Pergi ke kandungan

Yağız Kaan Erdoğmuş

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yağiz sedang di dalam perlawanan untuk mendapat gelaran Grandmaster pada tahun 2024

Yağız Kaan Erdoğmuş (lahir 3 Jun 2011) [1] ialah seorang ahli catur Türkiye dan Grandmaster. Yağiz telah dikeruniakan gelaran International Master oleh FIDE sebelum berusia 12 tahun, menjadi peribadi paling muda dari Türkiye yang berjaya mendapat gelaran ini.[2] Pada 2024, dia berjaya sebagai grandmaster keempat termuda dalam sejarah.[3]

Semasa kecil[sunting | sunting sumber]

Yağiz lahir di Bursa, Türkiye pada 3 Jun 2011.[4] Dia bercerita dalam wawancara bahawa ia ingin mempelajari sukan catur kerana diajari bermain oleh guru tadikanya. Dia serius berlatih catur pada umur 6 tahun.[5][4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum genap berumur 8 tahun, Yağiz dengan sangat mudah memenangkan Kejohanan Catur Eropah B-8,[6] mendapatkan peringkat pertama ahli catur terbaik di pentarafan dunia selama dua tahun semasa berumur 10-11 tahun[7] dan mara ke separuh akhir Kejohanan Catur Svetozar Gligoric Memorial di Serbia.[8] Pada kejohanan itu, penentangnya ialah ahli catur yang sudah dewasa. Penampilan Yağiz yang luar biasa di kejohanan itu membuat FIDE memutuskan bagi mengkeruniakan gelaran International Master (IM) untuknya. Pada tahun yang sama, Yağiz memenangi Kejohanan Catur Cepat Belia Online.[9][10][11]

Dia menyertai beberapa kejohanan dan kem latihan pada tahun 2023. Yağiz menyertai Kem Chessable FIDE di Sepanyol dan kembali ke Serbia untuk bersemuka dengan penentang dahulunya di Kejohanan Catur Individual Eropah.[12][13] Pada April 2024, Yağiz menyertai Catur Terbuka Klasik Grenke. Dia mara ke robin round dan bersemuka dengan penentang terakhir yang harus ditewaskan, Arjun Erigaisi ahli catur India berumur 21 tahun.[14]

Yağiz kembali menampilkan bakatnya dengan hampir memaksa penentangnya itu ke dalam keadaan seri tetapi Arjun tidak mudah untuk ditaklukan. Selepas perlawanan itu, Persekutuan Catur Jerman menawarkan Yağiz kewarganegaraan dan scholarship apabila ia mahu berkhidmat sebagai ahli catur Jerman, tetapi kedua orang tuanya yaitu Gülsüm dan Selahattin Erdoğmuş pernah menolak tawaran itu mengatakan bahawa, “Sebagai ahli keluarganya, kami mahukan putera kami Yağız untuk sentiasa menyanyikan anthem kebangsaannya di kejohanan antarabangsa.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Yağız Kaan Erdoğmuş kimdir?". Haber7 (dalam bahasa Turki). 2020-07-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-07-31.
  2. ^ "Yağız Kaan Erdoğmuş Avrupa Şampiyonu!". www.tsf.org.tr (dalam bahasa Turki).
  3. ^ https://www.chess.com/news/view/2024-grenke-chess-classic-final
  4. ^ a b "Avrupa satranç şampiyonu Yağız Kaan Erdoğmuş'un hedefi, 'büyükusta' olmak - Spor Haberleri". Fanatik (dalam bahasa Turki). 2020-01-31.
  5. ^ a b "Offer made to Turkish chess player to compete for Germany - Türkiye News". Hürriyet Daily News (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-14.
  6. ^ "Turgay Erdem, 8 yaşındaki şampiyonu ağırladı". Nilüfer Belediyesi (dalam bahasa Turki).
  7. ^ "Turkish prodigy on way to becoming youngest chess grandmaster". www.aa.com.tr.
  8. ^ "Erdogmus, Yagiz Kaan". ratings.fide.com.
  9. ^ "Türkiye'nin En Genç IM'si Yağız Kaan Erdoğmuş". www.tsf.org.tr (dalam bahasa Turki).
  10. ^ "Erdogmus, Yagiz Kaan". ratings.fide.com.
  11. ^ "Türkiye'nin En Genç IM'si Yağız Kaan Erdoğmuş". www.tsf.org.tr (dalam bahasa Turki).
  12. ^ "Chessable Sunway Chess Festivals". www.sunwaychessfestival.com.
  13. ^ "12 yaşındaki Yağız ve 14 yaşındaki Ediz'in en genç "büyükusta" olma yarışı". www.trthaber.com (dalam bahasa Turki). 2023-03-11.
  14. ^ https://www.chess.com/news/view/2024-grenke-chess-classic-final

Pautan luar[sunting | sunting sumber]