William Blake (28 November 1757–12 Ogos 1827) ialah seorang pemuisi, pelukis dan pencetakberbangsa Inggeris. Walaupun tidak dikenali ramai sepanjang hayatnya, Blake kini dipandang sebagai tokoh yang berpengaruh dalam sejarah puisi dan seni lukisan Zaman Romantik. Karya puisinya dikatakan membentuk "hasil puisi yang kurang sekali pembacanya dalam bahasa Inggeris dibandingkan dengan segi pencapaiannya"[1], manakala seni lukisnya telah disanjungi sebagai "pelukis terhebat sekali yang pernah dilahirkan oleh Britain" dari seorang pengulas moden.[2] Sungguhpun hanya sekali bersiar-siar di luar kota London untuk sehari sepanjang hayatnya,[3] namun beliau tetap telah meninggalkan sebuah korpus yang berkepelbagaian dan kaya dengan simbolik, yang memeluk imaginasi sebagai "jelmaan Tuhan",[4] atau "kewujudan Manusia sendiri".[5]
Blake, William, William Blake's Works in Conventional Typography, ed. by G. E. Bentley, Jr., 1984. Facsimile ed., Scholars' Facsimiles & Reprints, ISBN 978-0-8201-1388-3.
^Frye, Northrop and Denham, Robert D. Collected Works of Northrop Frye. 2006, pp 11-12.
^Jones, Jonathan (2005-04-25). "Blake's heaven". The Guardian. Parameter |month= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)Selenggaraan CS1: tarikh dan tahun (link)