Xu Huaiwen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Xu Huaiwen
Maklumat peribadi
Nama kelahiran徐懷雯
Negara Jerman
Cakat tanganKanan
Perseorangan Wanita
Ranking semasa9 (26 Jun 2008)
Profil BWF

Xu Huaiwen (Cina Ringkas: 徐怀雯; Cina Tradisional: 徐懷雯; pinyin: Xú Huáiwén; lahir 2 Ogos 1975) merupakan pemain badminton profesional wanita dari Jerman. Xu dilahirkan di Guiyang, Guizhou, Republik Rakyat China.

Karier[sunting | sunting sumber]

Sukan Olimpik 2004[sunting | sunting sumber]

Xu beraksi di Sukan Olimpik 2004, tetapi ditewaskan oleh Zhou Mi dari Republik Rakyat China pada pusingan kedua.

2006[sunting | sunting sumber]

2006 bermula dengan tahun kejayaan buat Xu. Pada Januari 2006, beliau memenangi kejuaraan Terbuka Swiss. Pada bulan April pula, beliau memenangi Kejohanan Badminton Eropah menerusi acara perseorangan wanita, menewaskan Mia Audina dari Belanda pada pusingan akhir.

Xu ditewaskan oleh Xie Xingfang dari China pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2006 di Madrid, Sepanyol.

2007[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, beliau beraksi di Kejohanan Badminton Dunia, dan ditewaskan oleh Lu Lan, dari China, 9-21, 21-12, 16-21 pada perlawanan suku akhir.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]