Wilhelmus van Nassouwe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wilhelmus
Wilhelmus bladmuziek.jpg
Nota muzik Wilhelmus
Maklumat am
Negara Bendera Belanda Belanda
Penulis tidak diketahui
Penggubah Adrianus Valerius (1574)
Diterima pakai 1932
1954 (Netherlands Antilles)
Sehingga 1964 (Netherlands Antilles)
Sampel muzik

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Wilhelmus van Nassouwe ("Wilhelmus dari kerabat Nassau"), dikenali juga sebagai Het Wilhelmus, ialah lagu kebangsaan Belanda.

Liriknya ditulis di antara 1568 dan 1572, bagi mengingati jasa William I dari Orange (juga dikenali sebagai William dari Nassau), yang mengetuai pemberontakan Belanda ke atas pemerintahan Sepanyol di Perang Lapan Puluh Tahun. Senikata lagu ini pada asalnya dinukilkan sebagai sebuah sajak oleh Marnix van St. Aldegonde. Sajak ini kemudiannya ditambahkan iramanya oleh seorang penyajak bernama Adriaan Valerius pada tahun 1626 menggunakan sebuah lagu tentera Perancis yang lama bernama "Autre chanson de la ville de Chartres assiégée par le prince de Condé"[1]. Lagu ini disytiharkan secara rasmi kegunaannya sebagai lagu kebangsaan Belanda pada 10 Mei 1932.

Lirik[sunting | sunting sumber]

Wilhelmus van Nassouwe
Ben ik van Duitsen bloed
Den vaderland getrouwe
Blijf ik tot in den dood
Een Prince van Oranjen
Ben ik vrij onverveerd
Den Koning van Hispanjen
Heb ik altijd geeerd.

Mijn schild ende betrouwen
zijt Gij, o God mijn Heer
op U zo wil ik bouwen
Verlaat mij nimmermeer
Dat ik doch vroom mag blijven
uw dienaar t'aller stond
de tirannie verdrijven
die mij mijn hart doorwondt

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

Akulah Wilhelmus dari Nassau
Yang berketurunan Jerman
Kepada tanah air aku berbakti
Sehingga akhir hayatku
Akulah Putera Orange
Bebas dan berani
Kepada Raja Sepanyol
Sumpah taat setia yang sejati.

Engkaulah perisai dan ketaatan aku
Wahai Tuhanku,
Aku akan membina di atasMu
Janganlah meninggalkan aku
Supaya aku akan kuat selalu
Sebagai hambaMu
Musnahkan tirani
Yang mencederakan hatiku

Pautan luar[sunting | sunting sumber]