Wikipedia:Penafian risiko

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Penggunaan Wikipedia adalah dibawah tanggungan sendiri

SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA SEBARANG MAKLUMAT YANG ANDA TEMUI DI WIKIPEDIA MUNGKIN TIDAK TEPAT, MENYELEWENG, BERBAHAYA, MENGAKIBATKAN KETAGIHAN, TIDAK BERETIKA ATAU SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG.

Sesetengah maklumat di Wikipedia mungkin menimbulkan risiko yang tidak wajar kepada pembaca yang memilih untuk mengamalkan atau menggunakan maklumat tersebuh dalam aktiviti mereka atau mempromosikan maklumat tersebut untuk digunakan oleh pihak ketiga.

Tiada siapa di kalangan pengarang, penyumbang, penaja, penyelia projek, pentadbir, pelaku musnah, atau sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan Wikipedia, walau dengan apa cara sekalipun, boleh dipertanggungjawabkan atas penggunaan maklumat yang terkandung atau dipautkan dari laman-laman sesawang tersebut. Sebarang risiko atau kerugian yang berbangkit atas penggunaan Wikipedia adalah terletak dibawah pengguna itu sendiri.

Sila ambil segala langkah yang penting untuk memastikan maklumat yang anda perolehi dari Wikipedia adalah tepat dan sah. Sila semak rujukan di bahagian akhir rencana. Baca laman perbincangan serta sejarah laman tersebut untuk mengetahui sekiranya ada pertikaian mengenai kandungan rencana yang belum diselesaikan. Semak segala maklumat dengan sumber bebas.

Jika sesebuah rencana mengandungi kandungan mengenai aktiviti berbahaya, menyalahi undang-undang, atau tidak beretika, ingatlah bahawa sesiapa sahaja boleh menambah maklumat ini di Wikipedia. Para pengarang mungkin tiada tauliah untuk menyediakan maklumat lengkap atau memaklumkan kepada anda mengenai langkah berjaga-jaga yang mencukupi serta pendekatan lain untuk mencegah kecederaan, atau kerosakan lain kepada diri, harta atau reputasi anda. Jika anda memerlukan khidmat nasihat (seperti perubatan, perundangan, kewangan, perkahwinan atau pengurusan risiko) sila rujuk nasihat pakar profesional bertauliah bagi bidang tersebut.

Wikipedia tidak disemak secara berkala oleh pakar; sementara pembaca mungkin memperbetulkan kesalahan atau membuang cadangan yang bercanggah, mereka tiada tugas sah untuk melakukannya. Kesemua maklumat di dalam laman ini adalah tanpa sebarang jaminan kelayakan bagi sebarang tujuan atau penggunaan.

Tiada ganti rugi yang boleh dituntut terhadap Wikipedia, memandangkan ia adalah satu pertubuhan sukarela dari kalangan individu bagi mencipta sumber pendidikan, kebudayaan dan maklumat dalam talian bersifat sumber terbuka. Maklumat ini diberikan kepada anda secara percuma dan tiada sebarang perjanjian atau persefahaman antara anda dan Wikipedia berkenaan penggunaan atau pengubahsuaian maklumat ini di luar Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL)

JANGAN HANYA BERGANTUNG KEPADA MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM WIKIPEDIA TANPA PENGESAHAN BEBAS.

Walaubagaimanapun, Wikipedia sentiasa mempunyai inspirasi dan komitmen bagi memastikan setiap rencana yang tersedia disini sentiasa dapat ditentusahkan dan tidak berat sebelah. Staf dan para pentadbir Wikipedia sentiasa memastikan perkara terpenting tersebut dapat direalisasikan sebagai harapan dan sokongan untuk memperoleh suatu bentuk ensiklopedia bebas berkualiti, berkreadibiliti dan berketrampilan.