Barah peparu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Barah peparu
Pengelasan dan sumber luaran
Keratan rentas paru-paru manusia. Kawasan putih dibahagian lobe atas adalah barah; kawasan hitam menunjukkan pesakit merupakan perokok.
ICD-10 C33.-C34.
ICD-9 162
P. Data Penyakit 7616
MedlinePlus 007194
eMedicine med/1333 med/1336 emerg/335 radio/807 radio/405 radio/406
MeSH D002283
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Barah peparu, juga dikenali sebagai karsinoma paru-pari atau karsinoma pulmonari, adalah tumor mengancam (malignant tumour) pada paru-paru. Ia bercirikan pertumbuhan sel luar kawal pada tisu paru-paru. Sekiranya dibiarkan tanpa dirawat, pertumbuhan ini mampu merebak di luar paru-paru melalui proses metastasis pada tisu berhampiran atau bahagian lain badan. Kebanyakan barah yang bermula pada paru-paru, dikenali sebagai barah paru-paru utama, adalah carcinomas yang terhasil dari sel epithelial. Jenis paling utama adalah karsinoma paru-paru sel kecil (" small-cell lung carcinoma - SCLC ") dan karsinoma paru-paru sel bukan kecil (" non-small-cell lung carcinoma - NSCLC "). Simptom paling biasa adalah batuk (termasuk batuk berdarah), kehilangan berat badan, nafas pendek, dan sakit dada.[1] Paling biasa adalah bronchogenic carcinoma (sekitar 90%). Barah paru-paru adalah tumor mengancam yang paling bahaya di seluruh dunia, menyebabkan sehingga 3 juta kematian setahun.


Sebahagian besar kes barah paru-paru (80–90%) adalah disebabkan oleh pendedahan jangka panjang pada merokok tembakau.[1][2] Sekitar 10–15% kes berlaku pada orang yang tidak pernah merokok.[3] Kes-kes ini sering kali disebabkan oleh gabungan faktor genetik.[4] dan pendedahan pada gas radon,[4] asbestos,[5] atau bentuk lain pencemaran udara,[4] termasuk asap terpakai ("second-hand smoke").[6][7] Barah paru-paru boleh dilihat pada radiograf dada dan imbasan computed tomography (CT) scans. Diagnosis disahkan melalui biopsy[8] yang biasanya dilakukan dengan penggunaan bronchoscopi atau panduan-CT.


Rawatan dan kesan jangka panjang biasanya bergantung pada jenis barah, tahap (tahap merebak), dan kesihatan keseluruhan seseorang, diukur melalui status prestasi> Rawatan biasa termasuk pembedahan, chemotherapy, dan rawatan radiasi radiotherapi. NSCLC kadang kala dirawat melalui pembedahan, manakala SCLC biasanya bertindak balas lebih baik pada chemotherapy dan radiotherapi.[9] Keseluruhan, 16.8% dari orang di Amerika Syarikat di diagnosis dengan barah paru-paru masih hidup lima tahus selepas diagnosis,[10] sementara kesan pada purata adalah lebih buruk di dunia membangun. Di seluruh dunia, barah par-paru merupakan punca paling biasa bagi kematian berkait barah pada lelaki dan perempuan, dan bertanggung jawab bagi 1.56 juta kematian setiap tahun, pada 2012.[11]

Tanda dan simptom[sunting | sunting sumber]

Tanda dan simptom yang ungkin mencadangkan barah paru-paru termasuk:[1] Tanda-tanda biasa termasuk:

  • batuk darah atau bahan paru-paru
  • batuk teruk yang kronik
  • nafas bersiul
  • sakit dada
  • kehilangan berat badan atau kehilangan selera makan
  • pendek nafas.

Sekiranya barah membesar pada laluan udara, ia mungkin menyekat aliran udara, menyebabkan kesukaran bernafas. Sekatan boleh mengakibatkan pengumpulan rembesan di belakang halangan, dan kecenderungan pada paru-paru berair.[1]

Bergantung pada jenis tumor, fenomena paraneoplastik—simptom yang tidak disebabakan oleh kehadiran barah tempatan—mungkin pada awalnya menarik perhatian pada penyakit tersebut.[12] Pada barah paru-paru, fenomena ini mungkin termasuk sindrom myasthenic Lambert–Eaton (kelemahan otot akibat masalah autoimmunisasi), hipercalcemia, atau syndrome of inappropriate antidiuretic hormone (SIADH, abnormally concentrated urine and diluted blood). Tumor pada puncak paru-paru, dikenali sebagai tumor Pancoast, mungkin menceroboh bahagian tempatan pada sistem saraf simpathetik, mendorong pada sindrom Horner (dropping of the eyelid and a small pupil on that side), termasuk juga kerosakan pada brachial plexus.[1]

Kebanyakan simptom barah paru-paru (hilang selera makan, hilang berat badan, demam, kelesuan) tidak khusus.[8] Bagi kebanyakan orang, barah telah pun merebak melampaui tapak asal menjelang masa mereka menunjukkan simptom dam mendapatkan rawatan perubatan.[13] Simptom mencadangkan kehadiran penyakit metastatik termasuk hilang berat badan, sakit tulang dan simptom neurologikal (sakit kepala, pitam, convulsions, atau lemah anggota).[1] Tapak biasa ia merebak termasuk otak, tulang, kelenjar adrenal, paru-paru bersebelahan, pericardium, dan buah pinggangs.[13] Sekitar 10% dari orang yang mengidap barah paru-paru tidak menunjukkan simptom ketika diagnosis; barah ini dijumpai secara tidak sengaja semasa radiografi dada biasa.[14]

Punca[sunting | sunting sumber]

Graf menunjukkan bagaimana peningkatan umum pada jualan barangan tembakau di USA pada empat abad pertama pada kurun ke- 20 (rokok bagi setiap orang setahun) mendorong pada peningkatan pantas kadar barah paru-paru semasa 1930s, '40-an dan '50-an (kematian barah paru-paru setiap 100,000 populasi lelaki setiap tahun)

Merokok[sunting | sunting sumber]

Keratan rintang paru-paru manusia: Bahagian putih di lobe atas adalah barah; bahagian hitam merupakan bertukar warna akibat merokok.

Merokok, terutamanya rokok, setakat ini merupakan penyumbang utama pada barah paru-paru.[15] Asap rokok mengandungi sekurang-kurangnya 73 karsinogen yang diketahui,[16] termasuk benzo[a]pyrene,[17] NNK, 1,3-butadiene dan a isotope radioaktif bagi polonium, polonium-210.[16] Sepanjang dunia membangun, 90% kematian barah paru-paru pada lelaki sepanjang tahun 2000 disandarkan pada merokok (70% bagi wanita).[18] Merokok merangkumi 80–90% kes barah paru-paru.[1]

Perokok pasif—menghidu asap dari asap rokok orang lain—merupakan punca barah paru-paru pada bukan perokok. Perokok pasif boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang duduk atau bekerja bersama perokok. Kajian dari US,[19][20][21] Europe[22] and the UK[23] secara berterusan menunjukkan peningkatan risiko ketara dikalangan mereka yang terdedah pada asap pasif.[24] Those who live with someone who smokes have a 20–30% increase in risk while those who work in an environment with secondhand smoke have a 16–19% increase in risk.[25] Penyiasatan pada asap aliran sisi (" sidestream smoke ") mencadangkan bahawa ia adalah lebih merbahaya berbanding perokok langsung.[26] Asap pasif menyebabkan sekitar 3,400 kematian akibat barah paru-paru setiap tahun di Amerika Syarikat.[21]

Asap marijuana mengandungi kebanyakan karsinogen yang sama sebagaimana yang terdapat dalam asap tembakau.[27] Bagaimanapun kesan merokok cannabis pada risiko barah paru-paru adalah tidak jelas.[28][29] Penilaian 2014 mendapati bahawa merokok cannabis menggandakan risiko barah paru-paru.[30]

Gas Radon[sunting | sunting sumber]

Radon adalah gas tanpa warna dan bau yang terhasil akibat penguraian radium radioaktif, yang sendiri merupakan hasil penguraian uranium, yang terdapat pada kerak Bumi. Hasil penguraian radiasi menghasilkan bahan genetik berion, menyebabkan mutasi yang kadang-kala menyebabkan barah. Radon merupakan punca kedua paling biasa penyebab barah paru-paru di Amerika Syarikat,[31] menyebabkan sekitar 21,000 kematian setiap tahun.[32] Risiko meningkat 8–16% bagi setiap 100 Bq/ peningkatan pada kepekatan radon.[33] Tahap gas Radon berbeza menurut keadaan tempatan dan komposisi tanah dan batu lapisan bawah. Sekitar satu dari 15 rumah di Amerika Syarikat memiliki tahap radon melebihi cadangan garis panduan bagi 4 picocurie setiap liter (pCi/l) (148 Bq/m³).[34]

Asbestos[sunting | sunting sumber]

Asbestos mampu menyebabkan pelbagai penyakit paru-paru, termasuk barah paru-paru. Merokok tembakau dan asbestos memiliki kesan sinergi synergistic pada pembentukan barah paru-paru.[5] Pada perokok bekerja dengan asbestos, risiko mendapat barah paru-paru meningkat 45-kali ganda berbanding populasi awam.[35] Asbestos turut mampu menyebabkan barah pleura, yang dikenali sebagai mesothelioma (yang berbeza berbanding barah paru-paru).[36]

Pencemaran udara[sunting | sunting sumber]

Pencemaran udara luar memiliki kesan kecil pada peningkatan risiko mendapat barah paru-paru.[4] Fine particulates (PM2.5) and sulfate aerosols, which may be released in traffic exhaust fumes, are associated with slightly increased risk.[4][37] Bagi nitrogen dioxide, peningkatan bertingkat 10 bahagian per sejuta meningkat risiko barah paru-paru sebanyak 14%.[38] Pencemaran udara luar dianggarkan bertanggungjawab bagi 1–2% barah paru-paru.[4]

Terdapat sedikit bukti yang menyokong peningkatan barah paru-paru akibat pencemaran udara dalaman berkait dengan membakar kayu, arang, najis atau sisa tanaman bagi memasak atau pemanasan.[39] Wanita yang terdedah pada asap arang batu dalaman memiliki dua ganda risiko dan sejumlah keluaran sampingan hasil pembakaran jisim bio diketahui atau disyaki sebagai karsinogen.[40] Risiko ini menjejaskan sekitar 2.4 bilion orang sejagat,[39] dan dipercayai bertanggung jawab bagi 1.5% kematian akibat barah paru-paru.[40]

Genetik[sunting | sunting sumber]

Sekitar 8% barah paru-paru disebabkan oleh faktor warisan.[41] Pada saudara pesakit barah paru-paru, risiko meningkat 2.4 ganda. Ini kemungkinannya disebabkan oleh gabungan gen.[42] Polymorphisms pada khromosome 5, 6 dan 15 diketahui sebagai menjejaskan risiko mengalami barah paru-paru.[43]

Punca lain[sunting | sunting sumber]

Pelbagai bahan lain, pekerjaan dan pendedahan persekitaran telah dikaitkan dengan barah paru-paru. Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Barah ("International Agency for Research on Cancer" - IARC) menyatakan bahawa terdapat "bukti mencukupi " bagi menunjukkan bahan berikut merupakan karsinogenik pada paru-paru:[44]

  • Sesetengah logam (hasilan aluminum, kadmium dan sebatian kadmium, sebatian khromium(VI), beryllium dan sebatian beryllium, besi dan logam asas ("founding"), sebatian nikel, arsenik dan sebatian arsenik bukan organik, lombong hematit bawah tanah)
  • Sesetengah hasil bagi pembakaran (pembakaran tidak sempurna, arang batu (keluaran dalam rumah hasil pembakaran arang batu rumah), penggasan arang batu, minyak tar-arang batu, penghasilan kok, jelaga, eksos enjin diesel)
  • Radiasi mengionkan (radiasi-X, radiasi gama, plutonium)

Pathogenesis[sunting | sunting sumber]

Warna palsu mikroskop pengimbas elektron bagi sel barah paru-paru membahagi.

Sama seperti baran yang lain, barah paru-paru dimulakan oleh pengaktifan onkogene atau nyahaktif gen pemendam tumor.[45] Bahan karsinogen menyebabkan mutasi pada gen ini yang mencetuskan perkembangan barah.[46]

Mutasi pada K-ras proto-oncogene adalah bertanggung jawab bagi 10–30% adenocarcinomas paru-paru.[47][48] About 4% of non-small-cell lung carcinomas involve an EML4-ALK tyrosine kinase fusion gene.[49]

Perubahan epigen—seperti perubahan pemetilan DNA , perubahan ekor histon, atau peraturan microRNA —mungkin mendorong pada nyahaktif gen penindas tumor.[50]

Penerima faktor pertumbuhan epidermis (epidermal growth factor receptor-EGFR) mengawal pertumbuhan sel, apoptosis, angiogenesis, dan serangan tumor. [47] Mutasi dan penguatan EGFR adalah biasa pada sel barah paru-paru bukan kecil-dan menyediakan asas bagi rawatan dengan penindas EGFR. HER2/neu jarang terjejas. [47] Gen lain yang sering bermutasi atau dikuatkan adalah c-MET, NKX2-1, LKB1, PIK3CA dan gen BRAF [47]

Lapik sel asal tidak difahami sepenuhnya.[1] Mekanisme ini mungkin melibatkan pengaktifan tidak normal sel tunjang. Di dalam saluran pernafasan proksimal, sel tunjang yang menggambarkan keratin 5 lebih berkemungkinan terjejas, biasanya membawa kepada sel skuamus karsinoma paru-paru. Di dalam saluran pernafasan pertengahan, sel tunjang terjejas termasuk sel kelab dan sel neuroepithelial yang menonjolkan uteroglobin-protein yang menghasilkan sel kelab. Sel kecil-carcinoma paru-paru boleh diperolehi dari lapisan sel ini [51] atau sel neuroendokrin, [1] dan boleh menonjolkan CD44.[51]

Metastasis barah paru-paru memerlukan peralihan dari epitelium kepada jenis sel mesenchyme. Ini boleh berlaku melalui pengaktifan isyarat laluan seperti Protein kinase B/GSK3B, MAPK/laluan ERK, Penerima Fas, dan Par6.[52]

Diagnosis[sunting | sunting sumber]

Imbasan CT menunjukkan tumor barah pada paru-paru kiri.



Barah peparu adalah tumor mengancam (malignant tumour) pada paru-paru. Paling biasa adalah bronchogenic carcinoma (sekitar 90%). Barah paru-paru adalah tumor mengancam yang paling bahaya di seluruh dunia, menyebabkan sehingga 3 juta kematian setahun.

Pendedahan kepada karsinogen, seperti yang hadir dalam asap tembakau, serta-merta menyebabkan perubahan kecil pada selaput tisu pada bronkus di paru-paru (bronchial mucous membrane). Kesan ini terhimpun, dan pendedahan berpanjangan akan menyebabkan lebih banyak tisu rosak sehingga tumor terbentuk. Jika tumor membesar ke dalam ia mungkin menghalang laluan udara menyebabkan kesukaran bernafas. Paru-paru mungkin runtuh dan jangkitan berlaku, menyebabkan bisul paru-paru - lung abscess. Pesakit akan mula batuk bahan lendir berdarah. Bagaimanapun jika tumor membesar ke luar paru-paru, pesakit mungkin tidak menyedarinya sehingga ia mula menjangkiti bahagian tubuh yang lain.

Tanda-tanda biasa termasuk:

  • batuk darah atau bahan paru-paru
  • batuk teruk yang kronik
  • nafas bersiul
  • sakit dada
  • kehilangan berat badan atau kehilangan selera makan
  • pendek nafas.

Barah paru-paru didapati lebih kerap terjadi di kalangan penduduk bandar berindustri yang sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk pencemaran.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua jenis utama barah paru-paru dikelaskan menurut saiz sel malignan yang dilihat melalui mikroskop: sel barah paru-paru kecil dan tidak kecil. Pengkelasan ini walaupun berasaskan kriteria mudah patomorfologi mempunyai implikasi penting kepada pengurusan dan prognosis penyakit.

Jenis sel kecil[sunting | sunting sumber]

Carcinoma sel kecil (juga dikenali sebagai carcinoma sel oat) adalah bentuk barah paru-paru jarang, membentuk 20% kes. Ia cenderung bermula disaluran pernafasan besar dan membesar dengan pantas menjadi agak besar.

Jenis sel tidak kecil[sunting | sunting sumber]

Epidermoid carcinoma (atau Squamous cell carcinoma) juga bermula di saluran pernafasan besar tetapi membesar lebih perlahan bererti saiz tumor berbeza apabila di diognasa.
Adenocarcinoma (atau untuk bentuk pertumbuhan tumur lebih perlahan sel barah alveolar) adalah bentuk yang bermula berhampiran permukaan paru-paru.
Sel besar carcinoma adalah bentuk cepat tumbuh yang tumbuh berhampiran permukaan paru-paru

Jenis disenaraikan merangkumi 90% semua kes barah paru-paru. Bentuk lain termasuk carcinoid, cylindroma, mucoepidermoid dan malignant mesothelioma.

Punca[sunting | sunting sumber]

Terdapat empat punca utama kenapa seseorang mendapat barah paru-paru (atau barah secara umum):

Merokok tembakau, terutamanya rokok, dipercayai punca utama barah, dengan itu secara teori menjadikannya secara teori salah satu penyakit paling mudah dihalang. Dianggarkan 80% barah paru-paru disebabkan oleh merokok, disebabkan oleh beratus-ratus karsinogen yang diketahui, seperti benzen, hadir dalam asap rokok. Tempoh masa seseorang berterusan merokok dan juga jumlah asap meningkatkan lagi peluang mendapat barah. Bagaimanapun jika seseorang berhenti merokok peluang ini berkurangan kerana kerosakan pada paru-paru sembuh. Perokok pasif, di mana hembusan asap disedut oleh orang lain, baru-baru ini dikenal pasti sebagai punca lebih utama barah paru-paru dari apa yang dipercayai sebelumnya. Agensi Perlindungan Alam Sekitar US (US Environmental Protection Agency) (EPA) pada tahun 1993 memutuskan bahawa 3,000 kematian berkait barah paru-paru disebabkan oleh perokok pasif setiap tahun, bagaimanapun sejauh mana kebenarannya masih dipertikaikan di kalangan pakar sains.

Asbestos merupakan karsinogen lain yang popular diketahui terutamanya bagi mesothelioma (menyerang lapisan mesothelium paru-paru, abdomen atau jantung). Seringkali pendedahan ini berlaku kepada mereka yang tidak dapat dielakkan kerana kerja mereka.

Radon adalah gas tanpa warna atau bau yang terhasil dari penguraian bahan radioaktif radium, yang mana merupakan menjadi bahan penguraian uranium, yang terdapat dalam kerak bumi. Ia merupakan punca kedua utama barah paru-paru selepas merokok. Radiasi ini mengion bahan genetik, menyebabkan mutasi yang kadang-kala menjadi barah. Aras gas radon berbeza bergantung lokasi anda tinggal. Di kawasan seperti Cornwall di United Kingdom, gas radon merupakan masalah utama, dan kipas perlu dipasang untuk menyingkir gas. Di Amerika Syarikat EPA menganggarkan bahawa 1 dalam 15 rumah mengandungi aras gas radon melebihi piawaian yang dicadangkan. Gen onkogen dipercayai menjadikan seseorang lebih cenderung mendapat barah. Proto-onkogen dipercayai bertukar menjadi onkogen apabila terdedah kepada karsinogen tertentu. Virus dipercayai menyebabkan barah pada manusia, kerana kaitan ini telah dibuktikan pada haiwan.

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Rawatan untuk barah bergantung kepada bentuk khusus, sejauh mana tumbesarannya dan butiran terperinci pesakit (contoh unur). Rawatan biasa termasuk pembedahan, kemoterapi dan terapi radiasi. Radiofrequency Ablation semakin popular untuk keadaan ini kerana ia tidak toksik dan menyebabkan sakit sedikit sahaja. Ia amat berkesan apabila digabungkan dengan kemotherapi kerana ia memusnahkan sel dalam tumor - yang sukar dimusnahkan dengan kimia chemo akibat saluran darah berkurangan dalam tumor. Ia dilakukan dengan menusuk peninjau kecil haba ke dalam tumor untuk memasak sel tumor. Sel tumor yang mati akan diserap secara proses semulajadi.

Rawatan lain termasuk pelbagai teknik tidak boleh paten seringkali dipetik dari rawatan traditional tempatan (native medical traditions). Bagaimanapun rawatan sedemikian tidak terbukti secara perubatan sebagai berkesan dan semestinya perlu diambil bersama dengan rawatan perubatan biasa. Ini kerana sekiranya terlambat mendapat rawatan, penyakit barah akan membawa maut dalam keadaan yang amat menyakitkan.

Kecenderungan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan yang paling cenderung mendapat barah paru-paru adalah perokok yang berusia melebihi lima puluh tahun. Barah paru-paru merupakan barah kedua paling kerap berlaku di negara barat, bagaimanapun merupakan penyebab kematian akibat barah terbesar bagi lelaki dan wanita. Anggaran pada 2001 terdapat 169,500 kes barah paru-paru baru; 90,700 lelaki dan 78,000 perempuan. Walaupun kadar kematian bagi lelaki akibat barah paru-paru menurun dalam negara barat, ia meningkat pada perempuan disebabkan peningkatan jumlah perokok dalam kumpulan ini.

Pencegahan[sunting | sunting sumber]

Pencegahan adalah cara paling murah (cost-effective) untuk melawan barah paru-paru pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Walaupun kebanyakan negara telah mengenalpasti dan mengharamkan penggunaan karsinogen perkilangan dan tempatan, penggunaan hasil tembakau masih berleluasa. Melawan pengaruh menghisap rokok perlu menjadi matlamat utama untuk menghalang barah paru-paru.

Oleh sebab prognosis bergantung sepenuhnya kepada pengesanan awal, terdapat beberapa cubaan untuk pengesanan kedua. Radiograf dada kedua dan program pemeriksaan sputum tidak berkesan dalam pengesanan awal barah ini dan tidak mengurangkan kadar kematian.

Bagaimanapun pada September 2003 satu kajian diterbitkan di Lancet agak memuaskan. Kajian tersebut menunjukkan bahawa tomografi kiraan berpilin (spiral computed tomography) dan tomografi pancaran positron (positron emission tomography) amat berkesan dalam pengesanan tahap awal barah paru-paru berisiko tinggi di kalangan perokok tegar.

Rujukan: Early lung-cancer detection with spiral CT and positron emission tomography in heavy smokers: 2-year results - Lancet 2003; 362: 593-97

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]