dari laman web untuk projek mereka, tetapi kami memang tidak dapat membalasnya. Anda telahpun mendapat keizinan daripada kami.

Bagaimanakah perlu saya membuka semula 'sekatan'?

Sila rujuk sekatan.

Bagaimana caranya saya memetik rencana Wikipedia?

Guna fungsi "Petik laman ini". Ikuti pautan di bahagian "Alatan" sebelah kiri setiap rencana untuk melihat maklumat jelas apa yang kamu perlukan untuk memetik rencana tersebut.

Untuk ketahui lebih lanjut, lihat panduan kami Memetik Wikipedia.