Yaser Hamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yaser Hamed
Hamed membersamai Al-Qadsia pada tahun 2023
Maklumat peribadi
Nama penuh Yaser Mohammed Abdulrahman Hamed[1]
Nama lahir Yaser Hamed Mayor[3]
Tarikh lahir (1997-12-09) 9 Disember 1997 (umur 26)
Tempat lahir Leioa, Sepanyol[1]
Ketinggian 188 cm (6 ka 2 in)[2]
Posisi permainan Bek tengah
Kerjaya remaja
2007–2012 Athletico Bilbao
2012–2013 Romo
2013–2014 Itzubaltzeta
2014–2015 Romo
2015–2016 Arenas
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2016–2017 Gallarta ? (?)
2017–2018 Santurtzi 2 (0)
2018–2019 Leioa 1 (0)
2018–2020 Portugalete 50 (2)
2020–2021 Busaiteen ? (?)
2022 Al-Masry 8 (2)
2022–2023 Al-Rayyan 6 (0)
2023 Al Qadsia ? (?)
2023 NorthEast United 8 (0)
Pasukan kebangsaan
2019– Palestin 22 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 07:36, 22 Januari 2024 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 Jun 2022

Yaser Mohammed Abdulrahman Hamed (Arab: ياسر حامد; lahir 9 Disember 1997) ialah seorang pemain bola sepak profesional yang bermain dalam barisan sebagai bek tengah. Dilahirkan di Sepanyol dan mempunyai darah Basque dari ibunya, ia mewakili pasukan kebangsaan Palestin.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Hamed ialah putera kedua daripada kelima bersaudara yang lahir dari ayah Palestin dan ibu dari etnik Basque.[4][5] Semasa kecil, Hamed telah berlatih di akademi bola sepak popular khas bagi orang-orang Basque dan zuriat mereka sahaja, akademi Athletico Bilbao pada saat berusia 10 tahun.

Saat berusia 15 tahun, Hamed telah menyelesaikan latihan belianya dan memulakan kerjaya seniornya dengan bermain di divisyen keempat dan ketiga bola sepak Sepanyol. Hamed menyertai CD Santurtzi, SD Leioa, dan Club Portugalete.[6][7] Pada musim perlawanan Divisyen Tercera 2018-19 bersama dengan Portugalete, Hamed berjaya memenangi liga tetapi gagal mendapat kenaikan kelayakan selepas ditewaskan penentang mereka dalam pusingan play-off.

Pada perlawanan musim selepasnya, Hamed berjaya menghantarkan Portugaleta ke Divisyen Segunda; tetapi Hamed tidak menyertai kelab tempatan wilayah Basque itu pada perlawanan musim selanjutnya. Ia menyampaikan salam perpisahannya dan merantau dari tanah kelahirannya menuju Mesir.[perlu rujukan]

Pada bulan Januari 2022, Hamed telah bermain di puncak divisyen kelab bola sepak pada tempat ia bermastautin, Liga Perdana Mesir. Dia menandatangani kontrak selama 2,5 tahun bersama Al Masry.[8] Dia menjaringkan gol perdana di divisyen puncak pada 20 Februari dalam perlawanan yang menewaskan penentang TP Mazembe dengan mata 2–0.[9]

Pada bulan Ogos, Hamed berpindah ke Al-Rayyan yang mana di kelab itu, ia menjadi rakan dari beberapa pemain terkenal seperti James Rodríguez.[10] Perlawanan liga belum berakhir, Hamed sudah menyertai kelab lain. Pada 21 Ogos 2023, ia membersamai NorthEast United dalam perlawanan Liga Super India.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Templat:GSA player
  2. ^ "FIFA Arab Cup Qatar 2021: List of players: Palestine" (PDF). FIFA. 4 Disember 2021. m/s. 10. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 20 Mac 2023. Dicapai pada 12 Disember 2022.
  3. ^ (Inggeris) Profil Yaser Hamed di National-Football-Teams.com
  4. ^ "Yaser Hamed Mayor commits to Palestine" (dalam bahasa Inggeris). Football Palestine. 11 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2020. Dicapai pada 18 September 2019.
  5. ^ Yaser Hamed, desde Portugalete a Ramala Diarkibkan 7 April 2023 di Wayback Machine [Yaser Hamed, from Portugalete to Ramallah], El Desmarque (in Spanish), 8 March 2020
  6. ^ Yaser Hamed Diarkibkan 2 Ogos 2019 di Wayback Machine, Athletic Bilbao
  7. ^ Juega en Tercera División y ya es internacional con Palestina: la historia de Yaser Hamed Diarkibkan 2 Ogos 2019 di Wayback Machine [He plays in the Third Division and is now an international with Palestine: the story of Yaser Hamed], Diario AS (in Spanish) 6 June 2019
  8. ^ "لعب في الدوري الإسباني.. من هو ياسر حامد صفقة المصري الجديدة؟". اليوم السابع. 16 Januari 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2023. Dicapai pada 21 Ogos 2023.
  9. ^ "المصري يضرب مازيمبي بثنائية في كأس الكونفدرالية". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2022. Dicapai pada 3 Mac 2022.
  10. ^ Ali, Ahmad Gamal (1 Ogos 2022). "OFFICIAL: Ex-Al Masry defender Yaser Hamed joins Qatar's Al-Rayyan". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Ogos 2023. Dicapai pada 18 Januari 2023.