Wikipedia:Pautan luar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pautan luar ialah pautan yang mengaitkan laman Wikipedia dengan laman di luar Wikipedia. Ingatlah bahawa pautan dalam lebih disukai daripada pautan luar. Walau bagaimanapun, pautan luar boleh diletakkan di dalam rencana supaya para pengguna boleh mendapat bahan rujukan tambahan.

Cara meletak pautan luar[sunting]

Terdapat dua cara untuk meletak pautan luar, iaitu:

  • Tanpa Penjelasan
  • Dengan Penjelasan

Tanpa penjelasan[sunting]

Pautan luar tanpa penjelasan diletakkan didalam rencana dengan cara berikut:

*http://encarta.msn.com/

yang akan menghasilkan:

Cara meletak pautan luar ini adalah tidak digalakkan kerana pembaca tidak tahu apakah isi kandungan laman itu.

Dengan penjelasan[sunting]

Cara meletak pautan luar dengan penjelasan adalah seperti berikut:

*[http://encarta.msn.com/ Ensiklopedia Encarta]

yang akan menghasilkan:

Cara ini adalah lebih digalakkan kerana pembaca boleh buat tahu apakah pautannya sebelum masuk ke dalam pautan berkenaan.