Wikipedia:Sumbang apa yang anda tahu atau sanggup pelajari
Ini adalah sebuah karangan. Ia mengandungi nasihat atau pendapat seorang atau lebih penyumbang Wikipedia. Halaman ini bukanlah satu daripada dasar atau panduan Wikipedia, kerana belum secara menyeluruh diselidiki oleh komuniti. Beberapa karangan mewakili norma-norma yang meluas; yang lain hanya mewakili pandangan minoriti. |
Menyumbang kepada Wikipedia adalah sesuatu yang membawa kepuasan diri. Pada dasarnya terdapat dua pendekatan untuk menyumbang:
- Sumbang Apa yang Anda Tahu
- Sumbang Apa yang Anda Sanggup Mengenainya
Sumbang Apa Yang Anda Tahu
[sunting sumber]Pada dasarnya, semua manusia yang berakal akan memiliki sedikit sebanyak ilmu pengetahuan. Apa yang anda perlu lakukan ialah menurunkan pengetahuan anda ke dalam bentuk tulisan untuk disumbangkan kepada Wikipedia.
Contoh perkara-perkara yang mungkin anda tahu dan boleh muatkan ke dalam wikipedia adalah seperti berikut.
- Perkara yang anda terbaca dalam buku
Membaca mungkin merupakan salah satu hobi bagi anda. Sekiranya anda terbaca sesuatu yang menarik, rumuskannya ke dalam bentuk artikel dan muatkannya ke dalam Wikipedia. - Perkara yang pernah dikaji oleh anda
Anda mungkin pernah membuat sesuatu kajian terhadap sesuatu perkara semasa belajar di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Maka anda boleh menyumbangkan sedikit pengetahuan mengenainya ke dalam wikipedia. - Maklumat mengenai tempat kediaman anda
Sebagai penduduk, anda mempunyai pegetahuan yang lebih tentang tempat kediaman anda berbanding dengan orang lain. Maka anda boleh menyumbangkan pengetahuan ini dengan orang lain di wikipedia. - Peristiwa yang dialami oleh diri anda sendiri
Anda mungkin pernah menyaksikan sesuatu peristiwa yang hebat. Maka anda boleh menulis tentangkan dan masukkan ke dalam bahagian peristiwa semasa. - Kritikan mengenai sesuatu karya sastera
Anda mungkin pernah belajar cara untuk menganalisis karya sastera di Sekolah Menengah. Anda boleh memanfaatkan ilmu ini selepas menikmati sesuatu karya sastera seperti filem, drama, novel, untuk menghasilkan sebuah artikel berkenaan dengan apa yang anda lihat tadi. - Lain-lain
Terdapat banyak lagi sumber pengetahuan yang anda boleh sumbang kepada wikipedia, yakinlah, bahawa membuat sumbangan ilmu membawa berkat.
Sumbang Apa yang Sanggup Anda Tahu Mengenainya
[sunting sumber]Anda masih boleh menyumbang, walaupun anda jahil tentang sesuatu perkara, dengan syarat anda minat untuk mengenainya. Anda boleh membuat penyelidikkan terlebih dahulu mengenai perkara itu, seterusnya menulis satu artikal di wikipedia. Wikipedia Inggeris merupakan satu alat yang banyak membantu dalam perkara ini.