William Austin (pelakon)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
William Austin
Kelahiran(1884-06-12)12 Jun 1884
Meninggal dunia15 Jun 1975(1975-06-15) (umur 91)
Sebab kematianStrok
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1920–1970
KeluargaAlbert Austin
(abang)

William Austin (12 Jun 1884 – 15 Jun 1975) merupakan pelakon Inggeris.

Biografi[sunting | sunting sumber]

William Austin dilahirkan di ladang tebu di Georgetown, British Guiana (kini Guyana). Ketika kematian bapanya, beliau telah dibawa ke United Kingdom untuk menghabiskan pelajarannya. Beliau kemudiannya telah mengisi jawatan perniagaan di Shanghai dan dihantar oleh syarikatnya ke San Francisco. Beliau telah memutuskan untuk menetap di Amerika Syarikat dan berlakon teater sebelum filem. Beliau telah muncul dalam banyak filem dari tahun 1920-an sehingga 1940-an, kebanyakannya menerysi watak-watak kecil dan tidak diberi kredit. Beliau merupakan adik kepada pelakon Albert Austin.

Peranan Austin dalam siri Batman sebagai pembantu rumah (butler) Batman, Alfred telah memberi kesan kepada karakter yang dibawakannya. Sebelum ini, watak Alfred digambarkan sebagai gemuk dan tidak mempunyai bulu di muka. Namun, Alfred yang dimainkan oleh Austin sebagai kurus dan bermisau telah menyebabkan watak Alfred dalam komik diubah mengikut karakter yang dibawa oleh Austin.

Austin telah meninggal dunia pada 15 Jun 1975 di kediamannya di Newport Beach kerana strok.

Filemografi terpilih[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • William Austin di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • William Austin di Pangkalan Data Broadway Internet
  • William Austin di Find a Grave
  • McLean, Thomas (9 July 2008). "Batman's father figure: Michael Caine and Alfreds through the years". Variety. Dicapai pada 2009-02-10. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)