Yayasan Aminuddin Baki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Yayasan Aminuddin Baki (YAB) ditubuhkan pada tahun 1972 dengan menyediakan matlamat meneruskan perjuangan Aminuddin Baki. Yayasan Aminuddin Baki ditubuhkan oleh kawan-kawan beliau.

Kini pejabat Yayasan Aminuddin Baki teretak di Kompleks Damai, Jalan Pekeliling iaitu berhampiran dengan Hotel Vistana dan stesen bas Pekeliling. Fokus utama Yayasan ialah membantu anak Melayu dalam dunia pendidikan.

Yayasan Aminuddin Baki kini mempunyai pusat tuisyen iaitu Pusat Tuisyen Kenangan yang beroperasi di bangunannya. Di samping itu, Yayasan aktif melaksanakan kerjasama dengan sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur dalam melaksanakan perkhemahan pelajar, program motivasi, program pendidikan kreatif dan program-program yang diminta oleh pihak sekolah.

Selain itu juga Yayasan Aminuddin Baki turut aktif dalam penerbitan buku sejarah dan biografi.

Ahli Lembaga Pengarah terkini ialah

  1. Tan Sri Desa Pachi
  2. Encik Azizan
  3. Encik Daruis
  4. Dato' Omar
  5. Tuan Haji Salim
  6. Encik Hasni

Alamat[sunting | sunting sumber]

Yayasan Aminuddin Baki
No. 79 Kompleks Damai,
Jalan Datuk Haji Eusoff
50400 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Tel: 603-40439927
Faks: 603-40420145

Pautan luar[sunting | sunting sumber]