YG Plus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YG Plus
Jenis/bentuk sahAgensi bakat, syarikat rakaman, syarikat awam Sunting ini di Wikidata
IndustriIndustri pengiklanan, media massa, industri muzik Sunting ini di Wikidata
DitubuhkanNovember 2014 Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatSeoul Sunting ini di Wikidata, Korea Selatan Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukYG Entertainment Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.ygplus.com Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

YG Plus Inc. (dahulunya Phoenix Holdings Inc.) ialah sebuah syarikat media dan pengiklanan awam Korea Selatan yang diambil alih oleh YG Entertainment pada November 2014. Pada 2019, syarikat itu memasuki industri pengedaran muzik dan turut terlibat dalam penghasilan, pengedaran dan pelesenan barangan yang berkaitan dengan artis muzik. Pada Januari 2021, Hybe Corporation dan anak syarikat teknologinya, Weverse Company, telah memperoleh 17.89% daripada syarikat itu dalam perjanjian dagangan dan pengedaran. Kerjasama menjadikan YG Plus sebagai pengedar produk bagi artis-artis HYBE Music (Big Hit dan Pledis) dan artis-artis YG Entertainment pula menyertai Weverse.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

YG Entertainment memperoleh Phoenix Holdings, sebuah syarikat perhubungan awam daripada Kumpulan Bongwan pada November 2014 dan menjenamakannya semula sebagai YG Plus.[1][2] Yang Min-suk, adik kepada pengasas YG Entertainment Yang Hyun-suk, telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat itu manakala YG Entertainment memiliki 38.6% saham syarikat itu.[3] Pada tahun 2019, YG Plus memasuki industri pengedaran muzik. Pada 27 Januari 2021 telah didedahkan bahawa Hybe Corporation dan anak syarikat teknologinya, Weverse Company (dahulunya beNX) melabur sebanyak KR₩70 bilion (AS$63 juta) di dalam YG Plus.[4] Hybe dengan itu memperoleh 17.9% pegangan syarikat itu dan melalui perjanjian perniagaan dan pengedaran, artis dari YG Entertainment akan menyertai Weverse.[5] Pada Mac 2021, Choi Sung-jun dilantik sebagai CEO baharu manakala Yang Min-suk dilantik sebagai pengarah eksekutif untuk YG Plus.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cha, Jun-ho (29 Julai 2021). "Lessons learned from Blackpink label's M&A flops". Korea Economic Daily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2021. Dicapai pada 17 Ogos 2021.
  2. ^ Yoo, Yoon-Jeong. "보광, 실적 악화일로…홍석규 회장, 계열사 지분 잇따라 처분". Chosun Biz (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 17 Ogos 2021 – melalui Naver.
  3. ^ "Min-Suk Yang, YG Entertainment Inc: Profile and Biography" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 17, 2021 – melalui Bloomberg L.P.
  4. ^ Hwang, Hye-jin (27 Januari 2021). "빅히트 측 "YG에 700억 규모 투자 단행, 음반음원 유통 사업 협업"(공식)". Newsen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2021. Dicapai pada 9 April 2021.
  5. ^ Alexei Barrionuevo (28 Januari 2021). "BTS' Label Big Hit Entertainment Buys Stake in K-Pop Rival YG Entertainment". Microsoft News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2021. Dicapai pada 9 Jun 2021.
  6. ^ "Sung-Jun Choi, YG Plus: Profile and Biography - Bloomberg Markets". Dicapai pada August 17, 2021 – melalui Bloomberg L.P.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]