Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib12/2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi.

Tolong Saya

Boleh saya tahu dimana letaknya daftar -daftar yang mewakili perkataan. Contohnya macam ini >>{{Padam}}<< >>{{Stub}}<< >> {{undi|Y}}<<. Boleh beritahu mana kesemua tempatnya.


>>{{padam}}<< dan >>{{stub}}<<

Kedua-dua templat ini di Wikipedia:Pesanan khas MediaWiki.

Manakala

{{undi|Y}}<<

Terletak di Wikipedia:Penyelia/Pengundian.

Imran Al-Sahih 02:49, 1 Disember 2007 (UTC)

Terima Kasih...

Erm....

Saya cuma nak ucapkan terima kasih kepada yang menolong saya dalam memperbaiki akaun saya yang #$%^&. Mungkin Aurora ataupun Edmund yang membetulkankannya. Atau mungkin juga orang lain. Terima Kasih Banyak2, Thanks A Lot, Merci Bucus dan Syukran Jazilan..Andre Arthur 12:32, 1 Disember 2007 (UTC)

terjemahkan

Salam semua, saya tak berapa fasih dengan bahasa Indonesia, boleh tolong jelaskan apa maksud teks ini. Terima kasih. - Hafrul 09:41, 2 Disember 2007 (UTC)

Malaysia terdiri dari berbagai ras dan agama, dengan ras melayu menjadi ras terbesar di Malaysia dengan 54 % dari jumlah warganegara. Dalam konstitusi Malaysia, orang Melayu ialah warganegara Malaysia yang mempraktikkan adat berbahasa dan beragama islam. Kira-kira 25% penduduk Malaysia adalah Cina, dan 7% lagi terdiri atas india.

  1. Ras=Race dalam Bahasa Inggeris
  2. konstitusi=Perlembagaan (Constitution)
Dari manakah anda dapat ini? Kalau ini di Wikipedia, ini pastilah vandalisme. --King Edmund of The Woods 11:01, 2 Disember 2007 (UTC)
Sekadar untuk pengetahuan: maling = copet = curi. Jablai = kep. jarang dibelai = carutan. ...Aurora... 15:02, 2 Disember 2007 (UTC)
Hahaha... gila Izzudin 07:15, 3 Disember 2007 (UTC)
Ini sebenarnya diambil dari rencana Malaysia di Wikipedia Indonesia yang di vandal, tetapi telah diundur oleh penyelianya. Yosri 10:20, 3 Disember 2007 (UTC)
Lihat http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Malaysia&diff=1087798&oldid=1086104 Yosri 00:55, 4 Disember 2007 (UTC)
Hahahaha,bodoh tul org Indonesia tu. Aku rasa Malaysia tak pernah mengklaim tarian,makanan dan aper ntah lagi , yang 2 hak kita. Kita kan serumpun. Kenapa mereka dengki sangat ngan Malaysia arr. Diorang tak tau, macam 2 benda yang hak mereka , negara lain amik, cuma scara halus. Bising jer orang Indonesia, yang tu pun kecoh..........Andre Arthurdiskus 02:37, 4 Disember 2007 (UTC)
terima kasih semua..yepp..yang teks tuh saya ambil dari Wiki Indonesia..sebenarnya saya ada motif sikit pasal nih..tapi bukan motif bangkit semangat kebencian okay..cuma nak mengingatkan kita semua..ada yang tak berapa selesa dengan keadaan kita..harap semua masih stabil untuk majukan Wiki Melayu..macam rasa nak tubuh kan Persatuan Wiki Melayu Malaysia ler plak..hehehe..orait..terima kasih kasi tindak-balas.. - Hafrul 03:51, 4 Disember 2007 (UTC)
Lihat http://id.wikipedia.org/wiki/Pembicaraan:Reog Yosri 04:18, 4 Disember 2007 (UTC)

Saya pun heran kenapa mesti kena bergaduh sebab ini. Saya ingat sudah habis. Rupa-rupanya belum lagilah ye. Setahu saya, pada zaman dahulu/sebelum merdeka Malaysia dan Indonesia tiada sempadan. Tak perlukan pasport dan belum lagi wujud pusat imegresen. Jadi, rakyat kedua-dua negara itu ketika itu bebas keluar masuklah. Mungkin, pendatang/saudagar Indonesia yang datang ke Malaya dulu tinggal di Malaya (Malaysia) buat masa yang lama dan mungkin berkahwin dengan orang tempatan, jadi dia pun mengajar tarian kebudayaan tanah airnya kepada anak cucu/rakyat sekelilingnya kot. Sementara pendatang/saudara Malaya pula membawa dan mengajar tarian tanah airnya ke Indonesia pula. Mengapa harus saling mendengki antara satu sama lain. Tak bolehkah kita saling berkongsi, kalau tak boleh kena marah dekat nenek moyang kita dululah kot sebab buat macam itu. Apapun, mungkin tarian itu sudah sebati dengan penduduk sekeliling. Sekejap, tarian itu bukan milik mana-mana negara, tetapi adalah milik bersama. Pertanyaan, adakah pihak yang dengki itu tahu menari. Jika tak, tak perlulah nak dengki-dengki. Takut-takut termalu sendiri. Hahhahha — Didie 01:48, 5 Disember 2007 (UTC)

Maaf, jika ada pihak yang tersinggung/marah dengan pernyataan saya yang memang benar pun. Sebab, jika kita tidak bangkit dan meluahkan penjelasan mungkin ada pihak yang masih tertanya-tanya ataupun tak tahu langsung kot. Maaflah. — Didie 01:48, 5 Disember 2007 (UTC)

kelakar..mereka disana hanya banga dengan hiburan dan menggagungkan artis mereka..hingga sanggup mengata orang Malaysia pelbagai kata..sekarang dikalang kerajan mereka tidak melancarkan apa-apa aktiviti kebencian..tapi yang paling dibimbangi ialah masyarakatnya yang semakin hilang akal dengan orang Malaysia..malah sanggup untuk memuukul dan sebagai..AWS!!Wiki Melayu juga dijadikan sasaran mereka..

Hairan, Kerajaan Malaysia menjaga pendatang dari Indonesia(bukan PATI) dengan layanan yang baik. Tetapi, adakah balasan sebegini diberikan, adakah mereka sudah lupa diri ataupun memang tak sedar diri. Mungkin...(Jangan marah! Tapi, ada kebenarannya) Sebenarnya, mengapa wiki Melayu harus diserang, bukankah wiki ini untuk semua penutur bahasa Melayu di seluruh dunia, tetapi bukannya untuk Malaysia saja. Pelik. Adakah para penyelia wiki Melayu harus mengambil tindakan tegas ke atas penyumbang vandal sedemikian? Sebabnya, wiki ini bukan untuk meluahkan isu-isu perkauman atau apa-apa yang menjurus ke arah negatif. Tetapi wiki ini adalah untuk sumbangan-sumbangan yang berensiklopedia. Fikirkan yang positif. Sekian...— Didie 04:07, 6 Disember 2007 (UTC)

Erm .....kalau ikut cakap orang Kedah ;

Jangan Rempit Tak Pakai Helmet. Dah tau Parameswara datang dari Srivijaya(Indonesia) mesti lah di bawa sekali dengan kebudayaan ,masakan dan macam2 lagi. Tambah2 lak dia datang tu masih kuat lag pengaruh Hindu-Buddha. Saya macam nak cakap kat Presiden diorang tu supaya tekankan subjek Sejarah. Kalau korang semua gi Indonesia jangan haraplah nak bershopping, diorang tengok cara pakaian ngan percakapan terus diorang tak layan kita.Diorang kata mentang2 negara kaya, ingat boleh beli rakyat Indonesia dan saya macam nak balas memang kami kaya dan korang arr yang lumba2 nak jadi hamba kami. Sanggup berenang laut. Dah tak suka balik je lar, susah aper ڤوترا لقمان تونكو اندريKomen 11:45, 7 Disember 2007 (UTC)

Saya rasa kita kekalkan perbincangan kepada fakta bukannya emosi. Indonesia sebagai negara adalah baru ditubuhkan dalam sejarah. Budaya pula terikat kepada kaum yang terbentuk lebih lama. Sesuatu kaum pula tidak terhad kepada sesuatu negara. Yosri 11:53, 7 Disember 2007 (UTC)
Kenapa perlu berkata demikian..jangan beremosi..sebab ada penyumbang Melayu dari negara tersebut disini... kita perlu hormati..kita perlu sedar dan sentiasa berhati-hati...dulu Indonesia adalah negara kaya dengan sumber, harta, ilmu, budaya dan agama..kita tak boleh pertikaikan semua itu...mereka sungguh bangga..dan mungkin sebab itu mereka leka dan sentiasa megah...harap2 kita pun tak terjebak dengan tingkah laku sedemikian..langkah setapak kehadapan adalah lebih baik dari duduk menunggu - Hafrul 00:07, 8 Disember 2007 (UTC)

"Malingsia"

Isu ini hangat di sini ketika masa dahulu, dan saya perhatikan ada sesetengah pihak mahu mengungkitnya kembali (sekarang dengan cara yang halus), maka saya luahkan sahaja di sini. Akhir-akhir ini terdapat banyak suntingan pada rencana-rencana yang boleh dijadikan bahan propaganda puak mereka, umpamanya Malingsia sendiri, batik, Reog, tarian Barongan, Rasa Sayang dsb. (sila tambah kalau saya tertinggal, kita boleh buat senarai). Antara usaha propaganda yang dilakukan ialah menyebarkan ideologi "Malingsia" (sebagaimana sudah maklum di sini), dan menyatakan bahawa Malaysia menciplak budaya dari Indonesia. Lihat juga Perbincangan:Malingsia, saya sudah mengirim komen saya di sana. Kalau diikutkan rasa hati, saya mahu sahaja menghapuskan rencana tersebut dan menguncinya daripada suntingan. "Malingsia" tidak layak mendapat rencananya sendiri. Isu ini adalah kecil sahaja dan tidak perlu dibesar-besarkan oleh mana-mana pihak.

The bottom line is: budaya adalah milik bangsa, bukan mana-mana kerajaan, negara, atau lokasi geografi. Oleh itu, pernyataan bahawa Malaysia mencuri budaya daripada Indonesia adalah tidak betul. Tegasnya, pendirian masyarakat Malaysia ialah bahawa Malaysia merupakan negara berbilang bangsa, dan budaya-budaya yang terdapat di Malaysia adalah milik bangsa masing-masing. Malaysia langsung tidak menuntuk hak terhadap budaya-budaya ini. Orang Melayu di Malaysia dan Indonesia adalah serumpun, oleh itu mereka berhak berkongsi budaya yang diwarisi. Pernyataan bahawa Malaysia mencuri daripada Indonesia adalah tidak berasas sama sekali. Ini tegas.

WikipediaId telah mengambil langkah membanteras usaha perang saraf ini dan nampaknya puak penyebar propaganda lari ke sini pula. Oleh itu, saya mahu mengusulkan cadangan supaya dibuat satu dasar yang menghalang mana-mana usaha propaganda ini di sini. Mana-mana suntingan yang mengandungi perkataan "maling" atau "Malingsia" akan dihapuskan secara mandatori. Juga, mana-mana suntingan yang mengandungi ayat "Malaysia menciplak sekian sekian daripada Indonesia..." atau "budaya sekian sekian sebenarnya berasal dari Indonesia, tetapi diciplak oleh Malaysia..." dan seumpamanya juga akan dihapuskan serta-merta. Dan, untuk menegaskan bahawa WikipediaMs tidak mahu "pelarian-pelarian" daripada WikipediaId, saya ingin mengusulkan supaya dibuat dasar yang menghalang mana-mana suntingan yang mengandungi bahasa Indonesia dan didapati jelas menyalin daripada WikipediaId. Perlu dimaklum bahawa bahasa Melayu dan Indonesia tidak sama, dan mana-mana pengguna yang gagal bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik haruslah diberi amaran.

Kepada para pentadbir, sila bangkit dan nyatakan cadangan anda di sini.—Aviator, 05:21, 9 Disember 2007 (UTC)

Rupa-rupanya sudah ada WP:ID.—Aviator, 06:04, 9 Disember 2007 (UTC)

Betul kata anda, Aviator. Sememangnya tindakan tegas harus segera diambil sebelum perkara ini berleluasa atau tidak dapat dibendung. Mungkin sekatan harus diberi kepada pengguna-pengguna yang cuba menyampaikan isu-isu propaganda di ms.wiki juga memadam/melindungi rencana-rencana yang berkaitan dengan "Malingsia" ataupun yang berkaitan dengannya. Jelasnya, kita perlu lebih berhati-hati/berwaspada dengan kegiatan pengguna-pengguna baru ketika ini. — Didie 11:52, 9 Disember 2007 (UTC)

Kitab Tajul Muluk

boleh terangkan apa itu Kitab Tajul Muluk, siapa penulisnya dan mengapa ia lenyap pada generasi ini?60.49.212.45 04:48, 4 Disember 2007 (UTC)mas

Siapa pulak kata lenyap. Kitab itu adalah petua-petua lama. Contoh kalau mimpi ular ada orang hendak meminang dsb. Sebab sekarang dah tak meluas kerana dah ramai tak beberapa percayakannya. Itu saja, tak ada majik pun. Yosri 05:12, 4 Disember 2007 (UTC)
Erm....Boleh saya tanya tak, bukankah sebahagian buku ini dikatakan sesat. Tolong beritahu saya. ڤوترا لقمان تونكو اندريKomen 11:37, 7 Disember 2007 (UTC)
Hum... Ini kena tenguk semula, kerana untuk ditakrifkan sesat kena kaji dahulu dengan terperinci, bukan senang-senang lancar mulut. Kalau ada yang berkata begitu, kena sebut bab mana, kisah yang mana. Nanti tuduhan itu berbalik pada sipenuduh. Hal akidah ini berat. Yosri 11:51, 7 Disember 2007 (UTC)
Nampaknya saya kena tanya ustazah saya lah, dia yang cakap. Maksudnya tahun depan.ڤوترا لقمان تونكو اندريKomen 12:06, 7 Disember 2007 (UTC)

Kategori

Kita ada Kategori:Budaya dan Kategori:Kebudayaan. Nak pakai yg mana satu? ...Aurora... 14:44, 4 Disember 2007 (UTC)

Jawapannya sama dengan: apa beza antara "duta" dengan "kedutaan"? :) —Aviator, 14:00, 8 Disember 2007 (UTC)

Wikipedia bahasa Inggeris mempunyai dua kategori, iaitu culture (kebudayaan) dan cultures (budaya), maka saya mencontohinya selepas saya meneliti perbezaan antara kedua-dua ini. Kebudayaan merujuk kepada kandungan budaya, dan boleh diterangkan dengan menggunakan contoh manusia dan kemanusiaan (sebagaimana yang memang jelas, bukan semua manusia mempunyai sifat kemanusiaan). — Syarikat Pemunggahan Rencana 14:19, 8 Disember 2007 (UTC)

Kotak Pengguna

Ini mungkin kurang penting, tetapi saya dapati aplikasi 'Kotak pengguna' bagi laman profil pengguna kurang digiatkan. Saya tak tahu cara untuk kembangkan kategori-kategori lain, contohnya sains - Ada sesiapa yang boleh tolong saya? p/s: Saya pengguna baru! Alicia Izharuddin 13:54, 6 Disember 2007 (UTC)

Biasanya kami merujuk pada Wikipedia Bahasa Inggeris untuk panduan dan cuba mengubah sahaja. Terdapat sebuah projek yang sedang dikendalikan untuk mengembangkan bahagian kotak pengguna. Lihat Wikipedia:Kotak pengguna. Laman tersebut masih sedang diterjemahkan. MSWiki 14:06, 6 Disember 2007 (UTC)
Di sini kotak pengguna cuma dibuat bila ada orang nak. Berkenaan sains, baru-baru ni saya ada perasan Templat:Pengguna kimia, tapi biologi tiada lagi, mungkin anda boleh minta tolong penciptanya. ...Aurora... 14:08, 6 Disember 2007 (UTC)
Terima kasih, MSWiki dan Aurora! Saya berjaya mereka satu kotak pengguna:
Nangua Baozi (chinese dumplings).jpg Pengguna ini suka masakan Cina.


Ada sebarang bantahan? Saya ingin masukkan kotak ini dalam senarai kotak-kotak pengguna yang lain... Aliciaa90099 15:10, 6 Disember 2007 (UTC)

Nampak ok. Cuma saya tambah pautan ke Kategori:Masakan Cina sebab kita tiada lagi rencana masakan Cina. ...Aurora... 15:20, 6 Disember 2007 (UTC)

Mencecah 25,000 rencana

Adakah laman web/logo Wikipedia Bahasa Melayu akan dihiasi untuk menyambut pencecahan bilangan 25,000 rencana tidak lama lagi? — 218.111.48.145 15:50, 6 Disember 2007 (UTC)

Mungkin. Saya tak tau. Bukan kerja saya. --King Edmund of The Woods 15:55, 6 Disember 2007 (UTC)

boleh tahu macam mane nk cari maklumat tentang seseorang yang kite hanye tahu name nyer saje....

WikiProjek Filem

jemputlah utk menyertai WikiProjek Filem... →Izzudin 21:31, 15 Disember 2007 (UTC)

Boleh terangkan lebih lanjut untuk apa penubuhan WikiProjek Filem ini dibuat??? Saya yang mahu tahu: aamuizz 09:11, 23 Disember 2007 (UTC)

Senang saja. Sesebuah WikiProjek bertujuan untuk mengumpulkan beberapa orang sama-sama bagi sesuatu usaha yg tertentu. WikiProjek Filem tentulah untuk mengumpulkan orang utk mengusahakan rencana-rencana tentang filem. --King Edmund of The Woods 10:34, 23 Disember 2007 (UTC)

betul.. dan bace tujuannya kat WP:FILEM... marilah mari.. mari join kami .. ngehehe
IzZuDin
Nuvola apps chat.png
Nuvola apps kate.png
Nuvola apps email.png
Nuvola apps kbounce.png

02:41, 26 Disember 2007 (UTC)

Permohonan pembukaan bahasa baru

Permohonan pembukaan bahasa baru bagi projek Wikiquote dan Wikisource telah diluluskan (conditionally approved) pada hari ini.—Aviator, 14:26, 19 Disember 2007 (UTC)

bagoss!! ditulis oleh IzZuDin undilah permohonan ku untuk menjadi penyelia ini... 21:54, 19 Disember 2007 (UTC)
Tapi laman itu masih conditionally approved, bukan completely approved. Kita kena lakukan sesuatu untuk meraih prhatian mereka atau mereka menolaknya. Polar 12:14, 23 Disember 2007 (UTC)
Maaf saya menulis menggunakan Bot tapi pada pendapat saya wikisource masih tidak boleh dibuka. Ini kerana pada pendapat saya, wikitionary dan wikibooks masih memerlukan bantuan. Hanya pendapat jangan ambil kisah.--DaniAshBot 14:22, 23 Disember 2007 (UTC)

Sila gunakan akaun biasa kalau anda mahu menulis secara manual. Anda boleh log masuk dari atur cara bot yang anda gunakan menggunakan akaun bot. Tapi, kalau dari pelayar web, sila gunakan akaun biasa. —Aviator, 15:03, 23 Disember 2007 (UTC)

Tapi kalau dia rasa lebih selesa guna robot, biarkan sajalah! --King Edmund of The Woods 15:50, 23 Disember 2007 (UTC)

Apa tujuan dia buka akaun robot? Kalau dia guna akaun bot untuk menyunting secara manual, bukankah itu dipanggil sock puppetry? Lagipun, pentadbir tidak boleh memberikan status bot sekiranya corak suntingannya tidak menentu.—Aviator, 21:40, 25 Disember 2007 (UTC)

Dan Polar, kalau anda cakap begitu, anda cepat pergi menulis sesuatu! Kan anda sokong... --King Edmund of The Woods 15:51, 23 Disember 2007 (UTC)

Tulis? Saya dah menyunting beberapa laman yang ada di incubator, membetulkan bahasa di sana. Polar 20:52, 23 Disember 2007 (UTC)

Vandalisme di rencana Pilihanraya Umum Thailand 2007

Salam, Siapa yang mampu terjemah ini: After some former TRT members joined the People's Power Party (PPP), the junta the issued a classified order to to suppress the activities of the Party. The order was leaked to the public, leading to a complaint to the Election Commission from the PPP. However, the Commission dismissed the complaint on the grounds that the CNS had granted itself immunity in the 2007 Constitution of Thailand. Saya tak mampu mentejermah. Saya anggap ini vandalisme kerana percampuran bahasa di dalam satu rencana. Ikhlas dari aamuizz 04:25, 25 Disember 2007 (UTC)

Selepas beberapa bekas ahli-ahli Thai Rak Thai (TRT) membentuk People's Power Party (PPP), majlis pemerintah mengeluarkan satu susunan berkelas untuk untuk menindas aktiviti-aktiviti PPP. Perintah ini telah terbocor kepada orang awam, membawa kepada satu aduan kepada suruhanjaya pilihan raya daripada PPP. Bagaimanapun, Commission disingkirkan aduan atas alasan yang CNS mempunyai kekebalan sendiri dalam 2007 Constitution negeri Thai.
Jangan tiru bulat-bulat. Aku pun tak reti bahasa Inggeris gak.Aku tahu dasar jerk.Check arr betul ke x???.Putera LuqmanTunku Andre 13:40, 25 Disember 2007 (UTC)

Sekadar bertanya?

Hmmm...., Salam. Saya ingin bertanya sesuatu? Bagaimana cara untuk menghiasi tandatangan pengguna. Setelah saya lakukan percubaan berulang-kali pada 'preferences'. Ia serba tak jadi. Boleh beri tips tak untuk melakukannya. Sekadar bertanya? — Didie 14:21, 25 Disember 2007 (UTC)

Saya juga rasa, semua pengguna dan penyelia wiki melayu harus kreatif dengan tandatangan pengguna masing-masing. Baru nampak meriah. hehehe... — Didie 14:21, 25 Disember 2007 (UTC)

  • Buka keutamaan, dan tukar tandatangan di "nama samaran (untuk tandatangan)". Kalau anda mahu guna markap wiki atau HTML, anda perlu tanda di "Tandatangan mentah (tanpa pautan automatik)".—Aviator, 21:37, 25 Disember 2007 (UTC)

Oh begitu. Terima kasih. — Didie 04:27, 26 Disember 2007 (UTC)


Selayang pandang...

Sedar tak sedar, kita sudah sampai di penghujung tahun. Tahun 2007 mula melambai di gerbang 2008. Apakah azam anda untuk tahun baru yang mendatang?

Berikut ialah beberapa perkara yang boleh diwatch out:

  • Terdapat ciri baru yang dinamakan "gabung sejarah". Anda boleh gunakan alat ini untuk menggabungkan sejarah semakan bagi dua laman berasingan.
  • Satu lagi ciri baru dari perisian MediaWiki ialah "gajet" (gadgets). Ciri ini masih baru, akan tetapi saya rasa ia mempunyai potensi besar pada tahun hadapan.
  • Kita akan menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga Wikimedia bahasa Melayu. Kalau tiada aral yang melintang, Wikisource (Wikisumber) dan Wikiquote akan dibuka tak lama lagi. Kami akan pastikan bahawa pembukaan ini dapat dilakukan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
  • Dahulunya saya telah meluahkan bahawa ciri Jawi boleh jadi satu pertambahan yang menarik. Saya telah memulakan usaha ini dan sedang mencuba untuk berkerjasama dengan pembangun perisian MediaWiki, oleh itu, insya-Allah, anda boleh melihat WikipediaMs disajikan dalam tulisan Jawi!

Sekian. Selamat bercuti, selamat berwiki, dan selamat memperjuangkan kandungan bebas.—Aviator, 21:59, 25 Disember 2007 (UTC)

Sedar tak sedar, perutku sudah berbunyi... hehe.. smoga wiki bm maju jaye! Azam tahun baru saye: <tiada>
IzZuDin
Nuvola apps chat.png
Nuvola apps kate.png
Nuvola apps email.png
Nuvola apps kbounce.png

02:43, 26 Disember 2007 (UTC)

Wah, bahasa Jawi? Cool! - pmc 05:17, 29 Disember 2007 (UTC)