Wikipedia:Nasihat buat penyelia baharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Semoga anda mengguna mop dan baldi dengan saksama...


Jimmy Wales, February 2003


Tahniah atas kejayaan anda menjadi penyelia!

Ini nasihat yang mungkin berguna buat anda:

Perkara asas[sunting sumber]

  • Letakkan kata laluan yang kuat sekarang. Akaun anda mempunyai potensi merosakkan tapak dengan satu suntingan sahaja. Sekiranya ini berlaku, anda yang bertanggung jawab. Membenarkan akaun anda digugat sama ada kerana kelalaian ataupun sebaliknya, boleh membawa kepada sekatan dan pelucutan jawatan. Ingat, tak terempang peluru dek lalang.

Bagaimana anda harus bertindak[sunting sumber]

  • Ingat bahawa bahawa status penyelia bukan satu piala. Justeru, secara amnya anda jangan bertindak lain daripada cara anda bertindak enam bulan atau setahun yang lampau. Memenag benar yang anda mungkin dapat menjadi orang tengah dalam sesuatu perbalahan dengan berkesan, atau menyelesaiakannya, ataupun membimbing kepada kebaikan sesuatu rencana. Namun, dalam hampir semua kes, kebolehan anda tiada kena-mengena dengan keterampilan anda sebagai sebuah penyelia; hanya pengalaman, pengetahuan anda berkaitan dasar-dasar, dan akal budi anda — yakni, kebolehan yang anda miliki lama sebelum anda menjadi penyelia, dan kebolehan yang juga terdapat pada ramai pengguna yang bukan penyelia. Pemilikan kebolehan inilah yang penting dan yang disanjung, dan tiada kena-mengena dengan status anda menjadi penyelia. Dalam kata lain, seseorang yang bukan penyelia akan tetapi yang berpengalaman, mengetahui dasar-dasar dan boleh membuat pertimbangan dengan baik sama kemungkinan (ada kalanya lebih) menyelesaikan sesuatu situasi itu daripada seorang penyelia. Hormatilah pertimbangan orang lain dan anda boleh meletak sangkaan yang mereka juga akan menghormati anda — akan tetapi jangan meletak harapan yang anda akan diberi layanan istimewa semata-mata kerana anda seorang penyelia.
  • Kendatipun para penyelia diberi beberapa kelebihan, anda masih perlukan pertimbangan yang baik untuk mengguna kelebihan atau kuasa tersebut. Namun, ini tidak bermakna yang penyelia bertindak sebagai polis atau hakim. Lihat jawatan anda itu lebih sebagai amah atau jaga. Jaga lazimnya memegang kunci bagi setiap bilik dalam sesuah bangunan pejabat — disebabkan sudah menjadi tugas mereka mengutip sampah dan memastikan bangunan itu teratur untuk digunakan pada keesokan hari. Oleh sebab para jaga memiliki kunci bagi setiap bilik, mereka dapat mengunci para pekerja di luar bangunan, ataupun memindahkan perabot daripada pejabat seorang pekerja kerana suka-suka... akan tetapi secara amnya, tidak sepatutnya mereka lakukan. Dan jika ada masanya apabila para jaga diminta mengosongkan pejabat seseorang pekerja, ia bukanlah sesuatu yang dilakukan kerana suka-suka, ataupun dilakukan kerana mereka boleh. Sama juga, kelebihan yang terdapat pada penyelia memungkinkan kita untuk membantu dalam kerja-kerja penyelenggaraan (versi pembersihan contengan kita). Memang betul bahawa antara kebolehan penyelia ialah keboleh menyekat It is true that among these are powers to menyekat para pengguna ataupun melindung halaman, akan tetapi kita seharusnya mencuba agar tidak menggunakan keupayaan ini semata-mata berlandaskan pertimbangan kita. Sebaliknya, sebagai panduan am, para penyelia harus hanya menggunakan keupayaan ini apabila polisi Wikipedia mementukan bahawa tidak ada keraguan tentang tindakan yang bakal diambil, justeru tindakan itu hampir automatik, atau apabila terdapat kesepakatan bahawa tindakan penyelia itu merupakan kehendak bersama komuniti (dan jika anda masih ragu-ragu, laporkan perkara tersebut kepada penyelia lain atau bertanya di saluran IRC—jangan teragak-agak untuk meminta nasihat atau bantuan penyelia yang lebih berpengalaman). Sentiasa berhati-hati dan berhemah, tetapi sentiasa juga bersedia menggunakan perkakas anda jika perlu.
  • Elak daripada bertindak dalam sesuatu situasi di mana anda sendirit erlibat. Jika anda diganggu, lebih baik anda menghubungi penyelia lain bagi menangani situasi tersebut sekiranya ia bertambah buruk.
  • Kenyataan rasmi kita, "Abaikan semua peraturan" sedap digunakan kali pertama anda menggunanya, dan kita tidak patut menyalahkan pengguna baharu yang gemar mengikut kenyataan ini. Namun, ahli falsafah yang masuk hikmah pun memerlukan pemandu (atau orang yang akan membersihkan sampah sarap peninggalan mereka). Hargailah nilainya, tetapi pastikan anda juga menghargai nilai polisi dan dasar lain. Polisi lebih pintar daripada apa yang anda sangka.

Perbalahan[sunting sumber]

  • Hampir semua konflik dapat diselesaikan dengan:
  1. Kesabaran dan perbualan (memberi panduan dan kesanggupan untuk membiarkan sesuatu itu untuk beberapa hari atu minggu). Sekiranya anda melihat perang undur akan berlaku, beri amaran yang kita memiliki peraturan tiga kali undur; dan bawa perhatian mereka terhadap polisi three-revert rule; terangkan kepada mereka bahawa peraturan itu bukan mainan, akan tetapi bertujuan bagi memberi ruang pihak-pihak yang terlibat agar menenangkan diri dar beranjak ke belakang sedikit sebelum meneruskan apa yang mereka lakukan; sekiranya mereka sudah diberi amaran akan tetapi masih mengundurkan buat kali keempat, sekat mereka buat 24 jam (jika anda mempunyai keraguan, laporkan perkara ini kepada penyelia lain — jangan berlengah-lengah untuk mendapatkan nasihat atau bantuan penyelia yang lebih berpengalaman).
  2. Beri perhatian terhadap polisi-polisi teras, Pandangan berkecuali, Pengesahan dan Larangan penyelidikan asli.
  • Anggaplah niat baik dan beri ruang pada pengguna selagi mereka tidak melanggar polisi teras kita. Sekiranya mereka melanggar dasar-dasar teras,
  1. Galakkan mereka dengan cara baik agar membaca dasar kita dengan cermat (sediakan pautan agar mudah mereka mencari),
  2. Tetapi jang ragu-ragu untuk mengundurkan suntingan dengan serta-merta sekiranya ia diperlukan agar polisi dapat dipatuhi.
  • Sentiasa ingat bahawa laman perbincangan adalah untuk pembaikan rencana. Jika seseorang itu menggunakan laman perbincangan sebagai pentas ceramah ataupun platform buat perbincangan berjela-jela:
  1. Elak daripada melibatkan diri anda (kami tahu, ini bukan mudah!)
  2. Nasihatkan penyumbang secara lembut agar tidak menyalah guna laman perbincangan
  3. Sekira percakapan berlapik gagal, guna templat amaran yang bersesuaian: {{Perbincangan menyimpang}} ataupun {{Bukanforum}}
  • Sekiranya anda mendapati diri anda diheret ke dalam sesebuah konflik atau perbincangan yang menyimpang dan perlu mencari jalan untuk merenggangkan diri anda daripada perkara tersebut &mdash ataupun sudah berasa bosan dan rimas — anda boleh mengguna masa anda di sini ataupun di sini.


Lihat juga[sunting sumber]