FIFA
| Maklumat am | |
|---|---|
| Kependekan | FIFA |
| Cogan kata | For the Game. For the World. |
| Jenis/bentuk sah | Metaorganization, persekutuan bola sepak, badan induk sukan antarabangsa, pertubuhan bukan untung |
| Anggota bagi | Persatuan Global Persekutuan Sukan Antarabangsa, Persatuan Persekutuan Antarabangsa Sukan Olimpik Musim Panas, Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa, International Federation of Television Archives |
| Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Sepanyol |
| Tapak web | FIFA.com |
| Pautan berkaitan | |
| Sejarah | |
| Ditubuhkan | 21 Mei 1904 |
| Pengurusan | |
| Pengerusi | Gianni Infantino |
| Setiausaha agung | Mattias Grafstrom |
| Anak syarikat/subsidiari | CONCACAF, UEFA, CONMEBOL, Konfederasi Bola Sepak Afrika, Konfederasi Bola Sepak Asia, Konfederasi Bola Sepak Oceania |
| Anugerah | |
| |
| Lokasi | |
| Ibu pejabat | Zürich |
| Lokasi | |
| Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa atau Fédération Internationale de Football Association[a] (FIFA)[b] (har. International Association Football Federation[3]) ialah badan pengawal selia kendiri antarabangsa bagi bola sepak, bola sepak pantai, dan futsal. Ia diasaskan pada 21 Mei 1904 untuk menyelia persaingan antarabangsa antara persatuan kebangsaan Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Belanda, Sepanyol, Sweden, dan Switzerland. Ibu pejabat persatuan ini terletak di Zurich, Switzerland. Keahliannya kini terdiri daripada 211 persatuan kebangsaan. Persatuan kebangsaan ini juga mesti menjadi ahli salah satu daripada enam konfederasi serantau: CAF (Afrika), AFC (Asia), UEFA (Eropah), CONCACAF (Amerika Utara & Tengah dan Caribbean), OFC (Oceania), dan CONMEBOL (Amerika Selatan).
FIFA ialah badan pengelola sukan yang menganjurkan acara bola sepak di seluruh dunia. FIFA menggariskan beberapa objektif dalam statut organisasinya, termasuk mengembangkan bola sepak di peringkat antarabangsa, memastikan ia boleh diakses oleh semua orang, dan menyokong integriti serta permainan adil.[4] Persatuan ini bertanggungjawab untuk menganjurkan dan mempromosikan kejohanan antarabangsa utama bola sepak, terutamanya Piala Dunia yang bermula pada tahun 1930, dan Piala Dunia Wanita yang bermula pada tahun 1991. Walaupun FIFA tidak menetapkan undang-undang permainan secara eksklusif yang merupakan tanggungjawab Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa yang mana FIFA adalah anggotanya, ia menguatkuasakan peraturan tersebut dalam semua pertandingan FIFA.[5] Kesemua pertandinga FIFA menjana pendapatan daripada penajaan; pada 2022, FIFA menjana lebih $5.8 bilion dolar US dan mengakhiri musim 2019–2022 dengan keuntungan bersih $1.2 bilion dan dan rizab tunai lebih daripada $3.9 bilion.[6]
Presiden FIFA
[sunting | sunting sumber]| No | Nama | Negara | Mengambil alih jawatan | Tinggalkan jawatan | Nota |
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Robert Guérin | 23 Mei 1904 | 4 Jun 1906 | ||
| 2 | Daniel Burley Woolfall | 4 Jun 1906 | 24 Oktober 1918 | Meninggal dunia semasa menjawat jawatan | |
| — | Cornelis August Wilhelm Hirschman | 24 Oktober 1918 | 1920 | Sementara | |
| 3 | Jules Rimet | 1 Mac 1921 | 21 Jun 1954 | ||
| 4 | Rodolphe Seeldrayers | 21 Jun 1954 | 7 Oktober 1955 | Meninggal dunia semasa menjawat jawatan | |
| 5 | Arthur Drewry | 9 Jun 1956 | 25 Mac 1961 | Meninggal dunia semasa menjawat jawatan | |
| — | Ernst Thommen | 25 Mac 1961 | 28 September 1961 | Sementara | |
| 6 | Stanley Rous | 28 September 1961 | 8 Mei 1974 | ||
| 7 | João Havelange | 8 Mei 1974 | 8 Jun 1998 | ||
| 8 | Sepp Blatter | 8 June 1998 | 8 October 2015 | Dilucutkan | |
| — | Issa Hayatou | 8 Oktober 2015 | 26 Februari 2016 | Acting | |
| 9 | Gianni Infantino | 26 Februari 2016 | Incumbent |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ FIFA. "Condiciones generales de servicio de FIFA extranet - FIFA Extranet". FIFA Extranet. Dicapai pada 15 December 2015.
- ^ L12462 (4 August 2011). Subchefia para Assuntos Jurídicos. Presidência da República Casa Civil.
- ^ Joining forces to protect integrity International Olympic Committee, 12 July 2022
- ^ "FIFA Statutes". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2015. Dicapai pada 10 July 2019.
- ^ "About FIFA: Organisation". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2015. Dicapai pada 10 July 2019.
- ^ "2022 Financial Highlights". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. Dicapai pada 7 April 2023.
Bacaan tambahan
[sunting | sunting sumber]- Paul Darby, Africa, Football and Fifa: Politics, Colonialism and Resistance (Sport in the Global Society), Penerbitan Frank Cass 2002, ISBN 0-7146-8029-X
- John Sugden, FIFA and the Contest For World Football, Percetakan Polity 1998, ISBN 0-7456-1661-5
- Women's Soccer: The Game and the Fifa World Cup, edisi Jim Trecker Charles Miers, Universe 2000, Edisi Semakan, ISBN 0-7893-0527-5
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan
