Yōko Nogiwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yoko Nogiwa
野際 陽子
Foto Yoko tahun 1963
Kelahiran(1936-01-24)24 Januari 1936
Meninggal dunia13 Jun 2017(2017-06-13) (umur 81)
Warganegara Jepun
Pekerjaan
Tahun aktif1958–2017
PasanganSonny Chiba (k. 1973; c. 1994)
Anak-anakJuri Manase

Yōko Nogiwa (Jepun: 野際 陽子, Hepburn: Nogiwa Yōko, Januari 24 1936  – 13 Jun 2017) ialah pelakon Jepun. Selama hampir 60 tahun lamanya, beliau melakonkan filem dari tahun 1958 hingga 2017.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Nogiwa lahir di Toyama, Toyama, dan membesar di Suginami, Tokyo sejak umur tiga tahun.[1] Beliau bergraduasi dari Universiti Rikkyo.[1]

Pada 1973, beliau berkahwin dengan Sonny Chiba, dan bersama-sama membintangi siri TV Key Hunter.[1] Beliau memiliki anak perempuan, Juri Manase, lahir 1975, dan turut menjadi pelakon kemudiannya.[1] Nogiwa dan Chiba bercerai pada 1994.

Nogiwa meninggal dunia akibat barah peparu pada 13 Jun 2017 pada umur 81 tahun.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e 野際陽子さん13日に亡くなる、81歳 [Yoko Nogiwa meninggal dunia pada 13 hari bulan pada usia 81 tahun]. Sports Hochi (dalam bahasa Jepun). The Hochi Shimbun. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2017. Dicapai pada 15 June 2017.
  2. ^ "Actress Yoko Nogiwa dies at 81 after three-year battle with cancer", The Japan Times, 13 June 2017

Pautan luar[sunting | sunting sumber]