Yasser Ahmed Al-Namrouti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yasser Ahmed Al-Namrouti (Abu Muadh) (Dalam Bahasa Arab: ياسر احمد النمروطي (ابو معاذ)) merupakan seorang Mujahidin dan salah seorang komander Briged Izzuddin Al-Qassam yang paling terawal dalam generasi pertama Briged Izzuddin Al-Qassam di Semenanjung Gaza. Beliau syahid dalam satu serangan yang berlaku di Kejiranan al Zaytoun ketika tentera israel mencari beliau di kejiranan al-Zaytoun.

Yasser Ahmed Al-Namrouti

ياسر احمد النمروطي
Kelahiran1964
Meninggal dunia15 Julai 1992
Sebab kematianDibunuh
WarganegaraPalestine
Nama lainAbu Muadz
PekerjaanKomander
OrganisasiBriged Izzuddin Al-Qassam
Gerakan politikHamas

Kelahiran dan didikan[sunting | sunting sumber]

Yasser Ahmed al-Namrouti (Abu Muaz) dilahirkan di Khan Yunis, Semenanjung Gaza pada tahun 1964, tiga tahun sebelum kekalahan Arab ke atas Israel pada tahun 1967. Beliau merupakan seorang yang sangat cergas dan cemerlang dalam pelajaran. Beliau menghabiskan selalu menghabiskan waktu di Masjid Imam Al-Shafie di Khan Yunis dengan membaca Tafsir Al-Quran dan Hadis.