Yi Sun-sin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yi Sun-shin (Hangul이순신; Hanja李舜臣; 28 April 1545 – 16 Disember 1598) ialah seorang komander tentera laut Korea, yang terkenal bagi kemenangannya terhadap tentera laut Jepun semasa Perang Imjin semasa Dinasti Joseon, dan amat dihormati kerana kemurnian tingkah-lakunya semasa dalam atau di luar medan pertempuran bukan hanya oleh orang Korea, malah oleh laksamana-laksamana Jepun juga.[1] Sejarahwan telah membandingkan kebijaksanaan tentera lautnya dengan Laksamana Laksamana Horatio Nelson.[2] Gelarannya Samdo Sugun Tongjesa (삼도수군통제사; 三道水軍統制使), secara harfiah bererti "Komander tentera laut bagi Tiga Jajahan," merupakan gelaran tentera laut Korea sehingga 1896.

Kemungkinannya pencapaian ketenteraannya yang paling menakjubkan berlaku semasa Pertempuran Myeongnyang. Diatasi 333 kapal berbanding 13, dan dipaksa pada kedudukan pertahanan terakhir dengan hanya armada kecilnya yang berada antara Tentera Jepun dan Seoul, Yi mengenakan salah satu kekalahan yang mengejutkan dalam sejarah ketenteraan.

Sungguhpun tidak pernah menerima latihan tentera laut atau terbabit dalam pertempuran laut sebelum perang, dan sentiasa diatasi dari segi bilangan dan perbekalan, beliau mati sebagai beberapa orang laksamana dalam sejarah dunia yang kekal tidak kalah selepas memerintah sebegitu banyak pertempuran laut sebagaimana yang dilakukannya (sekurang-kurangnya 23).[3][4]

Yi mati dalam Pertempuran Noryang pada 16 Disember 1598. Ketika tentera Jepun hampir disingkirkan sepenuhnya dari Semenanjung Korea, beliau cedera yang membawa maut oleh peluru tunggal. Kata-kata terakhirnya yang terkenal ialah, "Pertempuran sedang memuncak...palukan gendang perang ku...jangan istiharkan kamatian ku."

Istana Diraja akhirnya menganugerahkan pelbagai gelaran penghormatan padanya, termasuk gelaran selepas kematian Chungmugong (충무공; 忠武公; Duke bagi Ketaatan dan Perperangan), kemasukan sebagai Seonmu Ildeung Gongsin (선무일등공신; 宣武一等功臣; gelaran penghormatan tentera kelas pertama semasa pemerintahan Seonjo), dan dua pangkat selepas kematian, Yeonguijeong (영의정; 領議政; Perdana Menteri), dan Deokpung Buwongun (덕풍부원군; 德豊府院君; Putera Istana dari Deokpung). Yi kekal sebagai wira yang di puja dikalangan orang Korea sehingga kini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hawley, Samuel (2005). The Imjin War, Japan's Sixteenth-Century Invasion of Korea and Attempt to Conquer China. Seoul: The Royal Asiatic Society, Korea Branch. m/s. 490. ISBN ISBN 89-954424-2-5 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  2. ^ The Influence of the Sea on The Political History of Japan (1921), Admiral George Alexander Ballard, ISBN 0-8371-5435-9
  3. ^ "Admiral Yi Sun-sin A brief overview of his life and achievements" Korean Spirit and Culture, Series I, Diamond Sutra Recitation Group.
  4. ^ Admiral Yi Sun-sin at Koreanhero.net
  • The Influence of the Sea on The Political History of Japan (1921) ISBN 0-8371-5435-9
  • War Diary (Nan Jung Il Gi), the autobiographical diary of Admiral Yi Sun-Sin
  • Choson Joong-Gi, Noon-Eu-Ro Bo-Nen Han-Gook-Yuk-Sa #7. Joong-Ang-Gyo-Yook-Yun-Goo-Won, Ltd. Copyright 1998.
  • Katano, Tsugio yi Sun Shin and Hideyoshi (1996)
  • Hawley, Samuel 2005 The Imjin War: Japan's Sixteenth-Century Invasion of Korea and Attempt to Conquer China. Republic of Korea and U.S.A.: Co-Published by The Royal Asiatic Society and The Institute of East Asian Studies, University of California, Berkeley.
  • Turnbull, Stephen. "Samurai Invasion: Japan's Korean War 1592-1598" (2002) Cassell & Co., London. ISBN 0-304-35948-3

Pautan luar[sunting | sunting sumber]