Wikipedia:Tag hak cipta fail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wikipedia memandang serius undang-undang hak cipta. Laman penerangan fail ditagkan dengan lesen dan sumber imej untuk memudahkan para pembaca, ahli WIkipedia dan pencipta kerja terbitan untuk mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dengan imej-imej dalam ensiklopedia ini.

Garis panduan[sunting sumber]

  • Untuk menganggapkan imej itu sebagai "bebas" di bawah dasar penggunaan imej Wikipedia, lesennya mesti membenarkan penggunaan semula komersil dan kerja terbitan sekali.
  • Wikipedia (dan semua projek Wikimedia) amat mengutamakan imej "bebas" di mana sahaja yang mampu. Jika tiadanya imej bebas, adakalanya dibenarkannya penggunaan imej bukan bebas (dilindungi hak cipta) di bawah peruntukan "kegunaan wajar", iaitu hak yang sah di sisi undang-undang untuk menggunakan bahan-bahan terlindung hak cipta berlandaskan syarat-syarat tertentu; Wikipedia juga mengenakan syarat-syarat sendiri yang lebih sekatannya daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.
  • Sewajarnya, kebanyakan imej bebas lebih baik dimuat naik ke Wikimedia Commons daripada Wikipedia, supaya imej-imej itu boleh digunakan di dalam projek-projek Wikimedia selain Wikipedia.) Akaun anda mestilah sekurang-kurangnya berusia empat hari sebelum dibenarkan dimuat naik. Commons tidak membenarkan bahan-bahan berkegunaan wajar, tetapi bahan bukan bebas masih boleh digunakan dalam Wikipedia Bahasa Melayu berdasarkan syarat-syarat tertentu.
  • Semua tag hak cipta dan perlesenan mesti letakkan pada baris yang berasingan.
  • Di samping tag, nyatakan maklumat sumber atau pemegang hak cipta secara terperinci.
  • Jika imej tidak dilesenkan di bawah lesen piawai, sila nyatakan apa yang dinyatakan oleh lesen sebenarnya.
  • Jika imej itu ditag memerlukan pengakuan (attribution), sila nyatakan siapa yang harus diakui sebagai sumbernya.
  • Jika imej itu tergolong dalam berbilang kategori, sila nyatakan semua kategori itu.

Untuk pencipta imej[sunting sumber]

Jika anda pencipta imej, anda boleh memilih mana-mana lesen bebas yang bebas. Anda boleh melesenkan imej anda di bawah berbilang lesen berbeza jika anda mahu. Lesen ini mestilah tidak melarang penggunaan semula komersil atau kerja terbitan.

  • Lesen Dokumentasi Bebas GNU - {{GFDL-self}} - Ditulis oleh Free Software Foundation. Orang lain mesti mengatribusi kerja terbabit kepada anda, dan jika mereka membuat perubahan atau memasukkan kerja anda ke dalam kerja mereka, mereka mesti berkongsi perubahan mereka atau bekerja di bawah lesen yang sama.
  • Creative Commons: Attribution-ShareAlike - {{cc-by-sa-3.0|Attribution details}} - Inilah salah satu lesen CC. Versi ini membenarkan kegunaan bebas, termasuk apa juga kegunaan bebas; mensyaratkan anda diatribusi sebagai pencipta; dan mewajibkan bahawa sebarang pencipta terbitan atau pengedar semula kerja anda memakai lesen yang sama. Teks atribusi yang dikehendaki wajar disertakan sebagai parameter dalam templat.
    • Creative Commons: Attribution - {{cc-by-3.0|Attribution details}} - Serupa dengan di atas, tetapi tidak mewajibkan kerja terbitan memakai lesen yang sama.
  • Lesen Seni Percuma - {{FAL}} - Lesen copyleft untuk karya seni; pengubahsuaian dan penggunaan komersil dibenarkan, asalkan kerja terbitan membawa lesen yang sama.
  • Atribusi - {{Attribution}} - Pemegang hak cipta membenarkan sesiapa menggunakannya untuk apa jua tujuan, asalkan pemegang hak cipta diatribusi dengan betul.
    • Kegunaan Bebas Terhak Cipta - {{CopyrightedFreeUse-Link|[http://www.tapakwebanda.com/ Tapak web anda]}} - Sama dengan di atas, tetapi tidak memerlukan atribusi. Apapun, sebagai tanda budi bahasa, anda mungkin menginginkan pautan kembali ke tapak web anda.
  • Domain awam - {{PD-self}} - Si pencipta melepaskan segala haknya terhadap kerjanya itu.
  • Untuk tampilan (screen shot) laman Wikipedia, tag yang berikut boleh digunakan: {{Wikipedia-screenshot}}


Mencipta tag baru[sunting sumber]

Jika anda memuat naik berbilang imej yang sama sumber dan lesennya, anda boleh mencipta tag hak cipta baru. Sila usulkan tag baru di Perbincangan Wikipedia:Tag hak cipta fail. Jika anda tidak biasa dengan cara mencipta templat yang menambahkan imej ke dalam kategori, sila minta bantuan. Sertakan templat baru itu ke dalam kategori Tag hak cipta fail Wikipedia bukan bebas dengan membubuh yang berikut:

<noinclude>[[Kategori:Tag hak cipta fail Wikipedia bukan bebas|{{PAGENAME}}]]</noinclude>

Lihat juga[sunting sumber]