Yayasan Pembangunan Buku Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo yang diguna pakai oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN)

Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) berperanan memajukan industri buku dan membina masyarakat berilmu melalui buku sama ada bercetak atau digital (e-book). YPBN ditubuhkan untuk memartabat dan memajukan industri buku dan e-buku di Malaysia.

Setiap tahun pelbagai majlis penganugerahan dianjurkan dan yang paling banyak adalah daripada industri muzik dan hiburan. Amat kurang sekali atau jarang sekali anugerah diberikan kepada warga pengerak industri pembukuan negara.

Anugerah Buku Negara[sunting | sunting sumber]

Anugerah Buku Negara (ABN) dianjurkan bagi mengiktiraf warga kerja industri perbukuan di Malaysia. Bermula tahun 2005, ABN yang pertama kali dianjurkan menobatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai Tokoh Buku Negara.[1]

Anugerah Buku Negara 2005-2016 berjaya melepasi pelbagai rintangan dan cabaran dalam usaha memberi pengiktirafan kepada industri buku negara. Walaupun idea untuk mengasaskan Anugerah Buku Negara bermula sejak tahun 1990 lagi tetapi mendapat pelbagai rintangan dan tentangan dari pihak pemain industri sendiri yang lebih bersikap protektif kepada persatuan masing-masing sehingga mengasingkan semangat profesionalisme atas sebab menjaga kepentingan masing-masing.[2]

Penganjuran ABN menepati Dasar Buku Negara yang mengalakkan mana-mana pihak menganjurkan anugerah atau skim galakan bagi mengikitraf pengiat industri perbukuan negara.

Dari aspek pembangunan ABN, tiga fasa utama telah dan sedang dilalui.

  1. 2005–2010 Fasa Pembinaan Membina keyakinan masyarakat industri perbukuan serta meletakan ABN sebagai jenama dan standard dalam industri. Sebagai permulaan hanya 10 anugerah diperkenalkan.
  2. 2011–2014 Fasa Pembangunan Atas penyertaan yang meningkat setiap tahun dan keterujaan pemain industri, ABN memperkenalkan dua kategori utama, iaitu Anugerah Perdana dan Anugerah Industri. Lebih 40 anugerah disediakan mengikut kesesuaian dan penyertaan dari penggiat industri buku.
  3. 2015–2020 Fasa Pengukuhan Beberapa kategori baru diperkenalkan, iaitu Anugerah Pengajian Tinggi, Anugerah Telenovela dan Anugerah Buku ASEAN. Ketiga-tiga kategori ini perlu diperkenalkan kerana tuntutan semasa.

Anugerah Buku Negara 2017 bakal berlangsung di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur pada 30 April 2018 dalam dua sesia iaitu sesi pertama pada pukul 2:00 - 5:30 petang dan sesi ke-2 pada jam 8:00 - 11:30 malam.

Penganjuran ABN mencadangkan empat kategori induk anugerah yang bakal diberikan bagi tahun 2017[3]

Senarai Kategori Anugerah Perdana[sunting | sunting sumber]

(i) Tokoh Buku Negara

(ii) Tokoh Penerbit Negara

Senarai Kategori Anugerah Pengajian Tinggi[sunting | sunting sumber]

(i) Buku Sains dan Teknologi Terbaik

(ii) Buku Sains Sosial Terbaik

(iii) Buku Sains Politik Terbaik

(iv) Buku Seni dan Kreativiti Terbaik

(v) Buku Terjemahan Terbaik

(vi) Buku Biografi Terbaik

(vii) Buku Islamik Terbaik

(viii) Buku Perubatan Terbaik

(ix) Buku Matematik terbaik

(x) Buku Ilmiah Popular

Senarai Kategori Anugerah Industri Buku[sunting | sunting sumber]

(i) Buku Kanak-Kanak Terbaik

(ii) Buku Remaja Terbaik

(iii) Buku Umum Terbaik (Mengikut bidang)

(iv) Buku Mewah Terbaik

(v) Naskhah Jilid Terbaik

(vi) Judul Terlaris

(vii) Novel Terbaik

(viii) Novelis Terbaik

(ix) Novelis Prolifik

(x) Novelis Harapan

(xi) Penerbit Buku Bahasa Cina Terbaik

(xii) Penerbit Buku Bahasa Tamil Terbaik

(xiii) Illustrator Terbaik

(xiv) Editor Terbaik

(xv) Rangkaian Kedai Buku Terbaik

(xvi) Buku Keusahawanan Terbaik

Akademi Buku Malaysia[2][sunting | sunting sumber]

Pembentukan Akademi Buku Malaysia telah dilancarkan oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada 29 Februari 2008 dengan falsafah Masyarakat Berilmu Negara Maju.

Akademi ini berperanan sebagai pembekal maklumat pintar kepada pengguna tempatan dan antarabangsa. Dengan penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan secara berterusan akan menjadikan Malaysia pusat pengeluaran buku dan bahan multimedia yang unggul.

Selain itu, akademi ini juga akan menganjurkan pelbagai program latihan secara intensif. Dari itu akan dapat dilahirkan pengarang dan penerbit yang berwibawa bagi menghasilkan penerbitan yang berkualiti tinggi.

Objektif bagi penubuhan Akademi Buku Malaysia adalah bertujuan untuk;

1) Mendedahkan penulis dengan kaedah dan teknik ­penulisan yang berkesan dan melahirkan karyawan yang ideal dan terserlah dalam industri perbukuan negara.

2) Menyediakan tenaga kerja yang terlatih dan profesional dalam industri penerbitan buku negara.

3) Membangunkan modal insan yang cemerlang melalui industri buku yang maju serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.

4) Meningkatkan keupayaan negara dalam produktiviti penerbitan buku sesuai dengan negara maju menjelang tahun 2020.

Anugerah Telenovela[sunting | sunting sumber]

Perkembangan dunia seni digital dan perkembangan teknologi bukan sahaja menyaksikan produksi layar perak dengan idea sendiri malah mengangkat naskhah percetakan sebagai sebahagian daripada kandungan. Menterjemah manuskrip buku kepada telemovie, filem dan drama berepisod di televisyen sudah menjadi fenomena masa kini.[1] Anugerah Telenovela adalah merupakan pengiktirafan kepada penulis, penerbit dan warga kerja industri kreatif yang berjaya menterjemah kandungan buku terutama novel kepada layar perak atau diterbitkan dalam bentuk audio dan visual.

Senarai Kategori Anugerah Telenovela[sunting | sunting sumber]

  1. Novel Popular*
  2. Telenovela Popular*
  3. Pelakon Lelaki Popular*
  4. Pelakon Wanita Popular*
  5. Novelis Terbaik
  6. Novel Terbaik
  7. Telenovela Terbaik
  8. Pelakon Lelaki Terbaik
  9. Pelakon Wanita Terbaik
  10. Pengarah Terbaik
  11. Penulis Skrip Terbaik
  12. Penerbit Novel Terbaik
  13. Penerbit Telenovela Terbaik
  14. Lagu Tema Terbaik
  15. Tokoh Book2Screen (Tokoh Telenovela)*
  16. Pelakon Baru Lelaki Paling Popular
  17. Pelakon Baru Wanita Paling Popular
  18. Novel Adaptasi Terbaik

*5 Hadiah Khas Juri

Anugerah Telenovela 2015 adalah yang pertama diadakan pada 14-18 Disember 2016.

Anugerah Telenovela 2017 bakal diadakan pada 28 Julai 2018.

Anugerah Buku ASEAN[sunting | sunting sumber]

Selain daripada “SEA Write” tiada lagi penganugerahan bersifat serantau dalam kalangan anggota ASEAN. Anugerah Buku ASEAN merupakan titik tolak mengiktiraf warga kerja industri perbukuan serantau.

Senarai penerima anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Buku Negara[sunting | sunting sumber]

Senarai Penerima Anugerah Buku Negara 2005[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Perdana
  1. Tokoh Buku Negara: Tun Dr. Mahathir Mohamad.[1]

Senarai penerima Anugerah Buku Negara 2013[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Perdana
  1. Anugerah Pengarang Diraja - Raja Zarith Sofiah Sultan Idris (On Common Ground: A Collection of Articles.)
  2. Anugerah Perdana Tun Sri Lanang (Tokoh Buku Akademik) - Prof. Datuk Dr. Latif Abu Bakar (Sulatus Salatin: Sejarah Melayu Empayar Kesultanan Melayu Melaka.)
  3. Tokoh Industri Buku Negara - Pengarah Urusan, Sasbadi Sdn Bhd, Law King Hui
  4. Penerbit Best Seller - Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd.
  5. Anugerah Perdana Za'ba (Tokoh Pengarang) - Datuk A. Kadir Jasin.
  6. Anugerah Perdana Za'ba (Tokoh Penulis) - Dr. Jeniri Amir.
  7. Tokoh Penerbit Muda - Pengarah Urusan Karyaseni Sdn. Bhd., Datuk Wan Mohd. Muzri Ramli.
  8. Tokoh Kartunis Negara - Zainal Buang Hussien.[4]
  9. Penerbit Universiti Awam - Penerbit Universiti Sains Malaysia.
  10. Anugerah Perdana Aminuddin Baki (Penerbit Institusi /Agensi Kerajaan) - Dewan Bahasa dan Pustaka.
  11. Kategori Pusat Pengajian - Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  12. Kedai Buku Terbaik - MPH Bookstores.
  13. Penganjur Cemerlang - Majlis Buku Kebangsaan Malaysia; Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
  14. Buku Mewah Terbaik - Terbitan Khas Tuanku Canselor UMT Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.
  15. Kategori Buku Korporat - UDA 40 Tahun: Kisah Pembangunan Semula Bandar.
  16. Kategori Buku Warisan Sejarah - Adat Istihadat Kesultanan Johor Moden 1855 - 2012.
  17. Kategori Buku Penyelidikan - FRIM Warisan Kebangsaan.
  18. Kategori Buku Akademik - Sulalatus Salatin: Sejaraj Melayu Empayar Kesultanan Melayu Melaka.
  19. Kategori Buku Tamadun - Sumber Historigrafi Di Alam Melayu: Koleksi Peribadi John Bastin.
  20. Kategori Buku Sejarah - Langkasuka Negara Melayu Pertama.[5]

Pada majlis itu, Sultanah Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dinobat sebagai penerima Anugerah Pengarang Diraja menerusi buku bertajuk On Common Ground yang merupakan himpunan artikel baginda.[6]

Senarai penerima Anugerah Buku Negara 2015[sunting | sunting sumber]

ABN 2015 telah diadakan pada 25-26 November 2015

  • Anugerah Buku Umum
  1. Kategori Sastera: Jasni Matlani
  2. Kategori Puisi: Wan Ahmad Ismail
  3. Kategori Seni Kraf: Seni Tembikar. Penerbit: Universiti Sains Malaysia (USM).
  4. Kategori Suntingan: Koleksi Peribahasa China Terindah. Penerbit: Universiti Sains Malaysia (USM)[7]

Senarai penerima Anugerah Buku Negara 2017[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Perdana
  1. Anugerah Pemikir Politik: Negara Maslahah Dalam Konteks Malaysia, Penulis: Yang berbahagia Tan Sri Datuk Seri Dr. Alies Anor Abdul, Penerbit: UTM Press dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)[8]
  2. Anugerah Penerbit Novel Bestseller: Penerbitan KaryaSeni.[9]
  • Anugerah Buku Umum
  1. Buku Popular: #99KataKataFattahAmin, penulis Abdul Fattah Bin Mohd Amin. Penerbit: Idea Kreatif Publication Sdn Bhd.

    Fattah telah membawa pulang anugerah bagi kategori Buku Popular menerusi buku kontroversinya #99KataKataFattahAmin. Biarpun pernah mendapat kecaman hebat sewaktu buku itu diterbitkan, ternyata buku itu telah menjadi antara buku yang terlaris di kedai-kedai buku.[10] Cetakan pertama buku tersebut sebanyak 5,000 cetakan habis terjual dalam masa 10 hari.[11]

  • Anugerah Pengajian Tinggi
  1. Buku Sains dan Teknologi Terbaik: Pengaturcaraan Berstruktur Menggunakan C++, karya Dayang Norhayati Abang Jawawi, Radziah Mohamad, Noraniah Mohd. Yassin, Norazah Yusof dan Zalmiyah Zakaria. Penerbitan: UTM Press.[8]
  • Anugerah Industri Buku Negara
  1. Naskhah Jilid Terbaik: The Coronation of HRH Sultan Ibrahim of Johor, karya Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim Ramli. Penerbitan: UTM Press.[8]
  2. Buku Keusahawan Terbaik: Keusahawanan dan Mengurus Sumber Prestasi Manusia, karya Prof Dr Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun. Penerbitan: Penerbit UKM

Senarai penerima Anugerah Buku Negara 2018[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Buku Umum
  1. Kategori Sains Sosial: Transformasi Inovasi Sosial Komunikasi Nelayan, suntingan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Hj. Mokhtar bersama-sama Dr. Noorhaslinda Kulub Abd Rashid dan Dr. Zaleha Mohamad. Penerbitan: UMT.
  2. Kategori Penyelidikan: Repositori Kelulut Indo-Malaya Sekayu, penulis: Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri Abd Razak & Mokhtar Ishak. Penerbit: UMT.
  3. Kategori Pelancongan: Beautiful Terengganu, karya YH Dato’ Prof. Madya Noraien Mansor. Penerbit: UMT.[12]
  • Anugerah Industri Buku
  1. Novel Terbaik (Novel psikotriller dan aksi cinta): Aku Lelakimu karya Sara Aisha. Penerbit: KaryaSeni.[13]
  2. Novelis Popular Terbaik: Anjell
  3. Novel Terlaris: Alpha Male karya Anjell. Penerbit: KaryaSeni.[14]

Anugerah Telenovela[sunting | sunting sumber]

Senarai Penerima Anugerah Telenovela 2015[sunting | sunting sumber]

Senarai 5 Calon Teratas Anugerah Telenovela 2015[15]

Anugerah Judul Penulis Penerbit Penerima
01. NOVEL POPULAR Novel: Hati Perempuan Nur Ain Al-Abbas Penulisan2u Enterprise
02. NOVEL ADAPTASI TERBAIK Novel: Fajar di Bukhara Marini Mat Zain October Love
03. PENULIS SKRIP TERBAIK Telenovela: Teman Lelaki Upahan Primeworks Studios Mufid Shuhaimi
04. PELAKON BARU PALING POPULAR (LELAKI) Telenovela: Hello Mr. Perfect A Aida Production Sdn. Bhd. Fattah Amin
05. PELAKON BARU PALING POPULAR (WANITA) Telenovela: Cik Bunga Encik Sombong Global Station Sdn. Bhd. Amyra Rosli
06. PELAKON WANITA TERBAIK Telenovela: Tuan Anas Mikail Pena Creative Pictures Sdn. Bhd Zaara Zya
07. PELAKON WANITA POPULAR Telenovela: Hati Perempuan Creative Skill Solution Mia Ahmad
08. TELENOVELA POPULAR Telenovela: Dalam Iradatmu Maizura Mohd Ederis, Zuli Ismail, Eja Lorena Global Station Sdn. Bhd.
09. PENERBIT NOVEL TERBAIK Novel: Love U Mr. Arrogant Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd.
10. PENCAPAIAN ANAK SENI SEPANJANG HAYAT Datuk Malek Radzuan Sabirin
11. NOVEL TERBAIK Novel: Cucur Bawang & Kopi ‘O’ Hasrudi Jawawi Buku Prima, Karangkraf
12. NOVELIS TERBAIK Novel: Suami Sebelah Rumah Ana Sofiya Penerbitan Fajar Pakeer Ana Sofiya
13. PENGARAH TELENOVELA TERBAIK Telenovela: Tuan Anas Mikail Pena Creative Pictures Sdn. Bhd. Raja Ahmad Alauddin Raja Ahmad Redzuan
14. PELAKON LELAKI TERBAIK Telenovela: Tuan Anas Mikail Pena Creative Pictures Sdn. Bhd. Aaron Aziz
15. PELAKON LELAKI POPULAR Telenovela: Hati Perempuan Creative Skill Solution Syarul Ridzwan
16. TELENOVELA TERBAIK Telenovela: Teman Lelaki Upahan Mufid Shuhaimi Primeworks Studios
17. PENERBIT TELENOVELA TERBAIK Telenovela: Tuan Anas Mikail Pena Creative Pictures Sdn. Bhd.
18. TOKOH BOOK2SCREEN

Senarai Penerima Anugerah Telenovela 2017[sunting | sunting sumber]

Senarai Calon Anugerah Telenovela 2017[16]

Senarai 10 Calon Teratas Anugerah Telenovela 2017[17]

Senarai Penerima Anugerah Telenovela 2018[sunting | sunting sumber]

1. Kategori Popular

Novel Popular - Wanita Terindah

Telenovela Popular - Hero Seorang Cinderella

Telefilem/Filem Popular - Wanita Terindah

Pelakon Lelaki Telenovela Popular - Fattah Amin

Pelakon Wanita Telenovela Popular - Nur Fazura

Pelakon Lelaki Telefilem/Filem Popular - Fattah Amin

Pelakon Wanita Telefilem/Filem Popular - Nur Fazura

2. Kategori Terbaik

Novel Adaptasi Terbaik - Dia (Terbitan Karyaseni Sdn Bhd)

Novelis Terbaik - Syamnuriezmil (Perempuan Paling Bahagia)

Novel Terbaik - Perempuan Paling Bahagia

Telenovela Terbaik - Mandatori

Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik - Aeril Zafrel

Pelakon Wanita Telenovela Terbaik - Siti Saleha

Pengarah Telenovela Terbaik - Razaisyam Rashid

Penulis Skrip Telenovela Terbaik - Alfie Palermo, Yasmin Yaacob, Na’a Murad, Khairul Nizam Ablah, Ashraf Zain, Shamaine Othman, Adib Zaini dan Aziz Salim

Penerbit Novel Terbaik  - Terbitan Karyaseni Sdn Bhd

Lagu Tema Telenovela Terbaik - Bahagia Kasihmu (Ippo Hafiz)

Filem Terbaik - Tombirou: Penunggu Rimba

Pelakon Lelaki Filem Terbaik - Jalil Hamid

Pelakon Wanita Filem Terbaik - Izara Aishah

Pengarah Filem Terbaik - Seth Larney

Penulis Skrip Filem Terbaik - Yasmin Yaakob & Choong Chi Ren

Lagu OST Filem Terbaik - Ribut Hati (Aina, Tombirou: Penunggu Rimba)

Telefilem Terbaik - Srengenge

Pengarah Telefilem Terbaik - Mahuddin Ibrahim

Penulis Skrip Telefilem Terbaik - Wan Mahani Wan Hassan

Pelakon Kanak-Kanak Telenovela Terbaik - Nik Adam Mika

Pelakon Kanak-Kanak Filem Terbaik - Mohd Arif Abdullah (Jibam)

Pelakon Kanak-Kanak Telefilem Terbaik - Zara Sophia

Pelakon Veteran Filem Terbaik - Bohari Ibrahim

Lakonan Sokongan Mantap - Zarynn Min

Pelakon Serba Dinamik dan Komited - Emma Maembong

Stesen Penyiar Telenovela Prolifik - Astro

Penerbit Telenovela Prolifik - Global Station

Peneraju Penulisan Skrip Adaptasi Novel ke Telenovela - Rozie Ashid

3. Anugerah Khas

Primadona Telenovela - Fauziah Datuk Ahmad Daud

Seniman Lagenda - Datuk Abdul Rahim Mohd Razali

Tokoh Seniman - Othman Hafsham

Tokoh Seniwati - Datuk Rosnani Jamil

Tokoh Industri Kreatif - Bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Datuk Kamil Othman[18]

Anugerah Buku ASEAN[sunting | sunting sumber]

Senarai penerima Anugerah Buku ASEAN

Rujukan[sunting | sunting sumber]

*Semua rujukan telah diarkibkan di web.archive.org